Sunday, October 14

[Video] Socialmatic: Kamera Instagram Menjadi Kenyataan.


Instagram merupakan sebuah syarikat yang semakin popular dengan aplikasi mengubahsuai gambar dan perkhidmatan perkongsian..Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai telefon pintar seperti iPhone atau Android boleh mengambil gambar, mengubahsuai dan berkongsi gambar tadi di Facebook, Twitter atau di akaun laman web Instagram mereka..




Dengan kamera Instagram, Socialmatic yang baru dicipta ini, korang mungkin mampu untuk melakukan semua itu dan mencetak korang dengan serta merta..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Kamera ini mungkin kelihatan agak berbeza berbanding dengan kamera lain yang dijual di pasaran. Berikut merupakan spesifikasi kamera Socialmatic tersebut:

- Display: Skrin sesentuh berukuran 4.3 inci.
- Kamera: Optical zoom, pancaran cahaya LED untuk menangkap gambar berukuran 1:1 seperti di dalam aplikasi.
- Resolusi: Tidak dinyatakan lagi.
- Memori: 16GB dan 32GB
- Connectivity: WiFi atau WiFi+3G
- Perkongsian: semua laman media sosial, e-mail dan MMS.
- Kamera ini berfungsi dengan menggunakan sistem operasi Android yang telah diubahsuai yang kelihatan hampir sama seperti Samsung’s Touchwiz UI atau HTC’s Sense.

Ciri-ciri unik yang ada pada kamera ini ialah kebolehannya untuk mencetak gambar dari kamera itu sendiri tanpa perlu disambungkan kepada pencetak.

Gambar yang dicetak oleh kamera tersebut akan mempunyai pelekat di bahagian belakang dan kod QR di bahagian hadapan bagi membolehkan jurugambar tersebut meletakkan hasil seni mereka di mana-mana sahaja agar boleh dilihat oleh orang lain serta mengimbas kod QR tersebut sekiranya mahu melihat hasil kerja yang lain.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive