Sunday, October 21

DAP NIE BOLEH KAWAL KE?


Pakatan Rakyat (Pakatan) berkemungkinan akan berdepan dengan kesukaran dalam menentukan kuasa jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.

Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata, Pakatan akan berdepan situasi mencabar sekiranya ketiga-tiga parti komponen itu gagal mengimbangi kuasa masing-masing.


Sambil membayangkan DAP akan lebih menguasai kemenangan lebih banyak kerusi pada PRU13 ini, Wan Saiful berkata, PAS dan PKR juga akan berdepan dengan masalah jika gagal mengawal pengaruh DAP dalam Pakatan.

"Itu memang satu cabaran yang besar. Saya rasa pembahagian kerusi memang seimbang tetapi kemungkinan untuk parti mana yang menang atau yang jadi lebih besar dalam Pakatan, saya rasa DAP akan mempunyai kerusi paling banyak. Saya tidak pasti bagaimana mereka akan selesaikan.

"Ia akan menjadi satu cabaran terutamanya dalam mengimbangi pengaruh DAP dengan bilangan kerusi yang paling banyak," katanya ketika dihubungi.

Pelbagai pihak sebelum ini mengecam tindakan PAS yang dilihat terpaksa berkompromi dengan DAP walaupun parti dominasi Cina itu secara terang-terangan menolak prinsip Islam yang diperjuangkan PAS.

Dalam masa yang sama, PAS melalui kenyataan pemimpin tertinggi tetap mempertahankan kesungguhan untuk melaksanakan hukum hudud ke atas umat Islam sekiranya mentadbir negara selain memberi jaminan bahawa ianya tidak akan memberi kesan kepada bukan Muslim.

PAS juga dilihat banyak mengalah dengan DAP walaupun mempunyai pengaruh dan ahli yang lebih ramai di dalam Pakatan berbanding kedua-dua parti.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai tindakan PAS yang memilih untuk bekerjasama dengan parti chauvenis Cina, DAP, berbanding Umno, Wan Saiful berkata PAS disifatkan sebagai sebuah parti politik yang mahu kuasa.

Menurutnya, PAS tidak akan meninggalkan gabungan itu kerana sedar akan pengaruh Pakatan yang semakin menunjukkan peningkatan.

"Ringkas ceritanya, PAS adalah satu parti politik yang hendakkan kuasa. Saya tidak nampak kemungkinan untuk dia lepaskan kemungkinan untuk mendapat Putrajaya apabila dia berada bersama Pakatan yang mana pengaruh Pakatan semakin meningkat," katanya.

Bagaimanapun, Wan Saiful membayangkan bahawa PAS tidak akan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya kerana beliau mempercayai bahawa parti itu perlu melihat melalui keseluruhan konteks masyarakat majmuk negara Malaysia sebelum benar-benar membuat keputusan untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

"Bagi saya, saya sendiri agak sangsi dengan kebolehan untuk melaksanakan hukum hudud yang dicadangkan PAS ini. Bagi saya penting untuk kita melihat konteks yang betul apabila kita melihat situasi ini," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive