Ribuan serta jutaan terima kasih kepada DS Najib Razak kerana mendengar keluhan serta pandangan dari akar umbi dan suara blogger.Bertambah sayang rakyat kepada PM kita.Nescaya selepas ini ramai pengundi terdiri dari belia akan berterima kasih kepada PM.
Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai prkhidmatan terhadap tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.
Berkuat kuasa 15 September ini, pengguna telefon mudah prabayar akan dikenakan cukai perkhidmatan enam peratus apabila mereka membeli pek permulaan atau tambah nilai.
Mengulas langkah berkenaan, Rais berkata, keputusan itu termasuk di dalam tanggungjawab korporat di bawah perundangan, peranan perbendaharaan serta mekanisme percukaian yang diluluskan Parlimen.
"(Ini) perlu diselesaikan oleh pelbagai syarikat (telekomunikasi) itu sendiri. Kita tidak mempunyai peranan secara langsung terhadapnya.
Bagaimanapun, Rais enggan mengulas sama ada kerajaan akan meminta syarikat telekomunikasi mengkaji semula keputusan mereka.
Sejak pelancaran perkhidmatan prabayar pada 1998, syarikat telekomunikasi menyerap cukai itu, yang mereka dakwa sebagai cukai penggunaan dan boleh dikenakan terhadap pelanggan.
Dalam kenyataan bersama pada Khamis, syarikat itu berkata, terdapat peruntukan bagi cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975, pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu.
KUALA LUMPUR 9 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula tindakan mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kerana ia membebankan pengguna. - Utusan
Kerajaan harus peka dengan peningkatan cukai 6% terhadap kad tambah nilai dan kad sim.Adakah ini dibuat dengan tergesa-gesa.Penguna kebanyakkan remaja sekarang ini telah banyak cenderung kepada pembangkang kerana isu remeh macam nie,adakah pemimpin sedar dengan tindakkan ini akan memalapkan peluang kita mendekati pengundi baru yang nyata pertambahan sebanyak 10ribu disetiap parlimen dan dun,jika dahulu kita menang tak semua majoriti lebih dari 10 ribu.kepada pemimpin fikirkan lah keluhan anak muda yang menjadi tunjang belakang negara.Berubah atau diubah.
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini.Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.
Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat-syarikat telekomunikasi berkata, para pelanggan prabayar akan dimaklumkan mengenai perkara itu mulai petang ini.
Para pengguna juga boleh merujuk di laman sesawang telekomunikasi untuk maklumat lanjut atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan untuk sebarang pertanyaan.
Cukai perkhidmatan itu adalah cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memperuntukkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar semasa untuk perkhidmatan telekomunikasi termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Cukai itu sama dengan levi cukai perkhidmatan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Sebelum ini, syarikat telekomunikasi telah menyerap cukai itu dalam perkhidmatan prabayar mudah alih sejak ia diperkenalkan pada 1998.
Langkah itu diambil untuk memastikan perkhidmatan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com