Showing posts with label mahasiswa USM. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa USM. Show all posts

Thursday, October 18

NOTIS MELANCAP PALSU PUN KORANG NAK BISING KE?


Kontroversi berkenaan satu notis palsu yang dimomokkan dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia sedang hangat diperkatakan di laman sosial Twitter.


Notis palsu itu dipercayai bertujuan untuk memburukkan nama USM oleh pihak yang tidak dapat dikenalpasti identitinya dan kini menjadi 'trending' di laman sosial berkenaan beberapa jam yang lalu.

Perkara itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan mahasiswa USM khasnya yang menganggap perkara itu sebagai satu usaha tidak bermoral pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan nama baik USM sebagai salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia.

Tuesday, April 3

#AMANKAMPUS APA ADA KT USM NIE?

Video sempoi dari kumpulan mamu raja lawak,depa nie boleh buat macam-macam lawak yang paling best tue adegan bawak batu nesan,Sapa kena perli nie sudah tentu geng mahasewel tahap gaban si Adam Adli...Kemaruk nak glamour sampai macam tue sekali perangai haram jadah tue......Rugi malaysia kalau ada macam nie mahasiswa.Lebih banyak mudarat dari kebaikan kepada golongan mahasiswa.Rasanya banyak mahasiswa yang lebih baguih dari Adam Adli nie....... 



Ikuti bicara YDP MPP USM Saudara Idzuan Jamal yang memberi sedikit komen mengenai tranformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak serta komen dari mahasiswi berbangsa cina yang turut menyertai program jelajah Aman Kampus.


Thursday, March 29

@PDRMsia TOLONG SIASAT DAP JUAL TAPAK MASJID.



Sekretariat Suara Keamanan Malaysia (SSKM) hari ini membuat laporan polis bagi membantah tindakan kerajaan negeri menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kepada pihak swasta.

Pengerusinya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata SSKM mahu polis menyiasat tindakan kerajaan negeri mengubah pelan asal projek Bayan Mutiara itu sama ada mengikut prosedur yang ditetapkan atau sebaliknya.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah Polis Timur Laut di sini,    Muhamad Mukhlis juga menggesa polis mengambil tindakan undang-undang kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini melibatkan isu agama dan perihal sosial masyarakat.

Beliau juga berharap agar bantahan yang dilakukan oleh SSKM ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia tiada kaitan dengan politik sebaliknya perihal isu masyarakat.

Isu penjualan tapak masjid dan tapak sekolah kepada pihak swasta di Bayan Mutiara yang bernilai RM1.07 bilion, dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin.

Dalam pelan asal projek di Bayan Mutiara yang terletak di atas tanah seluas 41.5 hektar itu, ia melibatkan pembinaan sekolah, masjid, balai polis, pusat komuniti dan pusat beli belah dengan nilai pembangunan kasar RM10 bilion.



MKP Ayat Sempoi : Kasi panas lagi pungkoq Gaun Eng kali nie.

Wednesday, March 28

GUAN ENG KENA TENDANG HUJAH DENGAN MAHASISWA?


MKP Tengok mahasiswa yang balun cina bukit macam Guan Eng nie pun patutlah.dok tak duduk kumpulan mahasiswa nie yang selalunya kita nampak senyap dan tidak bersuara lebih bernas pandanganya.Dari apa yang diperkatakan ada benarnya.MKP harap ini hanya pembuka jalan bagi golongan muda yang selama ini dianggap kurang matang bersuara.Mereka nampak dengan jelas pembohongan yang telah dicipta oleh DAP dan Guan Eng mengambil kredit apa yang telah dibuat oleh Kerajaan BN untuk mencapai kepentingan politiknya.Jutaan Tahniah sekali lagi MKP ucapkan kepada saudara Mukhlis...... 

Monday, January 16

Ugut PM:Pelajar Dilepaskan Dengan Syarat.

Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

"Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam lawatannya ke USM minggu depan.

Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ayub berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

"Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan Internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.

"Perkara seperti ini sesuatu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia melibatkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga,” katanya.

Ayub berkata, polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan anasir-anasir subversif.

Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat oleh pihak-pihak yang membantah tindakan pelajar itu. — BERNAMA

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive