Showing posts with label penerangan. Show all posts
Showing posts with label penerangan. Show all posts

Monday, February 18

TERKINI : Jabatan Penerangan Nafi PM @NajibRazak Letak Jawatan


Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.'

"Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.

"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya.

Ibrahim berkata satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.



MKP Ayat Sempoi : Respon pantas dan terbaik dari Datuk Ibrahim.


GEMPAR: @NAJIBRAZAK LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI...........


 Laman web E-Penerangan diHACK oleh pihak tak bertanggungjawab. MKP heran jugak bila laman web Kementerian begitu senang di godam. Depa nie lena atau buat keja main-main. Eloklah tue nanti macam hampas Punya pegawai yang bertanggungjawab...Gaji nak kerja macam hampas... 

Siapa punya angkara yang menyatakan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak letak jawatan. Korang tengok print screen yang telah diambil oleh blogger TaipanMaster dari UMBWP. 

Jika dilihat dari ayat yang ditulis, MKP dah boleh agak siapa punya kerja. Tapi kita bukan macam puak sebelah sana yang suka tuduh-menuduh ini salah UMNO/BN. Betul tak? 

Mungkin disebabkan aura YAB Perdana Menteri sudah mula naik dan diterima pelusuk rakyat Malaysia, adalah puak yang iri hati. Biasalah tu, apa pun rakyat yang berhak menilai pemimpin mana yang buat kerja dan Janji Ditepati. 

Pada pihak Jabatan Penerangan pula, jangan ambil mudah perkara seperti ini. Perlu sentiasa tingkatkan tahap security laman web anda. Perkara seperti ini tidak boleh dianggap mudah kerana saluran yang diberikan adalah untuk rakyat. 

Cari siapa punya angkara yang sanggup buat kerja BODOH fitnah PM ni dan jatuhkan hukuman yang setimpal. Tak kira siapa pun. Kita semua sayangkan Malaysia!! 

BACA JUGA DISINI


Wednesday, December 26

SIAPA NAK HADIAH WANG TUNAI 51RIBU?


Larian Tahun Baru 1Malaysia, yang berlangsung Isnin ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebagai sebahagian sambutan Tahun Baru 2013, bakal menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM51,000.

Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata enam kategori dipertanding iaitu Terbuka Lelaki (18-40 tahun), Terbuka Wanita (18-35 tahun), Veteran Lelaki (40 tahun ke atas), Veteran Wanita (35 tahun ke atas), Remaja Lelaki dan Remaja Wanita (13-17 tahun).

Jika ingin borang penyertaan sila KLIK boleh download borang dan segala maklumat lengkap sediakan.




Monday, July 30

Woi Perangai Macam Beruk Sawan Bila Bela @DrRaisYatim

MKP rasa nak tergelak bila ada yang membela DS Rais Pantun Tintun nie?Semuanya salahkan orang lain menyatakan ianya propaganda pembangkang dan lain-lain alasan yang kurang menarik bila membaca dan lihat...Woi Hampa nie hanya tahap tentera yang mengikut arahan jeneralnya.......Jangan dok rasa diri tue sempoi dan terbaik dikalangan orang lain....Kalau rumah lu bro diperbuat dari kaca jangan lempar batu kepada rumah orang lain nanti batu yang lu lempar nanti kena rumah lu pecah habis  lu punya rumah.Apa punya bangang tahap beruk makye korang nie....


APA kes sampai 17ribu dislike nie,apa kejadah hampa dok buat??? goyang teloq ke?mana dia pejuang hampas sampai 10ribu yang telah dilatih tue? nama aje pejuangan alam maya tapi sampai macam nie pun tak boleh counter balik.dok sok sek dalam blog tapi keja macam haram jadah apa kes nie semua sepatutnya mengesa pejuang yang telah dilatih untuk like benda nie semua...Cuba cari jalan penyelesaian bukanya menyalahkan orang itu dan ini......


 YOU GO TO HELL,ini barulah konsprasi DAP supaya dislike video nie?bukan yang diatas...Sebabnya kita semua tahu tayangan filem ini bakal membongkarkan kebenaran pengkhianatan DAP terhadap pemimpin Melayu...Apa Lagi MKP menyeru kepada semua supaya like video ini KLIK

Berbalik tentang kenyataan DS Rais Yatim tue kenapa dua kenyataan ini berikan oleh beliau..Kenapa ada kona baring diatas jalan yang berbatu tajam..............?


MKP AYAT SEMPOI : BILA KONA BARING ATAS BATU TAJAM PECAH KEPALA DER?

Thursday, April 12

PENERANGAN BAHAGIAN JANGAN DOK LENA BANYAK SANGAT?


Penerangan Bahagian jangan dok lena banyak sangat?MKP tertarik dengan apa yang  telah dibicarakan oleh Tok Mat nie,Hampa dah terima jawatan so buatla keja yang telah diamanahkan.Jangan dok tunggu bila dah kena tegur baru nak buat keja....Woiiii benda dah lambat umpama nak berak baru nak korek lubang.......Kalau tak mau buat keja bagilah kat orang lain yang boleh buat keja.......Pengerusi WAR ROOM kat tempat aku (Tanjong P49) pun sama jugak bila dah cilok orang punya keja tue patut mau rasa malu sikit,,,tak salah ambil benda tue tapi bagi la kredit kat orang yang bersusah payah bersengkang mata cari maklumat lepas tue senang hati bentang dalam mesyuarat kata hang buat piraaaaaah.......Tok Mat inilah hakikat yang dok ada.....Kena pada tempat dan masa nie tegur depa nie...

"Program penerangan yang dilakukan tidak hanya tertumpu kepada ceramah-ceramah umum sahaja, tetapi pengedaran risalah kepada orang awam, program turun padang bertemu dengan pengundi di kawasan masing-masing dan juga penerangan melalui media baru seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya," jelas beliau yang di temui di pejabat UMNO Bahagian Pandan ketika sesi lawatan ke 'war room' UMNO Bahagian Pandan.
Tambahnya lagi, jentera-jentera penerangan UMNO di seluruh negara perlu memanfaatkan segala ruang termasuk bertemu dengan rakyat dan pengundi secara berdepan, menggunakan media cetak, media digital mahupun media elektronik, dalam usaha untuk menyampaikan maklumat secara tepat kepada masyarakat bagi memperjelaskan usaha-usaha kerajaan disamping menangkis fitnah-fitnah yang dilontarkan pihak pembangkang terhadap usaha yang dilakukan kerajaan. 
"Namun saya mahu ingatkan, janganlah kita meletakkan beban ini hanya semata-mata di atas bahu ketua penerangan baik di peringkat bahagian atau cawangan sahaja. Kesemua ahli UMNO sebenarnya perlu mengambil tanggungjawab ini. 
"Penerangan boleh dilakukan di mana sahaja seperti di kedai-kedai kopi atau majlis keramaian contohnya. Kita sebagai ahli UMNO perlu menjadi agen-agen penerangan biar di mana sahaja kita berada," jelas beliau. 
Program penerangan ini menurut beliau, adalah penting dalam usaha untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN dan bagi memastikan rakyat mendapat info yang sebenar tentang penipuan janji-janji dan pelbagai fitnah yang dilontarkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan. 
"Sebagai contoh, pembangkang menabur janji konon-kononnya sekiranya mereka diberi kuasa, maka mereka akan menurunkan harga minyak, menghapuskan hutang PTPTN, menghapuskan tol dan juga menyeleraskan gaji minumum sebanyak RM 4 ribu. 
"Jika dilihat semula, segala janji yang ditabur oleh pembangkang itu sesetengahnya tidak logik sama sekali, dan ada pula yang sebenarnya sudah boleh mereka laksanakan, tetapi sehingga har ini masih tidak dilaksanakan oleh pihak pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasai.
"Contohnya, penghapusan tol. Mereka berjanji untuk menghapuskan tol sekiranya berkuasa namun, sehingga kini tol di Pulau Pinang masih lagi tidak dihapuskan, sedang pemerintahan negeri tersebut di dalam tangan mereka.
 
"Begitu juga penurunan minyak petrol. Saya cabar mereka supaya menurunkan dulu harga minyak di empat buah negeri yang mereka kuasai. Mereka boleh menurunkan harga minyak dengan syarat kerajaan negeri di bawah pimpinan mereka sanggup untuk menanggung kos subsidi rakyat," ujarnya lagi. 
Namun jelas sehingga ke hari ini, kata beliau lagi tidak ada apa pun yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang tentang segala perkara yang mereka janjikan kepada rakyat, kecuali hanya menjalankan propaganda dan menabur fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan bagi mempengaruhi rakyat. 
"Mereka hanya tahu berjanji tetapi janji-janji itu tidak logik dan hanyalah janji kosong semata untuk memperdayakan rakyat di negara ini demi kepentingan politik mereka," tegasnya. -MediaUMNO

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive