Showing posts with label mahkamah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah. Show all posts

Friday, August 23

HANTU ALTANTUYA BAKAL MENGGANAS KEMBALI....


Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Berikutan pembebasan suspek bagi kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya, ramai dikalangan penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat yang mempersoalkan krebiliti Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan tersebut.

Tak terkecuali juga Ketua Umum Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim. Didalam laman sosial Twitter Ketua Pembangkang tersebut, Anwar dilihat menyokong satu kenyataan yang mengatakan bahawa Altantuya sebenarnya membunuh diri dengan meletupkan dirinya sendiri.

Panel membuat kesimpulan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dengan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan tidak konsisten dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah material. 

Dalam hal bahan letupan, mereka memutuskan bahawa selepas mengaitkan bahan letupan kepada kematian Altantuya, hakim perbicaraan sepatutnya perlu membuat  pencarian seterusnya untuk mengaitkan bahan letupan kepada perayu. 

"Oleh itu, dengan ini, kita membebaskan dan keluarkan kedua-dua perayu," kata Hakim Tengku Maimun.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Satu lagi keputusan 'technical fault' yang membebaskan pihak dituduh. Anwar juga pernah dibebaskan kerana 'technical fault' kes liwat beliau.

Pembebasan kedua-dua orang ini sudah pasti akan menjadi topik panas untuk satu tempoh yang mungkin agak lama.

Sudah tentu akan timbul tuduhan pihak Mahkamah jadi tali barut kerajaan dan sebagainya tetapi mana mungkin pihak Mahkamah seperti yang dituduh kerana Anwar Ibrahim sendiri terlepas daripada 2 kes liwat beliau.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim pernah didedahkan menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Najib Tun Razak.

Wednesday, October 10

SAPA PULAK YG UPAH GRO BUAT KACAU?

Penat je ke hulu hilir tayang iklan bergerakkan cik kak. Tak dilayan oleh mereka di mahkamah. Ceh diiring pula perempuan bertubuh sasa bervest cabang ampang. Konon sebagai pengawal keselamatan.

Maaflah yer, rakan pu3 cuma berminat ambil gambar je. Nak tunjukkan betapa murahannya strategi PKR di mahkamah.

Berani dalam berselubung. Itulah GRO yang buat gimik di mahkamah pagi tadi. Akhirnya dapat juga snap dari bahagian depan minah gedik tu. Tapi. Berani tunjuk tang badan je dia. Muka tetap tutup

Dari sumber, selain minah bertudung mengiringi, seorang lagi warga cabang Ampang yang bersamanya di mahkamah.


Tuesday, October 9

Mat Indera Mengaku Dirinya Komunis.


Penyunting buku 'Berdialog Bersama Chin Peng', yang diterbitkan pada 2004, Dr Karl Hack memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa Mohamad (Ahmad) Indera atau Mat Indera mengaku dirinya adalah anggota komunis.

Hack, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah di Universiti Terbuka United Kingdom, berkata demikian selepas merujuk kenyataan Mat Indera ketika ditahan pada Oktober 1952 selepas mengetuai serangan terhadap polis di Balai Polis Bukit kepong, Johor pada 23 Feb 1950.

Mat Sabu Beri Jawapan Dolak-Dalik.


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau menyokong serangan yang diketuai oleh Mat Indera ke atas 'pihak polis British' di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dalam perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd., dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung kejadian serangan tersebut.

FIROZ: Dari segi ucapan (di Tasek Gelugor di sini pada 21 Februari 2009) yang diberikan oleh kamu, adakah kamu bersetuju bahawa kamu menyokong serangan ke atas Bukit kepong yang diketuai oleh Mat Indera....

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.





Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive