Ulasan REDMI 17 5G – Kelas Permulaan Yang Memeningkan
-
Peranti REDMI bukan satu nama yang asing untuk peranti kelas permulaan dan
juga pertengahan kerana menawarkan spesifikasi yang menarik pada harga yang
mamp...
Showing posts with label melayu penang. Show all posts
Showing posts with label melayu penang. Show all posts
Friday, February 3
Tanah Melayu Pulau Pinang,Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja.
Kesedaran dan tindakan menyelamat Batu Uban bukan hanya bertumpu kepada isu penjualan tanah bertujuan merobah landskap setempat. Ia bukan hanya isu menghapuskan 'kecacatan' ruang 'kekampungan' demi membina bangunan konkrit moden bagi menampung jumlah penduduk dan objektif komersial yang lain.
Isunya bukan hanya ke atas kawasan yang dikenal pasti sebagai Kampung Batu Uban sahaja. Malah, Batu Uban adalah simbol sejarah dan warisan Melayu Pulau Pinang atau Kedah.
Ia bukan sekadar Batu Uban, tetapi kepada semua penempatan Melayu di Pulau Pinang. Ini bukan soal menafikan hak kepada kaum lain. Ini soal menuntut hak sendiri. Ini bukan hak ekonomi atau politik. Ini hak sejarah dan warisan.
Sejak puluhan tahun lamanya, tanah Melayu tergadai di Pulau Pinang. Nama Melayu pun kian terhakis. Apakah kita sanggup menggadai nama, sejarah dan warisan? Warisan adalah sama pentingnya dengan dimensi ekonomi dan politik.
Politik dan ekonomi Melayu Pulau Pinang sentiasa tenggelam dalam arus pasca kolonial. Wacana kehidupan pun tidak dapat diwajahkan dengan sewajarnya. Melayu telah tewas dalam wacana Pulau Pinang, sedangkan jumlah penduduk Melayu di negeri itu bukanlah sedikit.
Kita telah lupa bahawa pada satu masa dulu, Pulau Pinang adalah pusat persuratan, kewartawanan dan penerbitan Melayu di Nusantara. Pulau Pinang merupakan pusat pemikiran dan penerbitan wacana Melayu-Islam sebelum Perang Dunia kedua.
Apakah kita sanggup melenyapkan keupayaan dan genius Melayu di Pulau Pinang? Apakah tewas dan tiada lagi kudrat dan iltizam menyelamatkan sejarah dan warisan Melayu-Islam di Pulau Pinang?
Pulau Pinang bukan hanya geografi yang merangkumi pulau dan Seberang Perai. Ia ada sejarah, identiti, personaliti, pengalaman dan asal-usul. Sejarah dan warisan sama pentingnya dengan makanan dan minuman.
Jika satu lapisan sejarah terhakis, maka nama tempat pun akan terhakis. Apakah kita sanggup membiarkan nama asal dan awal di Pulau Pinang juga dipinggirkan dan seterusnya lenyap dari pendengaran dan ingatan?
Apakah kita hendak sebuah Singapura bermaharajalela di utara Semenanjung Tanah Melayu?
Di sini saya cadangkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kehilangan sejarah ini. Ia bukan sekadar satu inisiatif, tetapi juga satu tindakan yang mesti dipenuhi oleh semua pihak berwajib.
l Satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan khusus mengatasi masalah warisan Melayu di Pulau Pinang. Suruhanjaya ini hendaklah mengkaji dan meneliti apa yang telah berlaku dan bagaimana peminggiran dan penghakisan warisan Melayu telah terjadi.
l Pihak berwajib mesti menubuhkan satu bank tanah. Bank tanah itu hendaklah sebuah institusi dan organisasi rasmi yang dikendalikan oleh satu atau kedua-dua pihak negeri dan persekutuan.
l Seorang Pesuruhjaya Warisan Melayu khusus untuk Pulau Pinang di wujudkan. Fungsi Pesuruhjaya itu ialah mengenal pasti, menilai kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan, dan memulihara kawasan itu.
l Institusi pendidikan dan perdagangan dan GLC Melayu mesti menggembeling tenaga mengekalkan ruang warisan yang ada di Pulau dan di Sebarang Perai. Sebagai contoh, pendudukan di kawasan Lebuh Acheh-Armenian.
l Pihak berwajib sedia ada dan boleh ditubuhkan mengkaji semua penamaan ruang, jalan dan tempat di Pulau Pinang. Nama ruang, jalan dan tempat janganlah diluluskan dengan sewenangnya-wenangnya. Apakah nama dan penamaan tidak penting? Apakah nama 'Tanjung Pinang' itu, bersebelahan Tanjong To'kong, bertujuan menghakiskan nama asal tempat itu. Kita perlu ingat, nama tempat berupaya mentakrif dan mempengaruhi sejarah masa depan.
l Wartakan Batu Uban dengan mewujudkan zon warisan. Susun semula penempatan di Batu Uban. Jangan bina apa-apa muzium di situ. Apakah orang Melayu di Pulau Pinang mesti dimuziumkan seperti begitu? Sebaliknya, wujudkan rumah tersusun, kompleks sejarah dan warisan bagi menandakan penempatan Melayu pertama di Pulau tersebut - 1700-an. Rujuk kepada lakaran peta Inggeris 1763.
l Jadikan Batu Uban sebagai pusat maklumat sejarah dan warisan hidup Pulau Pinang dan hubungannya dengan pelabuhan Batu Bara di Sumatera Utara. Batu Uban mempunyai hubungan akrab dengan Batu Bara bermula awal 1700-an lagi. Jadikan Batu Uban itu bandar kembar Batu Bara. Salah satu tindakan lanjut ialah wujudkan perhubungan feri antara Batu Uban dan Batu Bara. Batu Uban juga mempunyai hubungan dengan Kampung Bodi (Buadi) di Payakumbuh, Sumatera Barat. Haji Muhammad Salleh @Nakhoda nan Intan dan Dato' Jenaton berangkat dari Payakumbuh, ke Batu Bara dan kemudian ke Batu Uban.
l Perancangan Batu Uban dan juga tempat seperti Tanjung To'kong, dan beberapa buah kawasan lagi di Tanjung dan Air Itam hendaklah mengambil kira isu pemuliharaan tempat dan penduduk. Jika Melaka dapat lakukannya, mengapa tidak Pulau Pinang? Dan sekali lagi, wujudkan institusi dan bidang kuasa yang relevan dan berkesan.
l Apakah wujudnya seni bina dan landskap Melayu Pulau Pinang? Ciri-ciri dan bentuk rumah Melayu Pulau Pinang/Kedah yang wujud hendaklah diperkasakan. Ruang penempatan Melayu dalam sejarah mesti dirancangkan dengan sewajarnya pada zaman ini. Apa yang selalu terserlah ialah seni bina Melayu-kolonial rumah Jawi Peranakan di Tanjung.
Akan tetapi terdapat juga keaslian seni bina rumah Melayu di kawasan seperti di Air Itam, Gelugor, Bayan Lepas dan Balik Pulau. Dan kita mesti ingat, Pulau Pinang adalah satu wilayah Kesultanan Kedah. Sumbernya di Kedah. Mengapa ini tidak ditonjolkan oleh para perancang tempatan?
l Salah satu fungsi kritikal pejabat Pesuruhanjaya Warisan Melayu Pulau Pinang ialah menukar nama yang penting lalu berusaha mewartawakannya, seperti Tanjung (mengganti Georgetown) dan Seberang Perai (mengganti Province Wellesley), serta juga nama Butterworth. Jika kita serius dalam mengekalkan dan memperkasakan sejarah, nama jalan, ruang, tempat pada masa depan di Pulau Pinang mesti mewajahkan ciri-ciri sejarah dan warisan Melayu.
l Pameran dan penceritaan sejarah dan warisan Pulau Pinang di Muzium Negeri Pulau Pinang hendaklah dirombak dan diwajahkan dengan sewajarnya.
l Mengkaji semula dokumen yang diserahkan kepada UNESCO bagi mendapat status tapak warisan. Budaya dan sejarah Pulau Pinang telah disalah tafsir dan tidak diwajahkan dengan sewajarnya. Apa yang diceritakan adalah satu penganiayaan, penafian hak warisan, kewujudan dan sejarah.
Saya menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan warisan dan sejarah negeri Pulau Pinang dan Kedah dalam hal ini dengan inisiatif dan tindakan konkrit jangka panjang dengan telus, tulus dan ikhlas.
Ini bukan hanya masalah warisan dan sejarah Pulau Pinang, tetapi masa depan warisan dan sejarah negara. Apakah kita mahu menggadai 'permata mutiara' di depan mata kita - yang bukan sekadar pulau dan tempat, tetapi pengalaman warisan dan identiti?
Ketidakadilan dimensi warisan adalah sama beratnya dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, kerana ia menafikan hak dan menindas identiti.
Jika langkah-langkah seperti di atas tidak dilakukan, maka Melayu dan wajah Melayu Pulau Pinang akan menjadi satu mitos, yang anehnya lahir dari peneroka awal dan keturunan yang wujud asal-usulnya, roh dan jasadnya, identiti dan personalitinya.
DR. A MURAD MERICAN.Utusan.
Monday, January 23
PKR & PAS Berani Tegur Guan Eng?
Hampir empat tahun ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengusahakan langsung pembinaan satu unit pun rumah kos rendah dan sederhana rendah. Hanya rumah berkos tinggi dibina.
Rakyat Singapura dikatakan banyak membeli rumah dan hartanah di negeri itu. Harga rumah mencecah antara RM400,000 hingga RM700,000 sebuah di Balik Pulau sahaja.penghijrahan penduduk Tanjung ke tanah besar semakin meningkat akhir-akhir ini. Sebabnya, harga rumah yang menjulang.
Bukan sahaja orang Melayu berkeluh-kesah akan hal ini, kaum Cina pun begitu juga. Mereka pergi mengadu ke pihak Barisan Nasional (BN). Tetapi apa nak dibuat, kuasa di tangan orang lain.
Mengejutkan. Tetapi hakikatnya perlu diterima. Tiada satu unit pun rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina oleh kerajaan negeri DAP dalam tempoh beberapa tahun ini.
Pengakuan itu datang daripada Exco Perumahan parti itu sendiri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) awal tahun lepas.
Soalnya, berapakah jumlah rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina, kalau tidak pun dalam 2009/2010 oleh kerajaan negeri menggunakan dananya sendiri atau melalui anak syarikat dan jabatan negeri.
Exco Perancangan Desa, Perumahan Dan Kesenian, Wong Hon Wai pernah menjelaskan, sejumlah unit rumah dibina tetapi semuanya oleh syarikat swasta.
"Depa bagi '100 Ringgit' boleh tetapi pembelaan kepada orang miskin perlulah dilakukan. Jangan asyik main politik, jangan dok gila heboh ada bajet surplus tapi tak ada pembel aan. Dulu pun kita (BN) ada surplus tapi masih bina rumah kos rendah.
Apabila Pas, PKR takut nak tegur...
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 mengenai Pulau Pinang. Antaranya, peruntukan pembangunannya berjumlah RM379.77 juta kepada sembilan jabatan, yang mana perbelanjaan hanya RM225.95 juta atau 59.5%.
Sejumlah lima jabatan, prestasi lebih 90%, dua jabatan prestasi 80% - 89%, satu jabatan prestasi 70% - 79%. Yang paling rendah ialah Pejabat Ketua Menteri iaitu hanya 54.7%. Ini kerana terdapat 23 projek yang tidak dapat disiapkan atau ditangguhkan.
Apa projek-projek itu? Ia melibatkan enam projek pembesaran masjid dan sekolah agama, tiga projek perkuburan Islam, enam projek rumah kos rendah, tiga projek penyesiatan untuk pembangunan ekonomi Pulau Pinang, dua projek membina Mahkamah Syariah serta masing-masing satu projek pembangunan sukan, pembangunan ICT dan projek bekalan air.
Projek di tapak tebus guna tanah di utara Queensbay. Dulu masa BN dah diluluskan satu projek perumahan bercampur, rumah kos sederhana rendah, kos sederhana dan kos tinggi, lengkap dengan sekolah dan masjid.
Sekarang di bawah Lim Guan Eng, Pas dan PKR, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana dah hilang, yang ada rumah kos tinggi sahaja... sekolah dan masjid pun hilang juga.
"Tanah tapak masjid Teluk Kumbar telah pun diambil oleh kerajaan DAP Pulau Pinang tiga tahun lalu tapi tidak wakafkan. Sebaliknya 'dia' letak tanah tersebut di bawah syarikat kerajaan negeri. Tajuk tanah tersebut ialah rumah ibadat.
"Kalau rumah ibadat, ia bukan untuk masjid sahaja. Apa maknanya? Kariah Teluk Kumbar nak minta peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk bina masjid tapi tak boleh kerana tanah bukan wakaf.
Semasa pentadbiran kerajaan BN dahulu, perkara sebegini tidak pernah berlaku. Kerajaan negeri BN dahulu ambil tanah untuk kegiatan agama Islam sama ada untuk masjid, surau, sekolah agama dan kubur orang Islam. Semuanya terus diwakafkan. Puluhan ekar tanah telah diambil untuk tujuan tersebut. Tidak ada masalah. Semuanya terus diwakafkan.
Tuesday, December 27
Apa Akan Terjadi Di Pulau Pinang.
Dulu gerakan ni pembangkang...UMNO janji kalau dia masuk BN, jawatan ketua menteri Penang bagi kat Gerakan..sebab mase tu gerakan kuat..so bila gerakan masuk BN...secara automatik penang under BN....itu perjanjian antara UMNO dan gerakan..sbb tu bila UMNO menang majoriti pun dia gerakan still ketua menteri..
Patern yg sama kita tgk zaman kesultanan Melayu melaka dan zaman penjajahan British...Kunon Raja melayu ada kuasa tp ada kuasa lain yg memegang melayu ni...
Berdasarkan fakta....peratusan cina kat penang 42.5% je...manakala peratusan melayu + bumiputera 41.38%..hampir2 sama je peratusannya...cina lebih skit.
Dulu org melayu yg dok jual tanah2 diaorang kat pulau tu...pastu pindah sebarang jaya,,,ye aa nak dpt duit.
that is life....
Dlm isu ni...melayu penang x ada kuasa dari segi ekonomi....x pegang ekonomi = x ada duit.....siapa yg kaya dialah yg pegang semua....
melayu biasa jadi petani bkn peniaga....hasil yg dituai, dijual pada peniaga cina....melayu selalu berada dibawah cina indirectly....the money power is in their hand long time ago.....so benda ni effect keadaan skrg dimana mereka lagi kaya dari kita secara general...
maka...mereka ada kuasa membeli dan melayu x ada kuasa membeli...ada tp sgt lemah....so diorang dominate la....lepas tu, melayu di penang semakin tiada duit lalu menjual habis tanah2 disana dgn harga yg lumayan....kesudahan, mereka yg ada purchase power ni la untung....yg melayu tu duit dah dpt tp skrg bising ckp itu hak mereka cina ambil dan sbgnya...
cause and effect....ingatlah...apa yg kita wat kesannya akan kita nampak pada generasi akan datang..
Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan pendudukyang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometerpersegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2006 ialah:
Cina: 635,500 (42.5%)
Melayu: 612,300 (41.0%)
India: 148,000 (9%)
Lain-Lain:
Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)
Ada yang tahu bila Penang akan memisahkan diri dari Malaysia .. seperti yang dilakukan oleh Singapura dulu?
MKP yakin Penang akan lebih berjaya di bandingkan Singapura jika Penang menjadi negara yang terpisah dari Malaysia ...
Patern yg sama kita tgk zaman kesultanan Melayu melaka dan zaman penjajahan British...Kunon Raja melayu ada kuasa tp ada kuasa lain yg memegang melayu ni...
Berdasarkan fakta....peratusan cina kat penang 42.5% je...manakala peratusan melayu + bumiputera 41.38%..hampir2 sama je peratusannya...cina lebih skit.
Dulu org melayu yg dok jual tanah2 diaorang kat pulau tu...pastu pindah sebarang jaya,,,ye aa nak dpt duit.
that is life....
Dlm isu ni...melayu penang x ada kuasa dari segi ekonomi....x pegang ekonomi = x ada duit.....siapa yg kaya dialah yg pegang semua....
melayu biasa jadi petani bkn peniaga....hasil yg dituai, dijual pada peniaga cina....melayu selalu berada dibawah cina indirectly....the money power is in their hand long time ago.....so benda ni effect keadaan skrg dimana mereka lagi kaya dari kita secara general...
maka...mereka ada kuasa membeli dan melayu x ada kuasa membeli...ada tp sgt lemah....so diorang dominate la....lepas tu, melayu di penang semakin tiada duit lalu menjual habis tanah2 disana dgn harga yg lumayan....kesudahan, mereka yg ada purchase power ni la untung....yg melayu tu duit dah dpt tp skrg bising ckp itu hak mereka cina ambil dan sbgnya...
cause and effect....ingatlah...apa yg kita wat kesannya akan kita nampak pada generasi akan datang..
Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan pendudukyang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometerpersegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2006 ialah:
Cina: 635,500 (42.5%)
Melayu: 612,300 (41.0%)
India: 148,000 (9%)
Lain-Lain:
Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)
Ada yang tahu bila Penang akan memisahkan diri dari Malaysia .. seperti yang dilakukan oleh Singapura dulu?
MKP yakin Penang akan lebih berjaya di bandingkan Singapura jika Penang menjadi negara yang terpisah dari Malaysia ...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS - Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com


