Showing posts with label prk. Show all posts
Showing posts with label prk. Show all posts

Tuesday, March 11

SIAPA BERTANDING NIE....? #KAJANGMOVE


Tepat jam 10 pagi tadi tempoh penyerahan borang pencalonan telah pun ditutup. PRK Kajang menyaksikan pertarungan satu lawan satu di antara calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun dan lawannya calon PR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


Bermulalah tempoh berkempen. Rakyat kajang pun tahu nak pilih calon yang mana satu. Dah pastinya yang berdedikasi dan berjiwa rakyat bukannya hanya tahu berlakon semata-mata dan meraih simpati rakyat. Sama-samalah kita membuat pilihan yang tepat demi masa depan dan kesejahteraan rakyat.

Hari pengundian awal akan dijalankan pada 19 Mac 2014, membabitkan 1,977 pengundi manakala pengundian biasa adalah pada 23 Mac 2014.



Monday, July 22

TAK MAU MINTA!!! TAPI KALAU BAGI SEBAT AJELAH.......... #PRKKualaBesut


Pengundi Kuala Besut diingatkan supaya tidak terperangkap dengan helah PAS yang mendakwa parti itu tidak berminat menjadi Menteri Besar sekiranya berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mustahil bagi pembangkang untuk tidak menimbulkan kekecohan jika mereka berjaya mewujudkan situasi 'DUN tergantung'.
"Ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan politik di Terengganu.
"Jangan terjebak dan termasuk dalam perangkap itu kerana mustahil mereka tidak menuntut sebarang kerusi jika kedudukan kerusi DUN berada dalam keadaan 16:16," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika berjaya memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.
Menerusi ceramahnya Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata PAS sanggup memberi laluan kepada BN untuk berkuasa di Terengganu walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak.
Mengulas lanjut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pengundi di Kuala Besut perlu memahami implikasi jika berlakunya situasi DUN tergantung di Terengganu.
Katanya, situasi berkenaan hanya akan menggugat kestabilan politik di negeri ini terutama dalam menentukan pihak mana yang berhak membentuk kerajaan.
"Pengundi Kuala Besut cukup penting bagi menentukan masa depan Terengganu kerana kalau kerajaan tergantung, kerajaan tidak boleh dibentuk.
"Akan berlaku kekecohan mengenai siapa boleh bentuk kerajaan kerana masing-masing mempunyai kerusi yang seimbang.
"Sebab itu saya menyeru dan merayu pengundi supaya jangan terjebak dengan kempen-kempen yang berbentuk sebegini, berikan kepercayaan kepada BN bagi menentukan kerusi yang ke-17," katanya.AP

Sunday, July 21

ORANG PAS KUTIP DERMA UNTUK PAKAI MOTOR BESAR........ #PRKKualaBesut

Ini adalah hakikat perjuangan PAS masa kini. Jika dahulu orang PAS masuk kampung hanya dengan Basikal dan berpakaian seperti orang kampung untuk meraih undi. 

Kini untuk orang Pas memiliki motor besar atau superbike yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit sudah menjadi satu bentuk KEBANGGAAN pada mereka.

Memang benar perjuangan PAS telah lari dari perjuangan asal. Itulah dulu mengata pada UMNO tapi hari ini benda yang sama terpalit dengan PAS...

tapi saya tak nampak pula unit amal Pas pergi bawa sumpituntuk kutip derma dari para penunggang motor besar tadi ....... mereka pastinya LEBIH KAYA dan LEBIH MAMPU untuk menderma dari hadirin yang rata2nya orang kebanyakan yang hanya cukup2 makan saja.



Saturday, July 20

MAT REMPIT #PRKKualaBesut DAPAT DURIAN RUNTUH SEMASA KEMPEN.... @fuhas_tweet


Ini adalah satu cara untuk mendekati rakyat pada hari ini golongan mat rempit atau sesiapa sahaja asalkan pengundi N01 Kuala Besut mendapat servis motosikal secara percuma. Usaha sebegini membolehkan rakyat menilai siapa yang berkupayaan untuk membela rakyat pada pilihanraya Kecil pada kali ini. Korang boleh melihat sendiri siapa yang menguruskan serta menjadi mekanik didalam gambar diatas adalah anak muda tempatan.  


Ramai yang datang untuk mendaftar tapi ada dikalangan mereka mengelak untuk mengambil gambar mungkin malu bila diberitahu akan dimasukkan didalam blog..


MKP terharu melihat semangat anak muda bertugas dengan penuh komited. Walaupun pada bulan Ramadhan diwajibkan berpuasa dengan cuaca agak panas diwaktu tengahari sekarang. 



AZHAR IDRUS BAKAL DIKAMBING HITAM OLEH PAS #PRKKualaBesut


Azhar Idrus bukanlah satu nama yang asing bagi para peminat ceramah yang gemarkan pendekatan lawak jenaka dalam penyampaian kuliah ilmu agama. Sekiranya dahulu ceramah agama hanya boleh diikuti dalam di masjid dan surau, namun dengan gaya hidup yang serba moden ketika ini, ceramah agama turut menerima evolusi apabila terpaksa menguna pakai pendekatan baru sesuai dengan perubahan zaman dan masa.

Bertitik tolak dari itu, nama Azhar Idrus mula dikenali ramai, apabila pelbagai siri ceramahnya yang dimuatnaik di dalam Youtube mendapat sambutan hangat. Maka dia yang suatu ketika merupakan seorang gitaris untuk salah sebuah kumpulan band di Terengganu mula ‘dinaiktarafkan’ sebagai ustaz ekoran penyampaian ceramahnya yang dikatakan berbeza.

Mengunakan platform sebagai penceramah bebas, Azhar Idrus terus mendapat perhatian ramai apabila sering menerima undangan ceramah di serata pelusuk tanahair sehingga meningkatkan popularitinya di kalangan masyarakat. Menyedari akan hakikat itu, Pas sebagai salah sebuah parti politik yang kononnya berpaksikan perjuangan Islam terpaksa mengunakan khidmat Azhar Idrus bagi membantu parti itu, menarik sokongan masyarakat.

Maka bermulalah detik baru dalam kariernya sebagai ‘ikon’ untuk Pas. Dengan mengunakan imej sebagai penceramah agama bebas, Azhar Idrus mula bertindak sebagai agen bagi menyampaikan dakyah-dakyah Pas melalui ceramah-ceramah yang disampaikannya.

Tidak cukup dengan itu, dia akhirnya turut dijadikan sebagai agen kempen di setiap pilihanraya bagi membantu calon-calon Pas yang bertanding. Sebagai contoh, dia pernah beberapa kali diminta turun padang, bagi membantu jentera Naib Presiden Pas, Husam Musa yang bertanding kerusi parlimen Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lalu.

Terbaru, Azhar yang terkenal dengan pangilan ‘ustaz kemah-keming’ turut diminta diminta membantu jentera Pas di Kuala Besut bagi menarik sokongan pengundi. Ia ekoran dari laporan awal jentera parti itu yang mengatakan calon Pas, Azlan @ Endut bakal berdepan dengan laluan sukar.

Selain dari imej ‘calon cari makan’, Azlan juga dilihat sebagai calon yang bermasalah kerana tidak mendapat sokongan dari jentera akar umbi dan kepimpinan parti di peringkat negeri. Malah sokongan yang diberikan kepada Husam sebelum ini juga dikatakan sebagai punca, calon itu diboikot oleh kumpulan ulama dan jentera muslimah.

Atas semua faktor itu, Azlan dikatakan sukar untuk menandingi calon dari Barisan Nasional yang merupakan seorang anak muda professional. Selain berpendidikan tinggi, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman juga mempunyai rekod bersih dan cemerlang serta aktif mendampingi masyarakat.

Tengku Zaihan merupakan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, yang sebelum itu pernah berkhidmat selama lima tahun di JPS Daerah Besut. Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut itu mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat setelah menyertai JPS 15 tahun lalu sebagai jurutera daerah.



Friday, July 19

PAS BAKAL BERKUBUR JIKA NIK AZIZ MENINGGAL............ #PRKKualaBesut.


PAS dah berkempen selama seminggu disini. Tapi suasana agak pelik dan menghairankan bila sehingga kini tidak berjaya membuat kejutan terhadap UMNO/BN dengan kehadiran penyokong PAS yang boleh mencapai kehadiran berpuluh ribu setiap kali ceramah MEGA PAS. Kalau ceramah mega ini selalunya penceramahnya jugak sudah pasti "BIG-GUN' atau "Crowd-Puller".

Malangnya ceramah yang dibuat betul-betul di sebelah Masjid Pengkalan Udara Kem Gong Kedek -jika diukur dengan skala kehadiran biasa ceramah big gun PAS- GAGAL.

Kebanyakkan dari rakan blogger yang hadir secara senyap semasa ceramah semalam bertikam lidah dengan jumlah kehadiran.

ada yang kata 500, 800, 1500 dan paling banyakpun kata 2000.

Yang 500 ke 800 ambik kira jumlah hadirin yang dengar ceramah, dan yang 1500 ke 2000 itu ambil kira jumlah keseluruhan hadirin termasuk yang duk melepak di kedai-kedai makan, atau berbual sesama sendiri di kawasan sekitar.

Dalam kata lain, bisa Nik Aziz tak sekuat dulu-dulu. Beliau sendiri yang tiba kira-kira jam 11.15 malam, hanya mula berceramah pada jam 11.35 malam dan berakhir lebih kurang jam 12.00 tengah malam.

Dalam kata lain, Nik Aziz yang PAS war-warkan sebagai penceramah utama mereka, lebih banyak menghabiskan masa mendengar ceramah dari memberikan ceramah.

Beliau memulakan ucapan dengan nada perlahan, orang kata 'dok rok dah' atau tak larat dah.

Ceramahnya pula amat membosankan dengan serangan tidak sudah-sudah pada UMNO yang mengambarkan dendam kesumatnya terhadap UMNO tidak pernah padam walaupun tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan.

Sepanjang ceramahnya beliau tidak menyebut mengenai calon PAS Kuala Besut Azlan @Endut Yusof.

Azlan yang berada di kerusi atas pentas juga tidak berucap langsung. Beliau hanya diperkenalkan oleh pengerusi majlis Nik Zawawi Nik Salleh.

Nik Aziz hanya berucap menghentam UMNO dan memuji kerajaan Kelantan yang diperintahnya selama 23 tahun, sehingga lupa menyebut, memperkenalkan atau menyuruh hadirin mengundi calon PAS.

Pun begitu, mesti diakui, jumlah kehadiran ceramah Nik Aziz Khamis malam merupakan yang terbesar sejak PRK Kuala Besut.

Deretan kereta yang diletakkan dikiri-kanan jalan menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain.

Namun ada yang berhujah, melihat deretan kereta tersebut, jangan-jangan yang hadir adalah orang luar, yang mahu mendengar 'amanat tok guru', bukan pengundi DUN Kuala Besut.

Tanpa ambil kira, samada yang hadir itu orang luar atau pengundi DUn Kuala Besut, kira ceramah Nik Aziz ini pecah rekod kehadiran pengunjung, kerana pada malam-malam sebelum itu, walaupun penceramah PAS seperti Datuk Husam Musa, Mat Sabu, Hanifa Maidin, jumlahnya datang mendengar rata-ratanya 300 ke 500 orang saja.


ORANG UMNO MEMENG SUKA BUAT KERJA YANG TAK ELOK....... #PRKKualaBesut


Ahli PAS memang mudah tertipu dengan pemimpin mereka sehinggakan benda yang tidak masuk akal pun ditomahkan oleh Husam Musa Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kuala Besut. Bagi MKP senang saja nak dakwa atau menuduh mestilah mempunyai bukti yang kukuh demi memperkuatkan apa yang telah didakwa. 

Namun begi MKP berharap pemimpin UMNO berhati-hati dengan pihak PAS yang kita semua maklum bahawa pandai membuat menipulasi isu supaya menjerat pemimpin UMNO dengan persepsi murahan.

Terbaru PAS minta penjelasan kerajaan BN Terengganu berhubung sebuah hotel berhampiran jeti Kuala Besut yang didakwa dibina dari sebuah dewan orang ramai yang telah diubah suai.

Akan tetapi tiada bukti disertakan. Husam Musa sebelum ini mendakwa Calon PAS Che Long telah diserang secara peribadi oleh UMNO/BN akan tetapi Husam Musa pulak kali ini seperti menepuk air di dalam dulang, Airnya terpercik kemuka sendiri.

Untuk menguatkan tuduhanya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau juga mendapat maklumat bahawa hotel tersebut dimiliki oleh orang kuat Umno bahagian Besut.Lapan tahun lalu ianya adalah sebuah dewan orang ramai di bawah Majlis Daerah Besut.

Tapi sekarang ianya menjadi Hotel Samudera yang didakwa dimiliki oleh orang kuat Umno Besut. MKP nak tanya sekali lagi mana bukti dakwaan yang telah dibuat oleh Husam Musa ini.

Sesudahlah buat fitnah dibulan Ramadhan ini tak elok dan hanya menjatuhkan kreditbiliti Husam Musa itu sendiri. Dah lah kalah di Putrajaya pada PRU-13 yang lalu masih tak serik lagi. Kini hanya tinggal Kuasa ADUN saja di Salor. Menteri Besar Kelantan yang baru pun tidak mahu melantik Husam Musa sebagai EXCO. 

Kalau Menteri Besar sendiri dari PAS tidak lagi mempercayai Husam adakah rakyat Kuala Besut mahu mempercayai Husam. Lebih elok Husam jagalah orang PAS di kawasan anda terlebih dahulu sebelum masuk campur urusan di Kuala Besut nie. #DahKalahSudahlah.

Bagi MKP isu Hotel ini hak milik orang UMNO atau siapa sahaja rakyat Malaysia berhak berniaga secara sah mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan. Kuala Besut ini adalah pusat Pelancongan terkemuka di Malaysia dan menjadi tumpuan pelancong dari serata Dunia terutamanya Pulau Perhentian.

Di dalam ISLAM telah disarankan bahawa punca pendapatan adalah dari berniaga  9/10 daripadanya adakah itu pun salah?


Ini adalah calon yang terbaik untuk Rakyat Kuala Besut.. Ore Muda Anak Ustaz.
 

Thursday, July 18

GAMAT BEB DAN GANAS NELAYAN SERBU MB GANU DILAUT.........


Lawatan Menteri Besar Terangganu hari ini gamat dan terumbang ambing bot yang dinaiki kerana disambut oleh lebih 50 sampan nelayan tempatan terdiri dari anak muda dari Pulau Perhentian.Anak muda ini teruja dengan lawatan menteri besar kerana kecekapan pentadbiran Dato Seri Ahmad Bin Said pembangunan di Pulau Perhentian amat membanggakan anak muda ini boleh menyara keluarga mereka.


Anak muda ini bertekad akan mengundi Barisan Nasional pada hari mengundi kelak.Itu janji mereka ketika bergambar bersama Menteri Besar yang mereka sayangi ini. Untuk makluman mereka inilah yang membawa sampan sejauh 3kilometer dari pantai untuk mengiringi kehadiran MB hingga tiba dijeti Pulau Perhentian.

MB Terangganu hari ini merasmikan kampung tradisi pulau perhentian di kampung perhentian damai.


POLIS TRAFIK DILANGGAR OLEH PELAJAR HINGGA PUTUS KAKI..... #PRKKualaBesut


Satu kemalangan melibatkan pegawai Trafik didalam PRK N01 Besut. Kejadian belaku di Hadapan SK Alor Peroi, Kuala Besut lebih kurang pada pukul  4.40petang semalam ianya melibatkan motosikal Peronda Trafik jenis VFR bernombor pendaftaran WPV 2542 dan Kereta proton bernombor pendaftaran TAR 9252 . 

Kejadian itu berlaku semasa G/17408 FARID HASNI BIN MAMAT (33 thn) dari KONTINJEN MELAKA dan ditugaskan di Kuala Besut sempena PRK Kuala Besut.Mangsa ditugaskan membuat rondaan bersama Asp Zainal dengan menaiki motosikal. Dari apa yang telah diceritakan oleh FARID ketika selesai rawatannya Kuala Terangganu. Sebuah kereta dari arah jalan Semerak datang dengan laju memotong kenderaan lain (double line). 


Asp zainal yang berada dihadapan mengelak (sedikit bergesel), namun mangsa yg brada di belakang motosikal Asp Zainal tidak sempat mengelak (bertembung), motorsikal dan mangsa tercampak ke kiri jalan dan melanggar tembok sekolah (kaki kanan putus . dijumpai diruntuhan tembok) manakala mangsa dan motor melambung 10 meter dari runtuhan tembok. 

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulan. Pemandu Kereta bernama Mohd Burhanuddin bin Mohd 19 tahun masih lagi pelajar akan ditahan untuk siasatan lanjut.

VIDEO : ANTARA DUA DARJAT KEMPEN PAS DAN UMNO #PRKKualaBesut


Penduduk kampung Teluk Bayu Kuala Besut rasa besar hati pada Selasa malam selepas Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menjadi imam solat mahgrib berjemaah di masjid kampung tersebut tadi.

Ramai yang belum sudah menjamah hidangan berbuka puasa, cepat-cepat basuh tangan, selepas diberitahu TPM yang jadi imam solat berjemaah.

Sebelum itu, semasa menyampaikan ucapan ringkas sebelum berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari kawasan sekitar, kariah kampung tersebut dimaklumkan berita gembira, permohonan mereka untuk pembelian permaidani dan penghawa dingin di masjid itu telah diluluskan.

Muhyiddin dalam ucapannya berkata berbanding negara lain yang mana rakyatnya hidup dalam kebimbangan seperti yang berlaku di Mesir dan Syria ketika ini, penduduk Malaysia pula mampu menjalankan tugas harian termasuk melaksanakan kewajipan berpuasa dalam keadaan tenang dan selesa.


Video ini adalah gelagat penyokong PAS yang bergelak ketawa sambil makan.Mereka tahu dengan pembohongan pemimpin PAS nie saja nak ambil hati penceramah.Ini menjelaskan bahawa orang PAS berkempen mesti nak kutuk dan memperlekehkan orang lain. Tak kira bulan puasa atau tidak...Apa Punya tur depa nie. Tapi penyokong PAS tak kisah walaupun apa pun kisah buruk pasal pemimpin mereka. Video StopaAli walaupun dah terbukti masih lagi menafikannya. So pada penyokong diatas pagar yang masih ragu-ragu pilihlah Tengku Zaihan Anak Ustaz.. Orang Muda 


AISHAH AKAN PASTIKAN CALON BN KETAQ LUTUT Di #PRKKualaBesut.......


Walaupun frust semasa PRU-13 lalu tak dicalonkan oleh PAS namun pada PRN Kuala Besut Kakok Aishah berkerja lagi menggampang dirinya untuk membantu calon cari makan disini.

Dahsyat betul Kak Esah kita ni kann.. MKP dengar khabar Esah berikrar akan pastikan kemenangan calon Pas didepan jentera muslimat Pas Kuala Besut.. Kak Esah kita tu juga bertekad akan bantu kempen calon Pas walaupun di kubu kuat Umno sendiri disini..

Sambil membantu jentera muslimat Pas membungkus hamper untuk diagih-agihkan ke setiap rumah dikawasan pilihanraya, Kak Esah kita juga katanya berjanji akan menelanjangkan kebobrokan Umno di Terengganu bagi menyedarkan rakyat..

Ishhh..., hebat Kak Esah ye.. Mesti ketar lutut calon Umno kat sini bila dengar ikrar dan janji Kak Esah tu kann.. Mana taknya.., Kak Esah tu bukan calang-calang orang beb.. BEKAS Penyanyi fofuler tuuuu... Hahahaha..

Cerita lagi gempaq tahap gaban pulak.., lepas ni Bob Lokman pulak akan turun bantu setiap bot nelayan menangkap ikan di laut.. Sambil tu Bob akan bagi ceramah diatas sampan..

Rasanya.., habis ikan semua lari nanti beb.. Hahahaha...

Tuesday, July 16

PAS NAK TIPU PASAL KAMPUNG LAY OUT PUN BIARLAH BERFAKTA...... #PRKKualaBesut....


Setiap kali pilihanraya kecil mesti ada tomahan yang dilemparkan menyatakan bahawa UMNO Ganu zalim terhadap rakyat Terangganu. Nak menfitnah pun agak-agaklah ini bulan ramadhan tak ingat dosa atau sengaja kerana PAS nie dah tentu masuk Syoorga Nik Aziz.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menangkis dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri merampas tanah penduduk untuk mendirikan projek pangsapuri empat tingkat di Kampung Lay Out di Kuala Besut.

PAS mendakwaan bahawa kerajaan negeri merampas tanah berkenaan adalah tidak benar kerana ia merupakan tanah milik kerajaan negeri.

Tambahnya, kekeliruan itu timbul memandangkan PAS yang mentadbir Terengganu antara 1999 hingga 2004 mengiktu prosedur yang tidak betul dalam meluluskan proses permohonan untuk memiliki tanah.

Kerajaan PAS ketika memerintah dulu, dia semua melalui JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat). Dia agih semua tanah, dengan mengeluarkan borang sendiri, tidak melalui pejabat tanah.

Kita kutip duit untuk bayar upah ukur... Kita kerajaan ada peraturan. Setiap permohonan tanah, ia mesti melalui jadual satu, kemudian dihantar ke pejabat tanah dan sebagainya. Ini semua proses.

Kalau bayar mesti dikeluarkan resit. Dan kalau tanah tak jadi hak dia, dia kena bayar balik. Tapi duit itu diambil (dan) diberi kepada juru ukur untuk diukur, tapi tanah tak tahu (di mana). Borang tidak pernah di isi.

Dakwaan YDP PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad semalam bahawa kerajaan BN Terengganu merampas dan merobohkan beberapa rumah yang dibina di kampung tersebut bagi kerja pembinaan pangsapuri 72 unit yang dirasmikan oleh timbalan perdana menteri Sabtu lalu.

Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa tanah lot perumahan di situ diberikan oleh kerajaan Terengganu yang ditadbir oleh PAS pada 1999 hingga 2004.

Bagaimanapun, dakwanya, kerajaan BN bawah pentadbiran menteri besar selepas itu, Datuk Seri Idris Jusoh telah membatalkan dan merampas kembali tanah rakyat di 'Rancangan Tanah Berkelompok' tersebut, tanpa sebarang pampasan.

Ahmad yang pernah menjadi pentadbir tanah di negeri itu berkata tanah tapak perumahan percuma itu adalah milik kerajaan dan parti tidak ada hak untuk memberi tanah. 

Pihak pejabat tanah yang berkuasa. Bila keluar borang, awak kena bayar tanah, upah ukur, batu sempadan dan cukai tahun pertama. 


VIDEO RINTIHAN SEDIH SAMBIL MENANGIS CALON PAS #PRKKualaBesut


Jika sebelum ini hanya artikel di Sinar Harian  mengenai rintihan Azlan aka @CheLong akan tetapi pada Malam ini semasa ceramah Calon PAS Azlan aka @CheLong  di Masjid Tok Saboh mengesahkan bahawa mulutnya terkunci diatas arahan Husam.Maklumlah Husam nie kan Pengarah Pilihanraya Kuala Besut bersikap diktator....!!!!

Apa dah jadi dengan PAS tak membenarkan bersuara. Sebelum ini heboh sangat nak kebebasan bersuara akan tetapi PAS sendiri umpama "paku dulang paku serpih, Tepuk air didulang terpercik muka sendiri".....

Pertama, kerana baiah laknat. Apabila calon Pas ini diminta membuat baiah laknat secara terbuka - atas sebab apa ya? Adakah sebab calon Pas pernah lompat parti? Mungkinkah sebab kesalahan disipilin, mungkinkah sebab pil kuda atau dadah, atau mungkinkah atas kesalahan yang menyebabkan dia dipecat daripada Pemuda UMNO? Atau mungkinkah sebab kepentingan projek yang diberi oleh Pas?

Kedua, bila dia di arah tutup mulut. Maksudnya, sebagai calon dia tidak boleh dipercayai apabila dia membuka mulut. Hanya pengurus kempen dan parti saja yang boleh buka mulut, tetapi bukan calon Pas. Calon Pas hanya layak di GAM mulutnya sebab dia memang ada masalah. Masalah apa? Masalah kebijaksanaan ke?

Macam mana nak jadi wakil rakyat macam ni kalau parti sendiri dah tak percaya? Masuk akal ke Pas nak paksa RAKYAT percaya calon yang dia sendiri TAK PERCAYA? Hancuss puak-puak ni...


Monday, July 15

SIAPA PUNYA KERJA BAKAQ BENDERA #PRKkualaBesut


Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dicemari dengan kejadian membakar bendera parti awal pagi tadi. Siapa punya Provokasi sampai terdesak macam nie.
               
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membakar bendera Barisan Nasional (BN) dan PAS di bulatan Kampung Lampu.
               
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kuala Besut pada pukul 5.51 pagi, katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.
               
Sehubungan itu beliau menasihatkan para penyokong parti supaya menjalankan kempen secara professional dan berhemah dengan tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap pihak lawan.
               
Perbuatan seperti membakar, merosak dan menurunkan bendera parti lawan perlu dijauhi bagi mengelakkan suasana tegang yang boleh menyebabkan pergaduhan, katanya.
               
Kamaruddin mengingatkan mereka supaya sentiasa mematuhi arahan dan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkempen.

Memang sesuatu yang sangat indah PRK ini berlangsung dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Allah S.W.T menetapkan persaingan ini berlaku dalam kawasan majoriti Muslim-Melayu. Jika Ramadan bulan ujian, maka yang akan diuji ialah kefahaman dan penghayatan erti taqwa di kalangan pengundi Kuala Besut. 
 
Malah lebih penting lagi PRK ini ialah peluang bagi umat Islam yang ikhlas untuk meneliti betapa kukuhnya sifat taqwa Umno dan PAS yang mendakwa mewakili kepentingan Melayu-Islam. 
 
Maka PRK ini bukan sekadar medan mengukur siapa di antara dua calon – Endot@Azlan Yusof, 48 tahun atau Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 tahun, yang patut menjadi wakil rakyat. Ia akan menguji apakah sifat taqwa akan menjadi termometer politik semua yang terbabit.
 
Dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hingga pihak yang menjaga keselamatan, sehinggalah penyokong dan pemimpin kedua-dua parti syarat utama PRK Kuala Besut ialah berkenaan rasa dan jiwa taqwa. 

Kali ini Umno kena buktikan bahawa apabila ia mendakwa ia parti Islam, sifat taqwanya akan dapat diukur dari cara ia berkempen. Jika Umno mengaku ia dalam proses transformasi (hijrah) ke arah yang lebih zuhud dan baik untuk ummah maka ia harus buktikan seikhlas mungkin. 
 
Begitu juga jika PAS masih mahu kekal dengan motto perjuangan bahawa jihadnya ialah untuk menegakkan pemerintahan Islam, maka ia harus buktikan bahawa tiada amalan tercela seperti wujub, riya’ dan takabbur tidak mencemari kempen kali ini. Jika tidak sudah tentu dosanya boleh didarab berkali ganda.
 
Ingatlah bahawa kedudukan Umno yang masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk terus berkuasa bukanlah suatu kebetulan. Bersama kuasa ada tanggungjawab untuk mentadbir dengan iman dan taqwa.
 
Begitu juga PAS yang kini kelihatan lebih kukuh bersama rakan kongsinya DAP dan PKR, ia bukan sekadar satu rahmat daripada Allah S.W.T. Semua pelaku politik ada tanggungjawab masing-masing. Usah memperkecilkan tugas dan kehadiran orang lain di persada politik ini. 
Allah S.W.T berfirman, seksaKu akan Ku timpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu bagi orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami - Al A’raf ayat 156.

ADA MULUT TAPI BISU......KESIAN CALON PAS #PRKKualaBesut..


Memalukan itu yang boleh MKP katakan pada Azlan atau che-long. Ada saja mulut tapi terpaksa membisukan mulut dan tidak dibenarkan memberikan kenyataan pada pihak media. Kalau benda kecil macam nie pun tak boleh buat keputusan apa tah lagi jika benda lain melibatkan untuk membantu rakyat.Nampak sangat Azlan ini hanya menjadi boneka semata-mata untuk PAS menipu rakyat Kuala Besut.


Lawak sungguh permainan PAS untuk menipu rakyat Kuala Besut.

Calon BN tidak memandang rendah terhadap kemampuan calon lawannya Endot @ Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long dalam menghadapi pilihan raya kecil. Ini sikap yang MKP boleh puji pada calon BN Orang Muda. Kerja membantu rakyat harus diteruskan walaupun laluan agak senang pada kali ini. Jangan Alpa.

Oleh kerana itu Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, walaupun sokongan terhadap BN meningkat, beliau tetap turun padang bertemu rakyat agar mereka berterusan  memberi sokongan kepada beliau dan BN.

Menurutnya, walaupun keletihan kerana jadual padat apatah lagi pada bulan puasa, namun ia tidak menjadi halangan untuk beliau turun padang bertemu dan menyelami masalah rakyat.


Sunday, July 14

VIDEO BUKTI PAS CERAMAH DI MASJID......TAKKAN NAK BIARKAN SAJA.....


Apa dah jadi dengan Golongan taksub PAS nie dah langgar apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan Terangganu supaya tidak berceramah didalam mimbar Masjid. Akan tetapi Puak Tok-tok PAS nie mengambil kesempatan untuk berceramah.Video dibawah membongkarkan penyelewangan PAS..


Golongan imam di negeri dinasihatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai tempat untuk menyampaikan ceramah berbaur politik termasuk berkempen untuk mana-mana parti politik.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, sekiranya didapati golongan ini terlibat dengan perbuatan tersebut, tindakan tatatertib boleh diambil termasuk menyingkirkan mereka daripada menjalankan tugas.

Umumnya, imam-imam berkenaan sama ada kerajaan atau imam mukim tertakluk kepada setiap peraturan yang telah digariskan, iaitu tidak dibenarkan menyampaikan ceramah berbaur politik kepartian dalam masjid.

“Setakat ini, kita terima laporan daripada beberapa buah masjid khususnya di sekitar Kuala Terengganu dan Besut dan (kita) sedang memantau pergerakan imam-imam ini.

Saturday, July 13

VIDEO INI LEBIH HEBAT DARI VIDEO #STOPASPENDA....... HANYA #PRKKualaBesut..


Hadi Awang takut dengan kesetiaan Calon PAS di Kuala Besut sebab itu dibaiah didepan penyokong PAS. Almaklum Azlan nie dulu pernah seleweng apabila berada didalam UMNO sampai dipecat oleh Parti. Kalau dah tak pecaya pada calon kenapa nak bagi Azlan bertanding.

PAS sebenarnya ketandusan Calon bukan UMNO, Namum lidah pembelit PAS HAprakDaily mengatakan sebaliknya. Ini menampakkan bahawa PAS tidak ikhlas didalam perjuangan.berikut adalah lafaz yang disebut oleh Azlan.....

"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat. 

"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini." - Baiah yang dilakukan Che Long dipentas ceramah politik di Kuala Besut.

SALAH VIDEO INI MEMBUATKAN ANWAR TIDAK MAHU DATANG #PRKKualaBesut


Kenapa Dato Seri Idris Jusoh balun Anwar sampai macam tue!!! Kesian dekat Anwar!!! MKP pasti Lepas nie Anwar tidak akan datang ke PRK Kuala Besut kerana malu... Malu ditempek dengan Spenda....Stopa

Friday, July 12

UPDATE TERKINI PRK KUALA BESUT...........HARI PENAMAAN CALON....


Ikuti perkembangan terkini di : http://prk-kuala-besut.blogspot.com

Pilihan raya kecil memang akan menjadi tumpuan, kerana fokus parti khusus kepada suatu tempat, tetapi perhatian terhadap pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini jauh berbeza.

Bukan hanya kerana ia yang pertama dalam tempoh dua setengah bulan selepas pilihan raya umum diadakan pada 5 Mei, tetapi jika keputusannya tidak berpihak kepada penyandang Barisan Nasional (BN), akan menyaksikan jumlah kerusi yang sama dengan pembangkang dalam DUN.

Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN. BN memegang 17 kerusi dan 15 disandang pakatan pembangkang (PAS 14, PKR satu).

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut Dr Abdul Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

Jika pembangkang memenangi pilihan raya kecil ini, jumlah kerusi akan menjadi 16-16, yang bakal memberi implikasi besar terhadap corak pentadbiran kerajaan negeri.

Kuala Besut sebelum ini hanyalah sebuah perkampungan nelayan kecil terletak di bahagian Utara Terengganu dan sekarang menjadi sebuah bandar yang penting kepada pelancong untuk pergi ke Pulau Perhentian.

Melihat faktor calon, kedua-dua BN dan PAS menampilkan calon anak tempatan Kuala Besut dan muka baharu bagi meraih sokongan pengundi.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi. Mengikut pecahan umur, sebanyak 27.94 peratus berumur 21 hingga 29 tahun, 27.36 peratus (30 hingga 39 tahun), 19.34 peratus (40 hingga 49 tahun), 12.86 peratus (50 hingga 59 tahun) dan 12.49 peratus berumur 60 tahun ke atas.

Sebanyak 93.33 peratus adalah pengundi biasa, 6.67 melibatkan pengundi tentera, polis dan pasangan masing-masing dan seorang pengundi luar negara manakala mengikut pecahan kaum pula, 98.71 peratus Melayu, Cina (0.80 peratus), India (0.08 peratus) dan lain-lain sebanyak 0.41 peratus.

Pada PRU13, Dr Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dan jumlah peratusan keluar mengundi 87 peratus (15,381 pengundi).

SPR menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut dan Jumaat ini sebagai tarikh penamaan calon.


Wednesday, July 10

MELAYU KUALA BESUT BAKAL DISOGOK DENGAN WANG RINGGIT..............#PRKBESUT @ahmadmaslan @dsahmadsaid


Pemilihan calon bagi sesuatu PRK amat penting, Akan tetapi ianya bukan semua kelebihan pengundian  terletak pada calon yang bertanding. PAS telah mengambil pendekatan yang agak Drastik pada PRK Kuala Besut dengan meletakkan sorang yang kaya-raya. 

MKP mendapat sumber dalaman dari DAP mengatakan akan merasuah pengundi dengan memberikan wang ringgit yang banyak disaat-saat akhir. Mungkin setiap pengundi bakal mendapat Durian Runtuh sebanyak Seribu Ringgit Seorang.

Kenapa PAS meletakkan Calon yang boleh dikatakan kaya-raya!!!!Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut. Memang kaya siap ada kilang memproses balak lagi di Kelantan.

Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS. Kalau dah macam nie senang nanti tak ada isu walaupun duit dicurahkan bagaikan hujan yang turun dikala Jerubu.........


VIDEO DARI DINTURTLE KEADAAN DI KUALA BESUT...

Video ini mungkin memberikan keadaan sekitar Kuala Besut...MKP agak kesian dekat DinTurtle nie gerak kerjanya bersendirian tidak ada yang membantu walaupun dari UMNO Terangganu namun kerana sayangkan PARTI KERAMAT UMNO MEMPERJUANGKAN MELAYU DIGAGAHKAN JUA WALAUPUN BERHABIS WANG POKET SENDIRI..




Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive