Showing posts with label spad. Hamid Albar. Show all posts
Showing posts with label spad. Hamid Albar. Show all posts

Friday, August 23

HAMID ALBAR JANGAN BUAT LAWAK BOLEH......Kemalangan Bas, Cacing Dicari @syedhamidalbar @SPADchannel @aduanSPAD


Memang ayat tak boleh blah kalau sampai macam nie punya kenyataan dikeluarkan oleh KerisMuddin. Ternyata apa yang diperkatakan memang tak masuk akal..... SPAD telah diberikan kuasa akan tetapi Pengerusi SPAD membuta. MKP ambil fakta ini dari laman WEB SPAD...

SPAD mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasanya sendiri sejak 2010. Bidang kuasa mereka yang merangkumi kerja-kerja penguatkuasaan adalah dilandaskan daripada Akta Pengangkutan Darat 2010.
Bidang kuasa pegawai penguatkuasa SPAD ini antara lain termasuklah pemeriksaan pengangkutan-pengangkutan awam dan pengangkutan muatan bagi memastikan kesemua layak berada di atas jalan raya, dan memiliki lesen yang sah serta dokumen-dokumen lain; pemeriksaan pemandu, konduktor dan pemandu gantian bagi memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang memuaskan untuk bertugas.


Itu bidang kuasa SPAD kenapa pegawai semuanya lena. Biasalah dah mati baru nak korek sana dan sini. Hamid Albar didalam kenyataannya mengatakan bahawa keadaan BAS masih elok sedangkan mangsa menceritakan sebaliknya....... Hamid Albar nie naik ke bas henti-henti....

Seorang daripada 16 mangsa yang terselamat dalam nahas bas di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam memberitahu beliau berasa tidak keruan dan was-was ketika menaiki bas malang itu berikutan keadaan fizikal kenderaan yang uzur.
    
Dalam kemalangan tragis pukul 2.45 petang yang mengorbankan 37 nyawa itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, memberitahu beliau melihat keadaan fizikal bas tidak baik seperti tayarnya yang sudah haus dan bas usang.

MKP Ayat Sempoi : Bakal bertukar jadi PERKASAM SEPAT...



Thursday, August 22

HAMID ALBAR DAN @aduanSPAD @SPADChannel BAGAIKAN BIAWAK HIDUP.........?


Sebak dan dukacita bila mendengar berita kemalangan yang meragut 37 nyawa penumpang manakala 16 penumpang lagi cedera akibat kemalangan ngeri Bas Awam terjunam ke dalam gaung di Genting Highland petang semalam.

Sepatutnya kemalangan ngeri melibatkan kenderaan awam sudah pasti boleh dielakan kerana kenderaan awam ini diselia dan dipantau sepenuhnya oleh agensi yang dikepalai oleh Syed Hamid Albar dan cerdik pandai dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat-SPAD.

Ya..kemalangan boleh hadir dalam banyak faktor,antaranya keadaan jalan,faktor bumi,cuaca,sikap pemandu dan lain-lain, namun pihak SPAD yang sebelum ini lantang kononya melakukan perubahan itu..perubahan ini gagal memastikan keadaan bas sempurna sebelum ianya selamat dipandu dan boleh membawa penumpang.

Sebelum ini,beberapa isu yang timbul yang mengaitkan tentang peragai hamlau  SPAD dalam menyelesaikan masalah seperti isu teksi,ulat tiket dan pelbagai lagi sudah dilihat gagal se-gagalnya.

Pihak tertinggi SPAD dan Generalnya, Syed Hamid Albar cuba melepaskan diri setiap kali isu berbangkit bila dikaitkan dengan SPAD... KONONYA....pihak agensi mereka baru berusia tiga tahun beroperasi maka tidak wajar digalas beban masalah kepada agensi mereka sahaja.

Ini soalan ADC kepada general SPAD dan pegawai-pegawai tertinggi SPAD...adakah usia agensi menjadi pengukur bahawa kesalahan tidak boleh ditunding kepada agensi ini berhubung isu kenderaan awam darat...apakah kakitangan SPAD diambil semacam pilih 'ayam' di chow-kit...?

Timbul lagi kegagalan SPAD apabila bas yang terlibat kemalangan semalam, rupa-rupanya telah lama disenarai hitaM oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). SUMBER

Saturday, August 3

Hamid Albar Dan SPAD Boleh Pergi Mampos..... @SPADnews @SPADchannel


SPAD dan Pengerusi yang bertaraf menteri boleh pergi mampus dengan SOP yang macam gampang. MKP bukan nak menghina akan tetapi dah muak dengan SOP yang menyusahkan rakyat. Sepatutnya tertubuhnya SPAD ini menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat... Memang sial jika benda sekelumit kuman sebegini tak boleh diselesaikan... kalau setakat nak buat duit dan keuntungan bagi pihak kroni bakal menjahanamkan pentadbir Najib Razak. Bagi MKP ini adalah liabiliti umpama biawak hidup yang ditanggung oleh Najib Razak. 

Berubah sebelum rebah. Kalau dah rebah nanti payah nak bangun balik...fikir-fikirkan demi kebaikan bersama. BUKAN BENCI TAPI TEGURAN UNTUK KEBAIKAN RAKYAT.....




Wednesday, July 31

PROGRAM #TEKS1M OLEH @SPADchannel UNTUNGKAN KRONI..... HARGA EXZORA CUMA 70RIBU TAPI SPAD KUTIP 200k


Program yang telah dibuat oleh pihak SPAD adalah untuk menguntungkan KRONI akan tetapi banyak jugak pihak yang menyokong tanpa usul periksa kerana poket dipenuhi wang hingga mulut terkunci. Kalau nak menipu pun agak-agaklah at list ambil jugak pandangan dari akar umbi pemandu teksi itu sendiri.

MKP sempat bersembang dengan pemandu teksi ketika menuju ke tempat makan waktu bersahur hujung minggu lepas. Pada mulanya agak terkejut jugak riaksi kurang senang pemandu teksi berkenaan. Agak mahal la abang sewa harian yang telah ditetapkan oleh pihak SPAD sehari rm80. Sedangkan ketika ini sewa harian hanyalah sebanyak rm40 sehari oleh pihak konsotium. Perjanjian itu pulak selama tujuh tahun...

MKP pun membuat perhitungan jika sehari pemandu perlu membayar sewa sebanyak rm80 jumlah sebulan adalah rm2,400. Jika dikira selama 7tahun adalah 84 bulan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh pemandu adalah rm 201,600 . itu adalah harga kereta mewah der........ Sapa yang mengaut keuntungan.. Sedangkan harga sebuah EXORA hanya 69,168.00 harga diatas jalan.. mana selebihnya rm130 ribu...

TEKS1M adalah inisiatif yang dilaksanakan melalui kerjasama antara SPAD dan Proton di bawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Baguih punya PROTON dan SPAD buat Harta....Sebanyak 1,000 Teksi 1Malaysia (Teks1M) akan dikecualikan daripada membayar fi pemeriksaan awal di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bernilai RM70. Kalau dah kaut untung sebanyak itu setakat rm70 tue apa ada...

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini, pengecualian itu susulan permohonan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi individu di bawah program Teks1M dalam usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam selain meningkatkan pendapatan pemandu teksi di negara ini.

Ini bukan nak menyenangkan rakyat akan tetapi menyusahkan rakyat.... So MKP minta penjelasan dari pihak SPAD mengenai butiran yang dinyatakan... Benda betul kena tegur...Takkan nak hilangkan undi pemandu teksi pada PRU-14 nanti.....Fikirkan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive