Showing posts with label prasarana. Show all posts
Showing posts with label prasarana. Show all posts

Tuesday, October 27

@MyRapidKL BAS DUA TINGKAT UNTUK SUNGAI LONG, BANDAR MAHKOTA


Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, hari ini memperkenalkan bas dua tingkat untuk para penduduk Sungai Long dan kawasan sekitar sebagai satu lagi inisiatif untuk meningkatkan keselesaaan para penumpang dan menarik lebih ramai menggunakan perkhidmatan awam.

Dilancarkan oleh Ahli Majlis untuk Majlis Perbandaran Kajang (MPK), Encik John Leong Chiew Sing, Laluan U41, yang menghubungkan Bandar Sungai Long dengan bandaraya Kuala Lumpur, akan akan turut memanfaatkan para penduduk Bandar Mahkota Cheras dan beberapa lagi penempatan utama di sepanjang laluan sepanjang 42km.

Ini termasuk Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) cawangan Sungai Long, kawasan perindustrian Balakong, Taman Rakan, Cheras Jaya, Taman Impian Ehsan, Taming Jaya, Taman Sungai Besi Indah, Stesen KTM Serdang, kawasan perindustrian sepanjang Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur, Jalan Pudu sebelum sampai ke hub bas Jalan Silang.

Laluan U41, yang merupakan laluan tradisi Rapid KL sejak ia ditubuhkan pada 2004, akan menggunakan lima bas dua tingkat dan 15 bas satu tingkat untuk memberi perkhidmatan kepada kira-kira 8,000 penumpang setiap hari.

Mengulas inisiatif Rapid KL, Encik Leong berkata langkah memperkenalkan bas dua tingkat untuk Laluan U41 adalah langkah bijak kerana para pengguna perkhidmatan bas semakin meningkat di Kajang khususnya di Bandar Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras.

“Kedua-dua kawasan ini sedang berkembang pesat dengan jumlah penduduk sekarang yang mencecah 90,000 orang. Kita juga memperkatakan tentang kampus UTAR cawangan Bandar Sungai Long, yang mempunyai tidak kurang daripada 11,000 pelajar dan kakitangan. Banyak daripada mereka menggunakan perkhidmatan bas. Dengan bas dua tingkat, tempoh menunggu adalah lebih pendek kerana ia boleh membawa lebih ramai penumpang,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan adalah Ketua Pegawai Operasi Rapid KL, Encik Mohd Azam Omar, Pengurus Zon 1 Rapid KL, Encik Khairul Azhar Hamidullah dan Pengurus Depoh Cheras Selatan, Encik Amir Shahid Abdul Rahman.

Laluan U41 adalah laluan kelima yang dipilih oleh Rapid KL untuk menggunakan bas dua tingkat. Selepas Laluan U30 (Pandan Mewah – Hang Lekiu), U40 (Terminal Bas Kajang – Terminal Jalan Silang, Kuala Lumpur), Laluan U80 (Seksyen 2 Shah Alam – Pasar Seni), Rapid KL telah memperkenalkan bas dua tingkat untuk Laluan U64 dari Taman Sri Muda Shah Alam ke Pasar Seni).

Dalam perbincangan dengan Encik Leong, Encik Azam berharap untuk mendapat sokongan daripada pihak MPK untuk menyediakan kemudahan tempat perhentian dan menunggu bas yang sesuai di hadapan kampus UTAR untuk dijadikan hab bas Bandar Sungai Long.

Selain dilengkapi dengan ciri-ciri akses universal untuk kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ciri-ciri keselamatan, bas dua tingkat buatan Eropah ini mempunyai kapasiti untuk membawa sehingga 108 penumpang.

Walaupun dua tingkat dengan ciri-ciri moden, tambang yang dikenakan masih sama dengan perkhidmatan bas satu tingkat. Untuk Laluan U41, tambang penuh daripada Bandar Sungai Long ke Jalan Silang, Kuala Lumpur adalah adalah RM3 sahaja.

Perkhidmatan bas Laluan U64 bermula 6 pagi dengan bas dua tingkat diselang-selikan dengan bas satu tingkat. Perkhidmatan bas dua tingkat, bagaimanapun, akan berakhir pada 8 malam.

Wednesday, January 1

SMS PALSU LAPORAN POLIS BUAT PENFITNAH @MyRapidKL @ShahrilMokhtar


Semalam telah tersebar satu gambar SMS palsu telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dilaman sosial. Pekara sebegini memang dipandang serius oleh pihak pengurusan Prasarana dan satu laporan polis telah dibuat untuk mengekang dari dari kejadian sebegini berulang.

Perbuatan menyebarkan sms palsu menerusi pengendali telco tempatan adalah berniat tidak baik dan sengaja menimbulkan kekecohan di kalangan warga kota Kuala Lumpur.

Menurut Masnizam Hisham Pengarah Kumpulan Perkhimatan Infrastruktur, Pihaknya memandang serius tomahan yang telah dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab sebegini mencemarkan nama baik Syarikat Prasarana. Setiap tahun pihak Prasarana tidak pernah gagal memberikan perkhimatan terbaik kepada penduduk di kuala Lumpur serta lembah Kelang. Sememangnya perkhimatan LRT dan Monorel menjadi pilihan utama penduduk Kuala Lumpur menghadiri sambutan tahun baru untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Laporan Polis telah dibuat oleh  Tuan Rahim Sharif , untuk makluman Tuan Rahim adalah Ketua Jabatan Keselamatan syarikat Prasarana Negara Berhad.


Pihak Prasarana telah membuat pengumuman lanjutan perkhimatan LRT dan Monorel RapidKL sejak seminggu lalu.Tujuan utama adalah untuk memudahkan orang ramai merancang pergerakan untuk menyambut tahun baru.


Berikut kenyataan akhbar yang baru dikeluarkan oleh pihak pengendali LRT & Monorel, Prasarana.

KENYATAAN AKHBAR

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), pengendali perkhidmatan LRT dan monorel RapidKL, menyangkal dakwaan bahawa perkhidmatannya diberhentikan pada jam 6 petang untuk urusan penyelenggaraan seperti yang disebarkan melalui SMS hari ini.

Dakwaan berkenaan adalah palsu dan amat tidak bertanggungjawab kerana ia mungkin mengakibat kan keadaan panik di kalangan masyarakat ibukota dan pihak Prasarana akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Prasarana menuntut tindakan keras diambil terhadap SMS berkenaan, yang menyebut bahawa ia memetik laporan Bernama.

Kami berharap Bernama akan mengambil tindakan yang sama dengan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya.

Kami ingin menegaskan bahawa perkhidmatan LRT bukan saja akan beroperasi seperti biasa tetapi turut dilanjutkan sehingga jam 2 pagi di stesen utama dan 1 pagi di stesen-stesen lain bersempena dengan sambutan Tahun Baru 2014.

Untuk maklumat penuh tentang perkhidmatan LRT dan monorel, sila layari www.myrapid.com.my.

Dikeluarkan oleh

MASNIZAM HISHAM
Pengarah Kumpulan Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana.

Jika pengguna ingin akses ataupun makluman yang lebih cepat dan tepat. Sila LIKE & FOLLOW..

Facebook http://facebook.com/RapidKL
Twitter @MyRapidKL

Untuk sebarang makluman tambahan ataupun pertanyaan, sila hubungi ;-

Azhar Ghazali 
019 383 7865



Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive