Showing posts with label lima langkawi.. Show all posts
Showing posts with label lima langkawi.. Show all posts

Sunday, December 11

VIDEO GEMPAQ : Guan Eng Termalu Terus Pakai helmet Nie.



Kita menyelam 30 meter. Ia tidak dapat diragukan lagi." itu antara kata-kata Lim Guan Eng selepas diberi peluang menyelam sendiri selama 90 minit dalam kapal selam Scorpene KD Tun Razak di laut tidak jauh dari Pulau Langkawi.
Pengakuan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP bahawa KD Tun Razak boleh menyelam dengan sendiri mematikan tohmahan pembangkang selama ini kapal selam yang dibeli dari Peranchis itu tidak boleh menyelam.
Guan Eng menyifatkan pengalamannya menaiki kapal selam buat pertama kali hari ini sebagai sesuatu yang menarik dan mengujakan selain memuji sikap profesionalisme pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Jika anda memasuki kapal selam, ia merupakan ruang terkurung. Bagi 32 pegawai dan kru yang mampu mengendalikannya dalam ruang yang terkurung untuk satu tempoh yang lama, ia adalah sesuatu yang luar biasa dan pencapaian yang hebat. Saya amat bangga dengan mereka," katanya.
Katanya beliau menghargai sumbangan wira-wira negara yang berkhidmat untuk negara dan sanggup berkorban untuk negara, dan profesionalisme mereka tidak perlu dipertikaikan.
MKP kata:Apa lagi yang perlu dibuktikan oleh BN.Depa nie pandai kona saja.Pasti akan termalu bagaikan meludah kelangit akhirnya jatuh kemuka sendiri.

Saturday, December 10

Wayang Katok Apa Pulak Lepas Nie???


Mulut Ketua Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang nie terdiam seribu bahasa apabila selepas menaiki kapal selam semalam.Tiada komen yang diberikan kepada pemberita serta rakan blogger yang hadir di Langkawi.Akan tetapi sudah pasti ada perancangan telah dibuat untuk mencari lain-lain kelemahan serta keburukkan Barisan Nasional.Guan Eng sedar jika terlalu awal memberikan komen pasti persepsi serta rancangan mereka pasti terencat.MKP menunggu jugak apa yang bakal dikomen oleh celaka nie tapi hampa!!!.




akan tetapi apa yang di tweet oleh bapanya sudah nampak perancangan mereka.Adakah benar dakwaannya .Jika gambar ini telah diambil semasa ketibaan Lim Guan Eng bersama Datuk Seri Zahid Hamidi.Tak cukupkah lagi layanan yang diberi dan penghargaan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Nie.Apa lagi mau???Batang Penyapu??????Kenapa tunduk????????/






Friday, December 9

LIMA 2011 tampil kehebatan



Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi merupakan yang terbesar sejak pameran dwitahunan itu diperkenalkan pada 1991.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejak diperkenalkan, LIMA telah memasuki kalendar pameran pertahanan, maritim dan aeroangkasa dunia setaraf pameran pertahanan antarabangsa di dunia seperti Pameran Udara Paris Air Show dan Farnborough Air Show.
Katanya, sebanyak 403 syarikat pempamer dari 35 buah negara menyertai pameran kali ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding edisi lalu.
 
“Kehadiran pesawat dari luar negara pada LIMA 2011 pula meningkat lebih dua kali ganda berbanding penganjuran dua tahun lalu dari 11 kepada 26 buah manakala lawatan kapal perang tentera laut luar negara bertambah dari 10 kepada 12 buah kapal," katanya sambil memberitahu pameran LIMA yang dianjurkan setiap dua tahun itu merupakan medan pertemuan pemimpin industri maritim dan aeroangkasa sedunia untuk merebut peluang perniagaan di rantau Asia, di samping saling bertukar pandangan.
 
LIMA yang memasuki edisi ke-11 tahun ini mengekalkan lokasi sama iaitu segmen udara di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan demonstrasi statik air di Awana Porto Malai, di sini.
 
Pameran di MIEC dibuka kepada tetamu kerajaan dan pelawat perdagangan dari 6 hingga 8 Disember manakala bagi pengunjung awam, pameran akan dibuka pada 9 dan 10 Disember dengan caj masuk sebanyak RM10.
 
Pameran statik, demonstrasi kapal dan bot di Awana Porto Malai dibuka kepada semua pelawat sepanjang LIMA 2011 berlangsung.
 
Antara pesawat yang bakal dipamerkan ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Rafale dan pesawat TUDM Sukhoi SU-30 sementara di bahagian maritim pula termasuk kapal pemusnah USS Curtis Wilbur dari Amerika Syarikat serta ROKS Gang GamChan dari Korea. Kapal terbang pengangkut C-17 Globemaster III dan helikopter canggih buatan Eurocopter Tiger HAD dan Sikorsky S 92 dan AW 149 dari Augusta Westland turut menyertainya.

Thursday, December 8

Jika Diberi Peluang Inilah Yang Bakal DiNaiki.


Jika diberi peluang ingin jugak merasa menaiki helikopter yang baru dibeli TUDM ini.


Kalau tak boleh yang diatas yang nie pun jadilah,Kalau tak boleh jugak tengok dari bawah pun best jugak.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive