Friday, December 9

LIMA 2011 tampil kehebatan



Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi merupakan yang terbesar sejak pameran dwitahunan itu diperkenalkan pada 1991.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejak diperkenalkan, LIMA telah memasuki kalendar pameran pertahanan, maritim dan aeroangkasa dunia setaraf pameran pertahanan antarabangsa di dunia seperti Pameran Udara Paris Air Show dan Farnborough Air Show.
Katanya, sebanyak 403 syarikat pempamer dari 35 buah negara menyertai pameran kali ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding edisi lalu.
 
“Kehadiran pesawat dari luar negara pada LIMA 2011 pula meningkat lebih dua kali ganda berbanding penganjuran dua tahun lalu dari 11 kepada 26 buah manakala lawatan kapal perang tentera laut luar negara bertambah dari 10 kepada 12 buah kapal," katanya sambil memberitahu pameran LIMA yang dianjurkan setiap dua tahun itu merupakan medan pertemuan pemimpin industri maritim dan aeroangkasa sedunia untuk merebut peluang perniagaan di rantau Asia, di samping saling bertukar pandangan.
 
LIMA yang memasuki edisi ke-11 tahun ini mengekalkan lokasi sama iaitu segmen udara di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan demonstrasi statik air di Awana Porto Malai, di sini.
 
Pameran di MIEC dibuka kepada tetamu kerajaan dan pelawat perdagangan dari 6 hingga 8 Disember manakala bagi pengunjung awam, pameran akan dibuka pada 9 dan 10 Disember dengan caj masuk sebanyak RM10.
 
Pameran statik, demonstrasi kapal dan bot di Awana Porto Malai dibuka kepada semua pelawat sepanjang LIMA 2011 berlangsung.
 
Antara pesawat yang bakal dipamerkan ialah pesawat pejuang F-18 Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Rafale dan pesawat TUDM Sukhoi SU-30 sementara di bahagian maritim pula termasuk kapal pemusnah USS Curtis Wilbur dari Amerika Syarikat serta ROKS Gang GamChan dari Korea. Kapal terbang pengangkut C-17 Globemaster III dan helikopter canggih buatan Eurocopter Tiger HAD dan Sikorsky S 92 dan AW 149 dari Augusta Westland turut menyertainya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive