Showing posts with label malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label malaysiakini. Show all posts

Monday, February 4

WARTAWAN MALAYSIAKINI KANTOI!!!!! BN PENANG TAK KELUARKAN WANG WALAUPUN 1 SEN JEMPUT PSY...


MaloyaKINI portal fitnah belaan DAP kantoi lagi dengan dakwaan Barisan Nasional membelanjakan 1Juta ringgit untuk membawa artis K-POP paling popular didunia sekarang PSY ke Malaysia.Hello bro kalau nak buat fitnah tue check and Balance dulu der..Nie main serbu tembok aje.Pecah Kepala Der....Dimana fakta yang lu ambil cuma main tangkap muat dan salahkan DS Najib Razak dan Barisan Nasional...

Memang tahap ini aje ke wartawan Meloyakini dan dah banyak kali sangat korang nie kantoi dengan persepsi murahan tahap mangkuk Jamban...


MKP nak habaq skit bahawa Barisan Nasional Pulau Pinang tidak mengeluarkan sekupang pun duit untuk membawa PSY ke Malaysia..Berikut adalah fakta yang sahih dan Pasti...

KUALA LUMPUR: The government will not be forking out any money to pay for Psy’s performance in Penang this Chinese New Year. 
Penang Barisan Nasional (BN) chairman Teng Chang Yeow said the show by the South Korean is sponsored by a corporate company. 
“It is not paid by Barisan Nasional” he stressed when contacted by Astro Awani.
Teng, however, refused to disclose the name of the company who will be footing the bill for Psy's scheduled performance. 
When asked how much it cost to bring the pop star to Malaysia, Teng said he has yet to get any confirmation on the matter as everything is being arranged by the corporate company. 
The international superstar, famous for his hit song ‘Gangnam Style', is expected to perform in the state in conjunction with BN’s Chinese New Year open house on February 11 along with local singer Shila Amzah. 
News on Psy performing at the event received mixed reactions from the online community especially on Twitter. 
Some felt quite uneasy due to the high cost involved as they fear it would involve taxpayers’ money while there were others who suggested it would be cheaper if the organisers featured local singers instead. 
Earlier, Penang Gerakan vice-chairman Wong Mun Hoe said Psy’s performance on Feb 11 is a “gift” from Barisan Nasional to the rakyat. 
He also said that bringing Psy to Penang was not politically motivated and is purely for entertainment. ASTROAWANI

Pada YB Nizar nie lain kali tok sah nak jadi pencacai angkat najis DAP sangat..Serbu tembok nanti kepala pecah der....Shila Hamzah pun ada membuat persembahan..Jangan dok buat fitnah tahap gaban...Meluat dah MKP tengok...Bab Kalimah Allah kasi selelsai dulu baru cakap pasal nie....





Wednesday, January 9

MELOYAKINI MEMANG NAK CARI PASAL DENGAN POLIS.....


Maloyakini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan memohon untuk mendapatkan pas wartawan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu. 

Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar berkata permintaan pihak polis itu - yang dilihat bertujuan untuk membezakan petugas media daripada perserta perhimpunan itu - tidak akan membantu polis dalam tugas mereka dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan aman. 

Ini jelas menunjukkan bahawa Maloyakini ingkar dengan arahan polis yang mana meminta para wartawan atau penulis laman sosial menggunakan pas sementara tersebut supaya lebih dikenali. 

Dalam himpunan BERSIH yang lepas, Malaysiakini melaporkan bahawa seorang dari wartawan mereka telah dipukul dan kad memori kamera dirampas. 

Nampaknya ketua pengarang Maloyakini lebih mementingkan berita dari wartawan, tujuan polis memberikan pas sementara tersebut adalah untuk membezakan diantara wakil media dan peserta himpunan, kerana terdapat sesetengah wartawan tidak memakai pas wartawan semasa membuat liputan. 

Tapi sekurang kurangnya pihak polis sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik, jika ada yang ingkar itu bermakna sengaja mencari penyakit sendiri, dan jangan salahkan mana mana pihak pulak lepas tu. 

Thursday, June 28

ALAHAI MELOYAKINI APA DAH JADI?


Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini. Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa “Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga.”

Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan. Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi. Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal. Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan.

Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera. Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan.

Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus. Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya.


Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia.

Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman. Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang.

Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja.

Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini. Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman. ‘Perkasa’ sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai ‘gila’ oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh mereka.

Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf? Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh? Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam? Siapakah rasis dan ‘gila’ sebenarnya di sini?

Orang ‘gila’ yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman. Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan.

Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua. Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya.

Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh ‘pergi jahanam’. Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh ‘pergi jahanam’ tanpa mengheret kaum lain bersamanya.

Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini.IS

MKP Ayat Sempoi ; Tragedi 13may akan menjadi pengajaran kepada yang telah mengalaminya,akan tetapi anak muda yang lahir selepas tarikh itu  tidak pernah merasainya/menyelaminya?

Saturday, April 14

MALAYSIAKINI PENIPU LAGI,PROPAGANDA KENA HACK?


Malaysiakini menipu bahawa kena hack portal rasmi putaqbelit belaan DAP nie mungkin telah kekurangan isu atau sengaja bermain persepsi ini supaya lebih banyak pembaca lepas semuanya dibaik pulih.Maloyakini pernah berbuat sedemikian sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak pada 12 April 2011.Ternyata taktik ini berjaya memperdaya dan tipu helah yang amat licik.Senang aje apabila nak buat benda nie.Buktinya letakkan aje link blog atau laman yang telah ada virus tersebut pada pautan dilaman blog anda dan lihat ini akan terjadi seperti gambaq diatas........

MKP Ayat Sempoi ; terima kasih meloyakini berjaya menipu pembaca setia anda,kepada pengiklan blog harami nie minta balik duit anda daripada DAP.

Friday, January 6

Meloyakini Minfa Maaf Pada Pehin Seri......



Terbaru apabila MalaysiaKini meminta maaf kepada Tan Sri Taib Mahmud berhubung penyiaran 12 ARTIKEL berkaitan penyelewengan dalam urusan pembalakan pada tahun 2007.  Permohonan maaf ini adalah jalan penyelesaian ke atas saman yang dkemukakan Taib kepada Mkini Dot Com kira-kira 4 tahun lepas.



Persoalannya sekarang, kenapa perlu meminta maaf?
Artikel yang diterbitkan bukan satu atau dua tapi 12 artikel keseluruhannya!  Sudah tentu penerbitan artikel sebanyak ini memerlukan kajian yang mendalam dan sumber yang banyak.
Persoalannya sekarang, kemana hilang sumber dan kajian-kajian tersebut sehingga MalaysiaKini begitu mudah mengemukakan permohonan maaf?
Umum mengetahui, Pakatan Rakyat dan parti komponennya begitu menyokong MalaysiaKini, baik dari segi berita mahupun kewangan.
Pemilihan MalaysiaKini sebagai ‘medium berita tidak rasmi’ Pakatan Rakyat pada satu ketika memang tepat kerana keupayaan wartawan MalaysiaKini membongkar segala penyelewengan kerajaan Barisan Nasional.
Tapi itu dulu.
Kebelakangan ini MalaysiaKini kelihatan kehilangan arah.  Berita yang dilaporkan lebih kepada manipulasi politik yang memualkan.  Tidak terkecuali dalam hal saman Taib Mahmud ke atasnya, itupun nak dipusing-pusingkannya juga.
MalaysiaKini hari ini memetik laporan Sarawak Post yang memberikan ‘kemenangan’ kepada MalaysiaKini dalam pertikaian undang-undang dengan Taib Mahmud.  Walaupun disiarkan oleh Sarawak Post tetapi kenapa MalaysiaKini begitu dangkal untuk ‘menyedut’ masuk berita tersebut ke dalam halamannya?
Fakta tetap fakta, kemenangan apa kalau MalaysiaKini yang ‘sukarela’ meminta maaf kepada Taib secara terbuka di dalam mahkamah?
Itu bukan kemenangan tapi kekalahan.  Pusinglah kot mana sekalipun, tetap hakikat sebenarnya, MalaysiaKini ‘dilihat’ berdusta dalam penyiaran artikel tersebut apabila meminta maaf kepada Taib.
Hendaknya, biar MalaysiaKini bankrap kerana kos guaman kes ini dan membayar jumlah saman yang diputuskan mahkamah, daripada menggadai maruah, kredebiliti dan intergritinya dengan meminta maaf!!
Mungkin pengurusan MalaysiaKini merasakan, pertikaian undang-undang yang berpanjangan akan memakan sumber kewangan mereka yang bukan sedikit.
Tapi sedarkah MalaysiaKini bahawa dengan meminta maaf, mereka akan jauh lebih kerugian kerana tidak ada lagi orang yang mahu melanggan berita dari MalaysiaKini kerana sumber dan nilai berita itu sendiri yang boleh dipertikaikan.
Apatah lagi bila Pakatan Rakyat turut terseret sama kerana isu-isu yang dibangkitkan dalam 12 artikel tersebut menjadi bahan kempen dalam pilihanraya negeri yang lepas.  Sekarang Pakatan Rakyat terpaksa mencari isu-isu terbaru dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang bagi memastikan kemenangan kerusi-kerusi Parlimen di Sarawak.
Sebelum ini pun langganan berita dari MalaysiaKini dilaporkan semakin merosot, sukar dibayangkan apa yang akan berlaku selepas ini.  Mungkin Steven Gan terlupa, tapi portal berita internet bergantung sepenuhnya kepada kredebiliti dan intergriti untuk melariskan langganan
Justeru penulis menyokong tindakan penganjur Kempen Bebaskan Anwar 11 memilih portal Malaysian Insider sebagai penyiar dan pembekal berita rasmi.  Memang ia pemilihan yang tepat dengan masa dan keadaannya.SUARAPAKATANRAKYAT.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive