Samsung Dijangka Membawa Perubahan Besar Melalui One UI 10
-
Samsung sedia mula menawarkan One UI 9 kepada pengguna beberapa peranti
mereka, dan untuk tahun 2027, Samsung bakal hadir dengan One UI 10. Selari
dengan p...
Showing posts with label keretaapi bukit Bendera. Show all posts
Showing posts with label keretaapi bukit Bendera. Show all posts
Wednesday, November 2
Potong Gaji Guan Eng RM 1.00 Boleh Kot?
Kelakar jugak bila dengaq apa yang ingin diperkatakan RM1,itulah yang disarankan oleh penyelaras Gerakan KADUN Pulau tikus Rowena Yam.Sama jugaklah Punahsihat Selangor Pak sheik cuma dapat RM 1 dan LGE kena potong RM1.Kenapa beliau menyatakan nak potong Seringgit padahal kita semua tahu apa yang boleh dibuat dengan RM1 tue.Lepas beli rokok daun dan tembakau saja itu pun tembakau yang basah dan keriting.
Penjelasanya mudah kerana pembinaan tempat letak kereta bersaiz kancil yang telah diluluskan oleh PDC dan kerajaan negeri,LGE ada berani ambil cabaran tersebut?seringit saja jika apa yang DAP dan kroni dapat dari hasil projek berkenaan rasanya lebih banyak kot la?
Projek dibiayai oleh kerajaan Pusat tapi diseliakan oleh Kerajaan Negeri dan PDC.Memang projek berkenaan telah diluluskan pada tahun 2007 akan tetapi ada kawtim dalam proses kelulusan oleh DAP dan PDC pada 2008 ketika DAP mengambil alih tampok pemerintahan Penang.nie mesti kes dil mera dil,
LGE pandai putaq belit dalam percakapanya/kenyataan untuk melepaskan diri menyalahkan BN dan kerajaan pusat yang beri dana dan pihak kontraktor,sepatutnya dengan apa yang dilaung dan dipukul canang CAT atau kucing tarak gigi telus dan macam-macam propaganda DAP nie beranilah bertanggungjawab.
MKP kata:LGE sahutlah cabaran nie bukan banyak pun Cuma RM 1 bolah bagi RM 100 kepada rakyat dan hoboh sampai ke PBB.
Wednesday, June 8
APA DAH JADI?IKON PENANG DIPERSENDAKAN.
Kereta api Bukit Bendera hari ini rosak lagi, kali ketiga dalam tempoh hanya lebih sebulan selepas disambung semula perkhidmatannya pada 25 April dengan kos penambahbaikan RM73 juta.
Dalam kes pertama, kereta api berkenaan mengalami kerosakan mekanikal apabila sekumpulan anjing menceroboh relnya selepas lapan hari perkhidmatannya disambung semula, manakala pada Sabtu lalu pula, perkhidmatannya terpaksa dihentikan sekali lagi kerana masalah mekanikal.
Hari ini, perkhidmatannya terhenti pada kira-kira 10 pagi, dipercayai akibat masalah teknikal, ketika beratus-ratus pelancong berbaris untuk membeli tiket di stesennya di puncak Bukit Bendera.
Bagaimanapun, lebih kurang 400 penumpang yang terkandas itu dibawa turun dengan jip dan bas.
Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Datuk Lee Kah Choon, berkata siasatan awal mendapati masalah itu berpunca daripada sistem elektrik yang tidak berfungsi dengan baik.
Lee berkata, beliau berharap perkhidmatan kereta api itu akan dapat disambung semula untuk pelancong sebaik saja masalah elektrik pulih sepenuhnya dan keadaannya selamat kegunaan untuk orang ramai.
Rosli Ismail, 50, dari Johor berkata dia membawa keluarganya ke kaki bukit peranginan itu pada kira-kira 3 petang, tetapi kecewa kerana kereta api berkenaan mengalami kerosakan.
"Kami tak sangka kejadian itu berlaku lagi kerana kami datang dari jauh dan ingin menikmati pemandangan indah di atas bukit, tapi notis yang dipasang pada pintu masuk menyatakan perkhidmatan kereta api ini dihentikan untuk sementara," katanya.
Pada 22 Februari, operasi perkhidmatan kereta api berusia 87 tahun itu dihentikan bagi membolehkan kerja menaik taraf dijalankan oleh Kementerian Pelancongan.
Koc baru berhawa dingin buatan Switzerland yang setiap satu mampu membawa 50 penumpang, digunakan untuk perkhidmatan itu untuk membuat perjalanan tanpa henti dari bawah hingga ke puncak Bukit Bendera, berbeza dengan sistem lama yang memerlukan penumpang menukar kereta api di stesen pertengahan.
MKP kata :Banyak sangat masaalah jadi mungkin pasal badi Guan Eng kot,mungkin duit tak cukup kot.nak maintain pun susah atau ada sapa=sapa kona bagi benda cheap sale.
Thursday, April 21
DAP Pekena Rakyat Pinang Pinang.
Tambang keretapi Bukit Bendera akan dinaikkan sekali ganda iaitu sebanyak RM8 bagi orang dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak rakyat tempatan mulai 1 Mei ini.
Perkhidmatan keretapi itu telah ditutup lebih setahun lepas dan kadar tambang sebelum ini ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak tanpa mengira pelancong tempatan atau asing.
DAP tidak patut dibanggakan diatas Projek terbaru Kerajaan Pusat.Yang menguruskan diberikan kepada Kerajaan DAP.lepas nie jangan pulak dok pandai ambil kredit atas apa yang diusahakan oleh Barisan Nasional.Guan Eng jangan pulak dok kata Kerajaan Barisan Nasional memperanaktirikan Pulau Pinang.Bila dapat hang senyum sampai telinga gelak sakan bila tak dapat menangis macam anjing.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Innalillahiwainailaihirajiun - اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali”. أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَم...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com


