Saturday, October 13

PAS TIDAK RELEVAN KERANA PEMIMPIN TAKSUB KUASA.


Umat Islam jelas tidak lagi dapat meletakkan perjuangan melalui wadah Pas pada ketika ini. Perkembangan Pas mutakhir ini menjadikan umat Islam menolak gagasan parti tersebut. Semakin ramai memilih untuk tidak memberi sokongan dan bersimpati dengan parti tersebut atas beberapa perkara utama.

* Pertama, tertib serta kemurnian sebuah perjuangan Islam tidak berlaku dalam Pas. Ia hanya sebuah parti politik biasa yg inginkan kuasa. Banyak amalan Islam yg boleh dilaksanakan tidak menjadi gerak kerja dan agenda, konon untuk dapat kuasa dulu.


Parti Pas hanya mempamerkan sengketa dan memilih konfrantasi dengan lawan walaupun sesama Islam yg masih bersyahadah dan mengerjakan amalan Islam yg utama. Niat sebuah perjuangan suci seperti tidak dimanifestasikan dalam bentuk cara untuk mencapai cita2 perjuangan Islam. Pas menjadikan perjuangan yg terikut2 semata2.

* Kedua, peribadi sebahagian pemimpinnya tidak mewakili akhlak Islam yg sejati, sebaliknya bebas mengherdik secara keterlaluan, sehingga bukan lagi sebagai ungkapan berdakwah, tetapi cercaan dan kata mengata. Lidah rasmi Harakah jauh daripada bertindak sebagai saluran mendidik dan menyampaikan tarbiyah kepada rakyat tetapi hanya mengenengahkan isu dalam usaha menjatuhkan lawan.

* Ketiga, usaha PAS dalam meresapi pemikiran generasi muda dan pelajar seolah2 nilai seorang mukmin hanya melalui perjuangan dan sokongan menjatuhkan kerajaan. Sepatutnya Islam perlu difahami sebagai ajaran yg mendamaikan, menasihati dan membimbing.

* Keempat, perkembangan pengamalan umat Islam ke atas perintah Allah seperti menutup aurat, kepekaan ke atas makanan halal, menitik berat pendidikan secara Islam, mencari corak hiburan yg lebih Islamik serta lain2 yg mengubah peribadi mereka kepada yg lebih mulia harus dicetuskan hasil pendekatan dakwah, bukan penghinaan & cacian yg melampau. Wadah dakwah yg lebih hikmah dan pelbagai bentuknya dapat mengubah umat Islam beramal dan menerima ajaran Islam.

Di sebalik senario tersebut, Pas yg wujud sejak tahun 50-an hanya hebat dalam berpidato dan mahir berkata2 di atas pentas politik. Melalui Pas, rakyat hanya mendengar Islam tetapi susah melihat realiti amalan Islam dalam bentuk praktis. Peranan datang daripada mubaligh dan daie yg lebih berhemah dan berhikmah dalam mengubah masyarakat ke arah pengamalan Islam di setiap sudut.

Perubahan telah masuk dan meresap ke rumah, pejabat, sekolah, universiti, pentadbiran kerajaan dan lain2. Dakwah telah melancarkan amalan Islam dengan berkesan dan tertib. Pejuang Pas hanya sibuk menjelaskan isu politik, mengabaikan pengajaran ilmu dan tarbiah secara objektif.

Sudah tiba masanya umat Islam membetulkan arah tuju perjuangan. Kekuatan sebenar terdapat kepada umat Melayu Islam yg boleh bersaing serta membentuk kekuatan sendiri, tetapi telah menjadi lemah kerana terlalu bersengketa dan berbeza pendapat disebabkan sikap bermusuhan sesama Islam yg dicetuskan olih pemimpin2 Pas.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive