Tuesday, October 23

MISI HARI KE-3 KP1M.BENDERA SYRIA TELAH DIBUANG?


Presiden Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan bahawa kekangan yang dihadapi pasukan sukarelawan itu semalam tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka dalam meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Perang Syria.


Menurut Abdul Azeez, masalah itu terjadi berikutan berlakunya sedikit salah faham apabila pihak KP1M telah menggunakan bendera rasmi Syria pada baju dan barangan bantuan yang tanpa disedari mengundang rasa tidak selesa di kalangan pelarian di kem terbabit.



Abdul Azeez menambah, disebabkan pelarian Syria yang tinggal di kem terbabit tidak suka melihat bendera negara mereka sendiri,  maka pihak KP1M telah mencari jalan alternatif bagi memastikan misi itu diteruskan.

Perubahan pada baju serta ‘sticker’ yang ditampal pada barangan bantuan akan dilakukan bagi mengelak masalah yang sama berlaku.




Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut serta dalam aktiviti sebelah petang itu memaklumkan bahawa kesemua sukarelawan telah dibawa ke ladang ternakan kambing biri-biri bagi melaksanakan urusan jual beli haiwan terbabit sempena sambutan Aidiladha.


“Hari ini, Duta Besar telah membawa kita untuk melihat sendiri di beberapa kawasan penternakan kambing biri-biri dan lazimnya ternakan ini datangnya dari Australia atau Romania

“Jadi, kita telah memilih kambing biri-biri dari Romania yang harganya lebih kurang USD200 seekor.



“Kita dah bayar wang tempahan untuk 191 ekor kambing untuk kita laksanakan ibadah korban di kawasan kem bersama-sama dengan pelarian,” katanya.


Menurut Abdul Azeez lagi, ibadah korban akan dilakukan pada Hari Raya Aidiladha pertama di kem pelarian di Mafraq, dekat Jordan, sekaligus meraikan perayaan tersebut bersama umat Islam di kawasan itu.

LAPORAN PENUH PERAKTODAY



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive