Thursday, October 11

DAP Parti Mafia?



Kenyataan terbuka bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra, R. Vellasamy Rasu yang melabelkan DAP sebagai sebuah parti mafia merupakan satu dakwaan yang agak serius dan tidak boleh dipandang ringan atau diabaikan begitu sahaja.

Menurut Vellasamy, DAP sebetulnya bukanlah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi sebaliknya lebih kepada parti mafia yang didokong kuat oleh kumpulan gen
gster yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pemimpin tertentu.

Jelasnya lagi ahli-ahli bawahan seperti sengaja ditakut-takutkan dengan kehadiran sekumpulan gengster dalam mesyuarat parti dengan demikian setiap keputusan atau tindak tanduk pemimpin atasan akan dituruti tanpa dikritik atau dipersoalkan oleh ahli bawahan.

Dakwaan tersebut bagaimanapun sehingga kini belum mendapat ulasan balas atau penafian dari pihak DAP.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive