Kehadiran dan Serina Chefwan ke majlis perhimpunan sayap Puteri UMNO 2011 merenjis semangat baru kepada Puteri UMNO dalam usaha memperjuangkan agenda tulus mereka untuk nusa & bangsa.
Lisa Surihani menerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO, manakala Serina memuji ucapan Ketua Puteri, Datuk Rosnah sambil menyatakan sokongan penuh kepada perjuangan UMNO melalui kicauan twitternya!
Percaya atau tidak, blogger PR tidak akan berani menyiarkan atau membuat sebarang spekulasi mengenai kehadiran personaliti popular ini kerana mereka tahu semua itu akan menjadi backfire kepada mereka. Cubalah spekulasikan kehadiran Lisa & Serina jika mau tengok berduyun-duyun peminat mereka menyertai Puteri UMNO... =)
Lisa, Serina... ramai lagi artis Malaysia yang TAHU BERSYUKUR sudah menyatakan sokongan langsung kepada parti yang sudah lama berkorban untuk kemakmuran dan kegemilangan bumi yang mereka pijak... Wardina dan Bob Lokman tak sedar2 lagi???
Maya teruja dapat berjumpa dengan pelakon popular yang superjelita - Lisa Surihani yang turut sama datang ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hari ini. Kak Lisa datang untuk memberikan sokongan kepada perwakilan Puteri UMNO... secara langsung menyatakan sokongannya kepada kerajaan yang memerintah Malaysia menjadi sebuah negara yang maju & makmur kini! Blogger pembangkang tak nak spin cerita ni ke??? Hik Hik Hik... ~~jendela maya
Tohmahan menyatakan UMNO eksklusif dan hanya makan di hotel dan restoran mewah hanyalah retorik pembangkang semata-mata. Gambar-gambar dalam entri ini jelas menunjukkan apa yang dilontarkan itu cuma tohmahan dan tidak benar sama-sekali. MKP merakam sesi perbincangan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Puan Shahanim Mohd Yusof dan beberapa orang Puteri serta Pemuda UMNO tanpa merasa janggal menikmati hidangan di warung tepi jalan.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyatakan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini sangat penting dalam memfokuskan usaha dan gerak kerja ke arah pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Katanya, keupayaan dalaman parti akan menjadi pengkhususan kerana sebagai anggota pergerakan sayap UMNO, Puteri juga mempunyai peranan untuk memastikan calon ‘winnable candidate’ sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini merupakan Perhimpunan Agung yang terpenting kerana diadakan sebelum pilihanraya umum ke- 13. Untuk Pergerakan Puteri UMNO,tahun ini adalah ulangtahun Pergerakan Puteri yang ke 10, bermakna kali ke 10 Pergerakan ini menghadapi Perhimpunan Agung UMNO.”
Sepanjang persidangan yang bermula 29 hingga 3 November ini, Pergerakan Puteri UMNO aktif melaksanakan pelbagai program iaitu:
1. PELANCARAN MISI BANTUAN PRIHATIN BERSAMA SKUAD VOGUE
Misi Bantuan Prihatin (MBP) , yang digerakkan melalui Skuad VOGUE berperanan untuk memberi perkhidmatan bantuan kepada orang awam ketika berlakunya sesuatu bencana atau kecemasan seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.
Fokus MBP adalah dari segi perkhidmatan kesihatan dan perubatan.Bagi membentuk skuad VOGUE yang terlatih dan efektif, MBP akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
2. PELANCARAN SKUAD GAGASAN 1MALAYSIA.
Skuad ini akan berfungsi sebagai agen yang akan turun padang menerangkan kepada rakyat di peringkat akar umbi tentang manfaat bajet 2012 dan produk 1Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan. Langkah ini diambil kerana Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyedari rakyat di peringkat akar umbi sering saja mendapat maklumat yang tidak benar dan tidak tepat kerana dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Skuad ini akan dilancarkan pada 30 November 2011 di Dewan Merdeka pada 10.30 pagi.
Perasmian oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO. (TBC)
3. PELANCARAN BUKU CPR & PERTOLONGAN CEMAS
Pelancaran Buku CPR dan Pertolongan Cemas adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan mengetahui ilmu dan kemahiran tentang Pertolongan Cemas dan menyelamatkan nyawa. Kemahiran ini adalah bagi mengelakkan masalah yang lebih buruk dan langkah-langkah yang tepat boleh diambil ketika berlaku kecemasan. Buku ini memberi panduan langkah-langkah terbaru CPR dan pertolongan cemas secara mudah.
Buku ini akan dilancarkan pada 30 November 2011 di Dewan Merdeka pada 10.30 pagi.
Perasmian oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO. (TBC)
4. PELANCARAN PORTAL DAN DIREKTORI USAHAWAN PUTERI
Biro Usahawan & Pemantapan Ekonomi Puteri UMNO Malaysia akan melancarkan Portal dan Direktori Usahawan Puteri. Ini merupakan usaha dari Pergerakan ini sebagai pengenalan kepada e – entrepreneurs database usahawan Puteri UMNO 2011. Program ini juga merupakan susulan daripada Klinik Usahawan yang diadakan pada tahun lepas. Kewujudan portal dan data usahawan Puteri seluruh Negara akan dapat membuka dan mengembangkan jaringan perniagaan.
Portal ini akan dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Mohd Shafie Bin Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Naib Presiden UMNO pada 2 Disember 2011 di booth 102 dan 104, Dewan Tun Razak 3 Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
5. PELANCARAN PRE-HEART CHARITY SHOP
Pre LOVE Charity Shop adalah satu usaha Biro Usahawan dan Pemantapan Ekonomi Puteri UMNO Malaysia (BUPEM) untuk mendapatkan barangan terpakai yang baik dan berharga daripada pemimpin atau orang ramai untuk dijual semula kepada orang ramai untuk tabung kebajikan.
6. KEMPEN DERMA DARAH (29 NOVEMBER 2011 HINGGA 3 DISEMBER 2011)
Sebuah program kerjasama dengan Pusat Darah Negara bagi membantu Pusat Darah Negara untuk sentiasa dapat mengekalkan bekalan darah diparas selamat iaitu sebanyak 2500 unit darah setiap hari. Terdapat KAUNTER bersama 15 orang jururawat Pusat Darah Negara dan Sukarelawan Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang sedia membantu untuk individu yang ingin menderma darah seperti berikut :
Tempat : Aras 5 Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Masa : 09.00 pagi hingga 06.00 petang
7. KEMPEN MENDERMA ORGAN (29 NOVEMBER 2011 HINGGA 3 DISEMBER 2011)
Kempen ini merupakan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan Pusat Sumber Transplan Nasional, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kempen ini adalah bagi membantu seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik selepas transplantasi atau pemindahan organ.
Terdapat kaunter yang akan dibuka untuk individu mendapatkan maklumat tentang pendermaan organ dan individu yang mahu mendaftar sebagai penderma organ, seperti berikut :
Tempat : Aras 5 Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Masa : 09.00 pagi hingga 06.00 petang
8. KAD HAWA (REAL REWARDS) (BOOTH – 30 NOVEMBER 2011 DI DEWAN MERDEKA)
Keahlian Kad Hawa adalah terbuka kepada semua ahli Puteri UMNO dan juga wanita dalam Parti Komponen Barisan Nasional yang berumur 18 tahun ke 40 tahun dengan bayaran RM 10.
Kelebihan Kad Hawa Privelege Program adalah :
Perlindungan Kecurian Ragut
Diskaun di Rakaniaga Privilege
Mengumpul Mata Ganjaran REAL REWARDS
9. PUTERI COWAY (BOOTH – 30 NOVEMBER 2011 DI DEWAN MERDEKA) – 29 NOVEMBER,1-3 DISEMBER 2011 (BOOTH 103, TINGKAT 3 PWTC)
Coway yang bertindak sebagai pembekal semua produk keluaran Coway akan menawarkan atau melantik mana-mana ahli Puteri UMNO yang berminat untuk menjadi agen atau wakil jualan produk keluaran Coway. Coway dan Puteri UMNO bersetuju membentuk satu rangkaian pasukan pemasaran yang dikenali sebagai Team PUTERI – Coway. Coway bersetuju akan menganjurkan Seminar Kerjaya Bersama Coway bagi memantapkan strategi pemasaran dan dari masa ke semasa Coway akan menganjurkan seminar dan workshop untuk semua ahli Team PUTERI – Coway seluruh negara.
Bayaran pendaftaran sebagai Team PUTERI – Coway akan dikenakan sebanyak RM 100 dan mereka akan menerima bag berserta dengan marketing kits termasuk risalah, kad pengenalan, name tag dan lain-lain
10. BOOTH BIRO USAHAWAN DAN PEMANTAPAN EKONOMI - NO.104 & 102, TINGKAT 3 PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA KUALA LUMPUR (29 NOVEMBER 2011 – 3 DISEMBER 2011)
Jualan tudung dan busana – bersama Duta Rafida Ibrahim (pelakon slot Akasia TV3, Kasih Alia) Jualan produk kopi Puteri Jualan produk kosmetik Puteri Kerjasama perniagaan Puteri – Wetra Trading , Produk Kopi Puteri, Nutrition Blander, Healthfood, kerjasama Perniagaan dengan Stevia.CO
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS
-
Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun
dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95
-
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk
petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif
ini membo...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com