Showing posts with label piliharaya masjid penang. Show all posts
Showing posts with label piliharaya masjid penang. Show all posts

Tuesday, June 21

DAH LAMA DAH!KISAH DULU-DULU.



Umum mengetahui dan tidak perlu rasanya dinyatakan secara panjang lebar apa kesannya terhadap masyarakat Islam jika kaedah itu dilaksanakan.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff, beliau tidak mahu perpecahan di kalangan orang Melayu berikutan perebutan jawatan dalam pentadbiran masjid pada 1980-an berulang.

Lantas beliau menceritakan kepada penulis mengenai corak pentadbiran institusi masjid di negeri ini sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan sehinggalah sekarang supaya masyarakat faham kenapa pelaksanaan kaedah tersebut perlu dielakkan.

Menurutnya, semasa zaman penjajahan, hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dikendalikan oleh Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang.

Bagaimanapun, badan itu tidak mempunyai kuasa terhadap wakaf-wakaf termasuk masjid dan surau yang banyak terdapat di negeri ini.

Segala wakaf ditadbir oleh Lembaga Wakaf Orang Islam dan Hindu yang dipengerusikan oleh Pemungut Hasil Tanah yang merupakan ‘orang putih’ dengan orang Islam serta Hindu menjadi anggota lembaga itu.

“Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957, Perikatan Pemuda Pulau Pinang mencadangkan supaya pentadbiran bagi orang Islam dan Hindu dalam lembaga tersebut diasingkan.

“Ketika itu saya merupakan Setiausaha Perikatan Pemuda Pulau Pinang dan kami berpendapat sudah tiba masa ditubuhkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP),” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dua tokoh Melayu, iaitu bekas majistret, G.M. Yusoff dan Pesuruhjaya Haji, Ali Rouse ditugaskan untuk merangka perlembagaan MAIPP. Usul berkenaan kemudiannya dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu diluluskan penubuhan MAIPP pada 1959.

G.M. Yusoff telah dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP pertama manakala Ali Rouse sebagai Setiausaha Kehormat majlis tersebut.

Abdullah Fahim, iaitu datuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menjadi Mufti Pulau Pinang yang pertama. Sejak itu, segala urusan pentadbiran masjid diselia oleh MAIPP.

Mohd. Yussof memberitahu, pada awal 1960-an, MAIPP merancang untuk melantik ahli jawatankuasa kariah bagi mengurus masjid secara lebih sistematik.

“Sebelum itu, segala urusan pentadbiran masjid dikendalikan oleh orang kampung sendiri seperti imam dan penghulu. Jawatan-jawatan tersebut pula biasanya diperturunkan dari generasi ke generasi,” ujarnya.

Bagaimanapun, bukan mudah bagi MAIPP pada peringkat permulaan untuk membuka minda penduduk kampung supaya menerima kaedah baru itu.

Sesi penerangan ke seluruh masjid dilakukan bagi memaklumkan kepada masyarakat mengenainya. Namun, usaha tersebut akhirnya berjaya dan pemilihan jawatankuasa kariah masjid ala pilihan raya pun diperkenalkan.

Sehinggalah pada sekitar 1980-an, unsur berpuak-puak mula menjalar di kalangan kariah. Ketika itu masjid dilihat sebagai institusi yang kukuh dari segi kewangan dan mempunyai pengaruh kepada masyarakat.

Bagi calon, jika terpilih maka ada ‘habuan’ yang menanti mereka seperti elaun dan kemudahan-kemudahan lain termasuk kuasa. Maka berlakulah perebutan kerusi jawatankuasa kariah masjid sehinggakan pernah berlaku calon membawa ‘pengundi-pengundi hantu’ dengan bas untuk mengundinya.

Akibatnya, bibit-bibit perpecahan menular di kalangan penduduk kampung seperti boikot-memboikot kenduri berikutan perbezaan ‘parti’.

Bagi mengelak institusi masjid tercemar dan demi menjaga perpaduan masyarakat Islam, Exco Agama ketika itu, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar diberikan tanggungjawab merangka kaedah baru supaya proses pemilihan diadakan secara lebih demokrasi dan terkawal.

“Maka dicadangkan bagi setiap penggal baru, jawatankuasa sedia ada mengadakan mesyuarat agung dan mengemukakan senarai 15 calon termasuk dua wanita kepada MAIPP untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa kariah masjid.

“Kaedah inilah yang diguna pakai sehingga sekarang tanpa sebarang pertelingkahan di kalangan ahli kariah,” jelasnya.

Justeru, tidak hairanlah apabila perkataan ‘syukur’ keluar daripada Mohd. Yussof sebaik-baik menerima berita menerusi panggilan telefon bahawa proses pilihan raya masjid ditangguhkan atas titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lalu.Pastinya beliau tidak mahu ‘parah’ yang berlaku ke atas masyarakat Islam di Pulau Pinang sekitar 1980-an berulang

SUMBER:UTUSAN MALAYSIA.


Sunday, June 19

MALIK KASIM@ITIK LeTAK JAWATAN.



betulkah Malik Kasim akan meletak jawatan berikutan isu panas yang digembar-gemburkan sebelum ini.Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa Malik Kasim Exco Agama,Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal pengguna meletakkan jawatan beliau selepas didapati melakukan kesilapan besar dengan membelakangkan Yang diPertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam isu pilihanraya masjid baru-baru ini.


Presidennya,Rahmad Isahak kata malik bukan sahaja membelakangkan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai ketua agama islam negeri malah beliau juga gagal menilai situasi undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan rasmi bagi Kerajaan Negri sehinggakan melukakan perasaan umat islam.


KMPP menwakili 6500 umat islam pulau pinang menggutuk sekeras-kerasnya tindakan malik itik ini.Malik Itik seharusnya bertangjawab sepenuhnya dalam isu ini serta meminta maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam akibat ketelanjurannya yang telah menyusahkan pelbagai pihak.“Orang Melayu Pulau Pinang tidak memerlukan pemimpin seperti beliau untuk menegakkan syiar Islam,” 


 Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri kerana perbuatannya itu memalukan.


Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) juga tidak boleh sewenang-wenangnya membuat dasar atau polisi secara tergesa-gesa atas tekanan pihak lain terutamanya perkara berkaitan undang-undang sehingga boleh menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap institusi berkenaan.

Rahmad berkata, selain memohon maaf kepada orang Islam, Malik juga wajar menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon maaf kerana membelakangi Tuanku dalam membuat keputusan mengenai perkara itu.




Saturday, June 18

SEBARKAN:VIDEO KETERANGAN PENUH ISU PILIHANRAYA MASJID PULAU MUTIARA.

Di bawah adalah video keterangan lengkap Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang tentang isu 'pilihanraya masjid' yang telah dibatalkan di Pulau Pinang. 

Sila tonton:-

Friday, June 17

MALIK ITIK@GUAN ENG BAGAI CACING KEPANASAN.


Alhamdulilah semua telah selesai dan muktamad pasti selepas ini Malik itik serta ketua Menteri paling malang dalam sejarah Pulau Mutiara mengelupur selepas apa yang dirancang tidak menjadi.Yang menjadi persoalan sekarang berapakah peruntukkan bagi menjalankan pilihanraya masjid ini??????????Kemanakah wang tersebut pergi dan yang lebih memalukan lagi Malik itik dok kata pilihanraya  ini mengikut undang-undang yang telah digubal oleh mereka.mana nak letak muka lepas ni.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Ketua Agama Islam Negeri Pulau Pinang, hari ini menitahkan agar pemilihan jawatan kuasa kariah masjid sesi 2012-2013 dibatalkan.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakria telah mengesahkan perkara ini.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ketika dihubungi UMNO-Online, melahirkan rasa syukur meratap sembah menjunjung kasih di atas titah yang di-Pertuan Agong tersebut.
Titah Tuanku itu katanya, tepat pada masanya dan sangat wajar demi memelihara perpaduan dan kemuafakatan umat Islam di Pulau Pinang.
“Umat Islam di Pulau Pinang melahirkan rasa syukur kerana titah Tuanku itu sekaligus menamatkan situasi panas yang berlaku sejak beberapa minggu ini. Titah tersebut melambangkan keprihatinan dan sikap ambil berat Tuanku terhadap kesejahteraan umat Islam.
“Saya juga melihat titah ini adalah sebagai satu isyarat kepada MAIIP agar hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan haruslah dirujuk terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pulau Pinang berkata, titah Tuanku ini sekaligus menghancurkan hasrat DAP yang mahu melihat umat Islam berpecah belah.
“Serangan halus DAP ini ternyata gagal. DAP harus mengambil ini sebagai satu pengajaran agar jangan cuba untuk membuat keputusan sendiri berkenaan institusi keagamaan di negara ini.
“DAP harus sedar bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini dan bukan sewenang-wenangnya untuk DAP mengganggu gugat kemakmuran umat Islam,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP telah mengarahkan agar jawatan kuasa kariah masjid dijalankan melalui pilihan raya masjid.
Perkara ini telah mencetuskan rasa tidak puas hati umat Islam Negara ini berikutan ianya dilihat bakal memecah belahkan umat Islam terutamanya di negeri tersebut.
Senarai calon yang telah dikeluarkan secara berperingkat juga dilihat sebagai berat sebelah apabila kariah yang mempunyai kaitan dengan UMNO disingkirkan tanpa sebarang alasan kukuh.-MediaUMNO

MALIK ITIK LANGGAR ARAHAN YANG DIPERTUAN AGONG.



Malik Itik telah melanggar apa yang belum diputuskan oleh Duli Yang maha Mulia Agong.Sepatutnya Apa yang telah diberitahu akan ada perbincangan hari ini sama ada memutuskan sama ada pilihanraya ini akan diperkenankan atau pun tidak?


Seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 masjid daripada 200 masjid.Melihat daripada angka jawatan dan calon sudah pasti semua layak dan jumlah kekosongan jugak ada sudah pasti ada yang membantah sebanyak 34 masjid masjid membantah 
pilihanraya ini.tahniah kepada yang membantah MKP ucapkan.8 buah masjid tidak menghantar borang pencalonan dan itu adalah tindakan paling bijak tidak menyokong tindakan bodoh lembu yang dicucuk hidung oleh DAP.


Kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun 2011 dan mengedarkan borang-borang pencalonan termasuk bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk ‘berkempen’ iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.




AGENDA DAP TELAH TERSERLAH.



Agenda DAP telah terserlah mahu mempolitikkan Masjid supaya melayu Pulau Pinang berpecah belah bagi meneruskan agenda seterusnya bagi mengekalkan penguasaan DAP dapat diteruskan di Pulau Mutiara.Pencalonan jawatankuasa masjid akan diteliti oleh pengikut tegar DAP pastinya melayu yang bertopengkan Syaitan dan mengenal  pasti yang dipilih bukan dari ahli umno atau sekutu dengannya.


Melayu yang sebegini adalah umpama duri yang akan menghancurkan umat islam di Pulau Mutiara.Berikut adalah apa yang ditafsirkan oleh rakan blogger Anak Seberang. 


Inilah antara dua wajah dari ramai yang tersingkir sebelum bertanding akibat permainan kotor Rejim DAP yang menguasai Pulau Pinang dalam mengadakan pilihanraya Masjid. Mereka tewas sebelum bertanding disebabkan borang pencalonan mereka ditolak dengan tiada alasan yang kukuh namun AS yakin ini disebabkan hanya kerana mereka pemimpin UMNO.

Seperti yang AS jangkakan, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dengan mudah mempergunakan institusi Islam. MAIPP bertindak mengikut telunjuk DAP dengan mencantas nama nama calon pengerusi dan jawatankuasa yang pro UMNO yang telah menawarkan diri untuk bertanding.

Pengerusi Qariah Masjid Kampung Besar dan Pengerusi Qariah Masjid Sungai Kechil Yang kedua-duanya dalam Parlimen Tebal telah di cantas nama mereka oleh MAIPP. Menurut info, Pejabat Agama Daerah SPS yang dibawah MAIPP telah bertindak arahan dari 'tangan ghaib' yang dipercayai pemimpin politik pakatan haram. Majoriti pentadbir di pejabat Agama juga sebenarnya tidak setuju dengan peraturan baru ini, namun mereka terpaksa juga menurut arahan 'pihak atasan' demi menjalankan tugas.

Secara peribadi AS mengenali dan agak rapat dengan kedua-dua Individu ini. Mereka mempunyai peribadi dan nilai nilai murni pemimpin masyarakat di Qariah mereka. Sepanjang pengetahuan AS mereka berdua tidak pernah mentadbir Masjid secara berat sebelah.


READ MORE

Wednesday, June 15

AGENDA TERSIRAT DAP,KITA JANGAN DIBUAI.

hayati video ini untuk kesedaran umat islam Pulau Pinang


KALAU tidak dibantah habis-habisan mungkin orang Melayu Pulau Pinang terpaksa melalui proses pembuangan undi macam pilihan raya untuk memilih anggota jawatankuasa masjid.

Ini satu lagi idea daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Sebelum ini, DAP juga yang mencadangkan diadakan pilihan raya untuk memilih ketua kampung.

Idea pemilihan ketua kampung itu kemudian mendapat sokongan daripada kerajaan PKR Selangor.
Daripada satu sudut, memang proses pemilihan melalui pilihan raya itu nampak 'molek' sesuai dengan amalan demokrasi. Tetapi tidakkah ia menjurus kepada perpecahan dalam masyarakat apabila terbentuk kumpulan-kumpulan yang menyokong calon bertanding.

Dalam proses pilihan raya untuk memilih wakil rakyat pun, masyarakat yang menyokong parti politik masing-masing boleh bermasam muka dengan musuh partinya, inikan pula pemilihan AJK masjid. Silap langkah mungkin masjid akan hilang jemaahnya kerana kecewa.

Jangan kita dibuai dengan idea DAP hingga lupa apa agenda di sebaliknya.

Demokrasi satu hal, tetapi kesan selepas proses demokrasi itu perlu juga difikirkan. Mengapa DAP sibuk-sibuk untuk adakan pilihan raya ketua kampung dan AJK Masjid. Pas pula tumpang semangkuk untuk bantu melaksanakan cita-cita DAP.

Kenapa DAP tak cadangkan pilihan raya untuk memilih AJK tokong, kuil dan gereja. Apa kata masyarakat beragama Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain tentang unsur-unsur politik masuk dalam urusan rumah ibadat mereka.

Dulu, beberapa wakil rakyat DAP berjaya masuk ke dalam masjid. Sekarang parti itu hendak masuk campur tangan urusan pentadbiran masjid pula.

Jikalau boleh, DAP mahu pelantikan dalam semua sistem pentadbiran dipilih melalui pilihan raya. Jadi, usah terkejut kalau-kalau ada cadangan DAP supaya pemilihan ketua pegawai eksekutif (CEO) atau ketua pengarah di jabatan kerajaan diadakan melalui proses pilihan raya juga.

Untuk meletakkan seseorang di tempat mulia bagi memimpin dan diberi amanah bukan semua layak dan perlu melalui undi pilihan raya. Ada individu patut dipilih tanpa melalui pilihan raya.

Kualiti pimpinan individu berbeza. Ada yang boleh buat kerja tanpa menjual nama. Ada yang jual populariti tapi tak mampu berkhidmat. Sebenarnya pilihan raya adalah salah satu proses politik. Apabila unsur politik sudah masuk dalam urusan masjid maka mahu tidak mahu akan berlaku perpecahan.

Inilah yang DAP mahu supaya umat Islam Melayu berpecah hanya melalui satu pilihan raya masjid. Orang Melayu apabila berpecah dan bermusuh antara satu sama lain, bukan mudah untuk ditautkan semula.

Malah pilihan raya masjid akan membawa kariah sesebuah kawasan membentuk fahaman untuk merebut kuasa. Mana ada pilihan raya berlangsung tanpa kempen yang dalamnya penuh dengan unsur memburuk-burukkan pihak lain.

Buka mata, buka telinga, buka hati dan buka minda - patutkah Melayu ikut telunjuk DAP yang terang-terang menentang Negara Islam.

Tuesday, June 14

TAHNIAH:MELAYU YANG DOK ADA MEMALUKAN MELAYU.



Polemik baru kerajaan DAP Pulau Pinang itu bakal mengheret institusi masjid ke kancah politik kepartian, sesuatu yang mungkin berlaku kerana sudah tentu ia akan bakal ditandingi individu yang menjadi ahli sesebuah parti politik. 


Dengan penyebaran ideologi parti yang berbeza sudah tentu akan mencemarkan masjid yang mungkin menyebabkan peranannya untuk menjadi tempat umat Islam beribadat serta mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain bertukar kepada tempat berpolitik


Masjid adalah tempat kita beribadat...takkan kita hendak bermasam muka ketika hendak beribadat. Inilah mungkin kesan yang akan berlaku sekiranya pilihan raya masjid diadakan juga.


Kerajaan negeri seharusnya melihat kepada kesan selepas pilihan raya masjid sebelum melaksanakannya bukan hanya mendengar pandangan segelintir pihak, kita tidak mahu melihat akan timbul persengketaan di kalangan ahli kariah masjid selepas proses itu selesai. 


Lihatlah kesan selepas pilihan raya baik umum atau kecil, di mana masih wujud perasaan benci hanya kerana persengketaan yang wujud ketika proses pilihan raya sedang berjalan di mana ada kempen menyerang peribadi seseorang. 

Tidak hairan sikap seumpama itu akan timbul selepas pilihan raya masjid yang mana ada tempoh berkempen diberikan kepada calon, mungkin kempennya tidak sepanas dengan pilihan raya umum, tetapi ia tetap ada lebih-lebih lagi terdapat kemungkinan akan ada parti politik yang terbabit dengannya. 




Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang).


"Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ini merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini,”


Mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Malik berkata: “Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan Kerajaan Negeri.”


Sudahlah Malik itik janganlah dok putaq belit kata sebelum nie BN pernah buat pilihanraya masjid.kalau benda nie jadi jugak berpecahlah melayu dan diucapkan tahniah kepada Malik itik nie pasal hang semua jadi dalca marba ketua menteri paling celaka akan membuat caturan terbaru dan memberi malik itik tanah kubur yang paling selesa buat hang lepas tue semua anak cucu le[pas nie pakat pi kencing atas kubur hang.









Friday, June 10

MASJID PULAU PINANG.


Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh berhujah atau memberikan apa sahaja alasan berhubung tindakannya memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah masjid di seluruh negeri itu menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.
Tetapi apa yang nyata tindakan itu seolah-olah ingin menyeret institusi masjid ke dalam kancah politik kepartian.
Walaupun alasan yang diberikan kononnya ia bertujuan bagi memastikan kaedah pemilihan adalah lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada semua itu hanyalah alasan.
Selama ini sejak berpuluh-puluh tahun lalu, pemilihan AJK masjid bukan sahaja di Pulau Pinang malahan di seluruh negara tidak ada masalah tetapi kenapakah kerajaan DAP Pulau Pinang ingin memadai-madai mengajar orang Melayu bagaimana hendak memilih AJK tersebut?
Jelas apa yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah bermotif politik dan sengaja mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan perpaduan di kalangan orang Melayu di negeri tersebut.
DAP amat memahami bahawa orang Melayu sudah cukup banyak berpecah kerana pelbagai faktor khususnya politik dan kini ia mahu memperluaskan kepada pemilihan AJK masjid pula.
Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh melenting apabila ada pihak menganggap ia sebenarnya satu agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid.
Kalau tidak ada niat demikian kenapakah perlu secara tiba-tiba kaedah yang sedia ada hendak diubah apabila DAP berkuasa?
Tambahan pula, pelaksanaan pilihan raya masjid tersebut itu mahu diadakan secara tergesa-gesa tanpa perbincangan apatah lagi mengambil kira pandangan umat Islam di kawasan-kawasan yang terlibat.
Kita yakin jika ia dilaksanakan sudah pastilah banyak masalah yang akan timbul dan seterusnya akan mengakibatkan pengurusan masjid menjadi kacau bilau.
Selama ini orang Melayu tidak pernah pun berbalah kerana pemilihan AJK masjid, mereka memilih sahaja siapa yang terpilih.
Apa yang kita bimbangkan, pilihan raya masjid ini bertujuan untuk membolehkan DAP melalui sekutunya, Pas menilai sejauh manakah sokongan orang Melayu kepada parti berkenaan.
Ia kerana melalui pilihan raya itu mereka akan mengetahui kariah manakah yang memihak kepada kerajaan pakatan pembangkang dan kariah mana pula yang menyebelahi UMNO serta kerajaan Pusat.
Kita sama sekali tidak boleh menerima alasan bahawa pelaksanaan pilihan raya masjid itu bukan bertujuan politik kerana apa pun kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan ia pasti ada kaitan dengan politik bagi mengekalkan kekuasaan pemerintahan.
Oleh itu apa yang diharapkan orang Melayu tidak akan terjebak dengan agenda mana-mana pihak untuk terus berusaha memecah-belahkan mereka.
Orang Melayu Pulau Pinang perlu menolak pelaksanaan pilihan raya masjid itu kerana ia bukanlah urusan pihak lain untuk mengajar mereka bagaimana hendak menguruskan rumah Allah itu.
Bukanlah satu kesalahan kalau kariah di sesuatu kawasan tidak menghadiri pilihan raya itu, mereka tidak akan rugi apa-apa pun, sebaliknya mereka akan lebih rugi jika menghadiri kerana ini boleh menyebabkan orang Melayu berpecah belah kerana menyokong kelompok A atau kelompok B.
Tidak salah untuk orang Melayu berbeza fahaman politik tetapi biarlah ia sekadar di luar masjid sahaja kerana apabila memasuki sahaja ke rumah Allah itu, kita sujud kepada Tuhan yang satu dan mengadap kiblat yang sama.

Tuesday, June 7

DAP DOK BUAT MELAYU/ISLAM PENANG JADI DALCA-MARBA





Kerajaan negeri pimpinan DAP telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri,Abdul Malik Kassim berkata, kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan telah bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada,” katanya kepada pemberita di sini,hari ini.

Katanya,kaedah pemilihan secara undi itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah untuk mencalon dan memilih pemimpin kariah masing-masing kepada MAIPP.Beliau berkata,satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 bagi memberi panduan mengenai kaedah pemilihan dan borang pencalonan telah diedarkan kepada semua masjid dengan tarikh tutup pencalonan pukul 12 tengah hari ini. - Bernama



Apa dah jadi sampai jawankuasa Masjid pun kena buat cara demokrasi ka?apa punya 
bangang malik kasim babi nie.


Jadi, tindakan kerajaan DAP dan Pakatan di Pulau Pinang untuk buat sistem baru pilihanraya masjid, patut dirujuk terlebih dulu kepada baginda terlebih dulu sebelum keputusan dibuat.

MKP nampak sekarang ni Lim Guan Eng dan Malik Kassim sudah DERHAKA dan seolah-olah nak cabar kuasa yang ada pada YDP Agong didalam urusan agama..

Lim Guan Eng dan Malik Kassim babi mempergunakan MAIPP untuk melaksanakan agenda jahat depa bagi memecah belahkan umat islam melalui masjid. MAIPP juga depa guna bagi menutup perlakuan keji dorang..

MKP nak jelaskan disini, MAIPP ditubuhkan mengikut seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Ulama Islam pada tahun 1959 BAGI MENASIHATI Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertua Agong dalam perkara berkaitan dengan agama Islam di Penang.

MAIPP bukanlah pembuat keputusan seperti mana yang Malik Kassim babi dakwa sebelum ni. So, kalaupun persetujuan berkenaan pilihanraya masjid dah dibuat melalui mesyuarat diantara MAIPP dan JHEAI.., depa masih lagi perlukan perkenan dari YDP Agong..

Kat sinilah yang celakanya Malik Kassim babi dan juga Lim Guan Eng.. Dorang ni sengaja ketepikan peranan YDP Agong di Penang. Dan dorang juga rasa tak sapa boleh kacau dorang walaupun YDP Agong sendiri.

Isu ni sendiri dah buktikan DAP dan Pakatan memang nak hapuskan kuasa Raja-Raja Melayu didalam negara Malaysia. Ini depa baru pegang satu negeri..., cuba bayangkan macam mana kalau depa pegang Malaysia....

DAP dan Pakatan cuba nak wujudkan keretakan dan perpecahan sesama orang melayu melalui masjid-masjid di Penang.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive