Showing posts with label ragut. Show all posts
Showing posts with label ragut. Show all posts

Wednesday, July 31

VIDEO : PERAGUT DIBELASAH SAMPAI PENGSAN.......... @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Kejadian Ragut yang berlaku pada 25 hb lepas dimana seorang pemuda dari Indonesia telah ditangkap oleh orang ramai ketika melakukan aktiviti jahatnya. Dulu Malaysia pernah dikejutkan oleh kejadian dimana peragut indon jugak meragut perempuan yang mengandung hingga menemui ajal. Kejadian ini memberikan gambaran yang kurang sihat pada malaysia dimata Dunia. 

MKP berharap pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan cermerlang namun ada jugak segelintir pemimpin pembangkang mengambil kesempatan menyalahkan pihak PDRM. Contoh terbaru apabila ada saja kejadian tembak menembak yang disalahkan adalah pihak PDRM. 

Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.


Sambil mengakui bahawa antara faktor peningkatan kadar jenayah berpunca daripada pembebasan tahanan di Simpang Renggam, Ahmad Zahid berkata kementerian menerusi pelbagai agensinya akan mempertingkat kawalan keselamatan di sempadan negara yang menjadi lokasi untuk menyeludup senjata.

Kembalikan ISA, Ordinan Darurat Sebelum Negara Menjadi Gawat!

Sejak akhir-akhir ini kita dapati pelbagai insiden yang cukup meresahkan berlaku dalam masyarakat kita. Perbuatan hina-menghina sesama agama, keturunan semakin menjadi-jadi. Bab jenayah jangan ceritalah…rompak, samun, bunuh semakin kerap dilaporkan. Lebih menakutkan, kes bunuh menggunakan senjata api juga semakin tinggi kekerapannya.

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini?

Bila bercakap tentang peningkatan kes hina-menghina, jenayah dan sebagainya ini…baru kita teringat betapa berkesannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang kini telah pun dimansuhkan. ISA memperuntukkan sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.



Friday, July 20

SAPA NAK RM50 RIBU? @HuanPCM




Tawaran sehingga RM 50ribu siapa yang tak mahu.Tawaran ini untuk kebaikan sehingga tertangkapnya penjenayah yang kejam meragut hingga menyebabkan kematian....Tahniah MKP ucapkan pada Parti Cinta Malaysia kerana menawarkan ganjaran tersebut dan ini membuktikan PCM lebih prihatin dari Guan Eng DAP....Disamping itu ianya jua membantu pihak Polis....

GEORGE TOWN -- Tujuh orang telah berjalan sambil melihat mangsa ragut Tan Kim Chuan, 60, tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan ketika dia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan tengkorak yang retak di kawasan rumah pangsa Rifle Range.Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan di kepala.

"Dia mengalami pendarahan dalaman di kepala dan bahagian belakang tengkoraknya retak akibat terjatuh ke atas jalan dengan tekanan yang kuat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang ACP Gan Kong Meng menggesa orang ramai untuk membantu polis dalam menangkap suspek.

"Disebabkan kita tidak dapat berada semua tempat pada setiap masa, kami menghargai maklumat daripada orang ramai, terutamanya daripada mereka yang mungkin telah menyaksikan kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Kim Chuan.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan."Satu tindak balas lebih cepat mungkin dapat menyelamatkan hidupnya," kata ACP Gan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive