RAPID

Saturday, October 27

VAN SKUAD SAYANG DICONTENG BABI DAN SIAL.....

Macam-macam jadi kepada Wanita UMNO apabila hari raya Aidil Adha tahun nie.Sebelum nie banner Kak Ijat dan terbaru van skuad Sayang UMNO Bandat Tun Razak pulak menjadi mangsa.Puak Pencacai PAS dan PKR mesti kata nie semua kerja orang UMNO sendiri untuk menfitnah mereka tapi ikut logok akal takkan nak buat benda bodoh macam nie untuk publisiti murahan kot..Untuk memperbaiki van nie bukan sikit duit yang diperlukan.....





Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka. 
Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak.
 
"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.
 
"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.
 
Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut.
 
Zaleha berkata sebelum ini pergerakan tersebut telah disabotaj sebanyak dua kali seperti menyimbah cat merah pada pusat pergerakan itu dan menggunting kain rentang yang dipasang mereka.
 
Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. SH



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive