Showing posts with label nelayan. Show all posts
Showing posts with label nelayan. Show all posts

Thursday, July 28

900 nelayan terima elaun bantuan khas



Perak sentiasa berusaha keras dalam usaha untuk membantu rakyat negeri itu meningkatkan taraf hidup masing-masing.
Susulan daripada itu, lebih 900 nelayan dari PNK Manjung Utara hari ini menerima alaun khas sara hidup selain bantuan sampan bagi memudahkan golongan itu meningkatkan hasil tangkapan.
Penyampaian cek RM200 setiap orang itu dilaksanakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Dewan Orang Ramai Pantai Remis.
Zambry memberitahu, kerajaan negeri sentiasa mengambil serius hal ehwal kebajikan rakyatnya termasuk kelompok nelayan dimana lebih RM 48 juta bantuan sara hidup dan subsidi minyak telah diagihkan sejak 2008 hingga Mac 2011.
“Kita faham akan kepayahan dan keperitan yang sering dihadapi oleh golongan nelayan tidak kira dari kumpulan mana (nelayan pantai atau laut dalam).
“Jadi jumlah tersebut adalah satu amaun yang besar namum kita akan tetap meneruskan bantuan ini kerana faham tentang kehidupan nelayan yang rata-rata berada dalam golongan yang memerlukan bantuan.
Zambry ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Alaun Sara Hidup Nelayan secara tunai LKIM peringkat PNK Manjung Utara kali ke-3 di Pantai Remis.
Dalam pada itu, dalam ucapannya, Zambry juga memohon agensi-agensi maritim untuk membantu mempertingkatkan rondaan selain bekerjasama antara mereka bagi menjamin keselamatan nelayan.
Katanya, nelayan-nelayan terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah termasuk dalam aspek keselamatan ketika menangkap ikan di sempadan perairan antaranbangsa.
“Kerajaan sedar nelayan kita di Pantai Remis, Hilir Perak, Kuala Kurau dan Pangkor sering berhadapan dengan ancaman ditangkap atas dakwaan menceroboh perairan negara jiran.
“Walaupun kita tahu mereka mempunyai peralatan seperti GPS (sistem kedudukan global) tetapi disebabkan kedudukan di laut tidak ada garis sempadan yang nyata, cuma berdasarkan kedudukan pulau-pulau,” katanya.
Justeru katanya, bagi mengurangkan risiko berkenaan adalah wajar  sekiranya bantuan bersama daripada agensi penguatkuasaan Maritim (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Marin dan Jabatan Perikanan dilaksanakan.

Monday, July 25

Bukti BN Memang Membantu Rakyat bukan Rasis.



Ini adalah sebahagian daripada berbillion ringgit bantuan yang diberikan kerajaan BN yang kononnya dikatakan rasis untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.





Kerajaan beri subsidi,wang ehsan kepada golongan nelayan,sedar kerana ramai golongan ini berpendapatan rendah .Inilah realitinya kerajaan BN sudah lama menjadi kerajaan berkebajikan.Berbanding Khawarij PAS yang cukup berminat dengan dasar kerajaan BN yang banyak membantu rakyat.




Terbaru nelayan sekitar teluk bahang hingga Gurney Drive telah diberi bantuan sara hidup sebanyak RM 200ringgit sebulan.berlainan dengan DAP hanya memberi wang sebanyak 100 ringgit setahun dah heboh satu Pulau Pinang.



Majlis penyampai wang sara hidup nelayan telah disempurnakan oleh Dato' Ahmad IbniHajar Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Tanjong merangkap Ketua Umno Bahagian Tanjong.Menurut Dato Ahmad, elaun RM200 bagi setiap nelayan itu antara usaha Kerajaan Persekutuan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sejak 2008 untuk menjaga kebajikan golongan berkenaan dari segi kewangan."Ini sumbangan Kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan nelayan di negeri ini. Tidak seperti Kerajaan DAP Pulau Pinang, yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak melaksanakannya," katanya.

Seorang lagi nelayan, Ah Beng Huat, 45, menyifatkan pemberian elaun itu sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap golongan nelayan khususnya di Teluk Bahang dan Parlimen Tanjong.Elaun itu, katanya, dapat meringankan beban hidup nelayan dan juga sebagai motivasi kepada seluruh golongan nelayan untuk berusaha menambahkan hasil tangkapan pada masa akan datang





Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive