exponegaraku

Saturday, October 20

NIK AZIZ BAKAL MENJADI ANJING DAP&PKR?


Pemimpin DAP dan PKR tersenyum lebar bila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melatah dan mengatakan PAS bergantung kepada dua parti itu untuk menang pilihan raya. Agaknya Nik Aziz tidak terfikir sedikit pun yang kenyataannya itu boleh memakan diri sendiri. Ia akan menaikkan kuasa tuntutan dua parti itu yang bermakna PAS kena dengar cakap mereka.


Kenyataan itu juga menunjukkan Nik Aziz dengan sendirinya mengaku PAS bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang. Ini kerana DAP dan PKR lah yang menjadi penentu kepada semua keputusan pembangkang termasuk bilangan kerusi yang akan dipertandingkan. Dalam menentukan calon dan kawasan pilihan raya, PAS perlu akur dengan keputusan dua rakan kongsinya itu. 

Jika DAP dan PKR kata PAS tidak boleh menang di sesuatu kawasan khasnya undi Melayu menjadi penentu, mereka terpaksa membuat keputusan untuk meletakkan calon DAP atau PKR. Dengan cara ini kononnya calon itu akan mendapat sokongan pengundi Melayu daripada pengikut PAS.

Akhirnya, PAS akan menjadi parti melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang. DAP dan PKR tentunya mengalu-alukan kenyataan Nik Aziz itu kerana selama ini orang Melayu memangnya sukar mengundi calon DAP dan PKR, khasnya calon bukan Melayu. Mereka tentunya berterima kasih kepada Nik Aziz yang menyokong DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu boleh membantu untuk mencapai kemenangan. 

Kesannya, banyak kerusi PAS akan kalah manakala DAP dan PKR akan menang di kawasan kubu kuat mereka dengan sokongan undi PAS.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive