Showing posts with label rumah terbuka guar perahu.. Show all posts
Showing posts with label rumah terbuka guar perahu.. Show all posts

Monday, September 12

PM Pekena Peknga Dirumah Pengundi.



Seorang suri rumah di Kampung Padang Ibu, di sini, terharu apabila menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nor Asmah Othman, 41, berkata beliau berasa berdebar-debar apabila diberitahu bahawa Perdana Menteri akan melawat rumahnya dalam Program Sentuhan Rakyat anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), tiga hari lepas.
Nor Asmah berkata, walaupun pada mulanya hatinya berdebar-debar namun selepas beberapa ketika berbual-bual dengan Perdana Menteri, beliau berasa seolah-olah sedang bersembang dengan seorang kawan.
"Najib memang seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan amat mesra ketika bersembang dengan rakyat.
"Saya amat berterima kasih dan terharu dengan lawatan Perdana Menteri dan sudi memberikan bantuan kepada keluarga kami," katanya selepas lawatan Najib ke rumahnya di sini, Ahad.
Najib yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 anjuran KPKK di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, tiba di rumah Asmah kira-kira 11.40 pagi dan berbual-bual dengannya suri rumah itu selama 20 minit.
Najib bersama Menteri KPKK Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Masnah Rais turut merasai citarasa tempatan seperti Peknga (Roti Nyior) yang dimakan bersama kuah ayam dan cendawan goreng yang disediakan Nor Asmah.
Menurut Asmah, Najib memberitahunya masakan cendawan goreng amat sedap dan sama seperti sotong goreng yang dimakan dengan sos.
"Beliau (Najib) amat menyukai masakan cendawan goreng dan beliau turut menanyakan resipi menyediakannya," katanya.
Nor Asmah yang mempunyai enam orang anak, berkata suaminya menghidap penyakit kulit kronik dan beliau terpaksa berniaga menjual tepung goreng masala bagi menampung kehidupan seharian keluarga.
Katanya, rumah pusaka yang dihuni keluarganya sebelum ini telah usang dan kebanyakan bahagian rumah telah rosak dimakan anai-anai.
"Rumah kami boleh dikatakan 70 peratus telah rosak dimakan anai-anai namun selepas mendapat perhatian pihak kementerian dan bantuan badan bukan kerajaan, rumah kami telah dibaik pulih dalam masa tiga hari," katanya.
Sementara itu, Najib turut berkesempatan berjumpa dengan seorang konstabel wanita pertama negara, Bedah Mohamed, yang berkhidmat ketika negara dalam keadaan darurat.
Bedah, 91, dari Nibong Tebal, berkata beliau telah mula berkhidmat sebagai konstabel ketika umurnya 30 tahun dan ditugaskan menjaga kem di kawasan Nibong Tebal.
"Ketika itu, saya tidak berasa takut kepada komunis yang kejam dan dalam hati saya hanya untuk menjaga keamanan negara," katanya.
Beliau berkata tugas beliau ketika itu adalah untuk menjaga pintu kem-kem bagi mengesan orang tempatan yang cuba menyeludup beras atau gula untuk puak komunis.
"Saya berasa bangga dan terharu dengan pengiktirafan Najib dan berterima kasih dengan kerajaan Malaysia," katanya.
MKP kata inilah pemimpin yang disukai rakyat,yang lain kena ingat berubah atau diubah.

Sunday, September 11

Guan Eng Muka Kulit Babi.


Lihatlah muka ketua Menteri yang tak malu selepas provokasi yang dibuat dengan membawa penyokong memakai baju kuning BERSIH mengiringi beliau pada masjlis rumah terbuka Hari Raya 1malaysia.dengan selamba masuk dan duduk disebelah pemimpin UMNO dan para menteri.Boleh jika hendak malukan beliau akan tetapi pemimpin BN tidak akan berbuat demikian dan masih lagi mengamalkan budaya sopan santun.Adakah DAP akan akan berbuat demikian pada Majlis Pakatan Rakyat tentunya tidak.

Lumrah jika kita selalu menuduh UMNO jahat dan sebagainya adakah akan bersua muka dan duduk seperti  Guan Eng ini,Jawapan tentu tidak kerana kita mempunyai maruah diri.Guan Eng nie buka muka tebal malah lebih tebal dari kulit babi.Sungguh tak malu dan langsung tidak bersalah.

Mat Motor memakai baju bersih eskot Guan eng muka Kulit Babi.

MKP kata rasa terharu dengan sambutan rakyat terhadap PM yang hadir melebihi 30ribu,tahniah PM serta mereka yang bertungkus-lumus menjayakan majlis berkenaan.

Program Sapa Nie?

Ini Program Kerajaan Dato.. Bukan Program UMNO!

Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Majlis anjuran kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.



Hari ini meriahlah persediaan untuk menyambut Najib dilakukan di kawasan Permatang Pauh, mana-mana jalan yang bakal dilalui Najib yang didapati berlubang ditampal JKR hingga ke petang.

Katanya ini Program Kerajaan Pusat.. tapi kalau korang tengok sebahagian dari gambar di bawah ianya tidak lebih dari Program UMNO..






Dihadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu

Bendera UMNO digantung seolah-olah ini Program UMNO

Lagi Bendera UMNO..

Bendera UMNO lagi....

Bila PKR/PR turut memasang bendera untuk meraikan Najib..

Suasana nampak macam Pilihanraya..




Rumah terbuka Anwar sendiri tidak mendapat sambutan oleh rakyat Permatang Pauh sendiri,kehadiran tak sampai seribu orang,Anwar dikhabarkan tidak berpuas hati dengan sambutan rakyat terhadap majlis tersebut.

Kita semua sedia maklum setiap kali ada majlis sambutan rumah terbuka peringkat kebangsaan,sudah pasti rakyat berbilang kaum mencecah puluhan ribu yang hadir.

Lim Guan Eng dan barisan exconya juga diramalkan akan hadir, kehadiran mereka tak lain tak bukan hanya untuk menutup rancangan jahat untuk menggagalkan majlis rumah terbuka tersebut dan dalam masa yang sama mahu menunjukkan beliau turut menyambut kehadiran PM ke Pulau Pinang.

Apa salahnya jika haprak pakatan turut serta menyambut majlis rumah terbuka tersebut,memandangkan ia untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengenal batas politik.Tetapi mereka lebih memilih untuk melakukan provokasi jahat sedangkan kita tahu isu yang dimainkan oleh mereka ternyata satu fitnah besar yang mereka sendiri gagal buktikan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive