Showing posts with label suria bakar. Show all posts
Showing posts with label suria bakar. Show all posts

Friday, April 20

VIDEO ; BANGGA MENJADI CUCU P.RAMLEE...





P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.

Pada tahun yang sama , beliau terpilih sebagai “ Bintang Penyanyi Utara Malaya “ dalam peraduan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang.Untuk pertandingan tersebut , beliuau telah menggunakan huruf ‘ P ‘ ( huruf potongan bagi Puteh iaitu nama bapanya ).Nama P.Ramlee kini kekal sehingga kini.

Pada tahun 1948 , P.Ramlee telah mendapat tawaran sebagai penyanyi dan pelakon filem dari pengarah filem Shaw Brothers , B.S.Rajhans.Filem lakonan pertamanya ialah ‘ Chinta ‘ di mana beliau memegang watak sebagai seorang penjahat.P.Ramlee merupakan bintang filem melayu pertama yang boleh menyanyi tanpa menggunakan penyanyi latar.


Semasa di zaman persekolahan ( barisan belakang , 3 dari kiri ) menuntut di Sekolah Penang Free , Pulau Pinang pada 1947

Berkat dari kesungguhan dan rasa cinta beliau terhadap dunia perfileman , beliau berjaya mengarah filem pertamanya iaitu ‘ Penarek Becha ‘ pada tahun 1955.Filem ini telah terpilih sebagai filem terbaik dan beliau dipilih sebagai Pengarah Terbaik pada tahun 1956.

Sebagai seorang seniman serba boleh , P.Ramlee telah menerima banyak anugerah untuk dirinya dan filem-filem arahannya.Filem ‘ Sumpah Orang Minyak ‘ arahannya telah memenangi “ Fotografi Hitam Putih Terbaik “ dan filem “ Pendekar Bujang Lapok “ terpilih sebagai filem Komedi Terbaik di Pesta Filem Asia ke-6 pada tahun1959 di Kuala Lumpur.Begitu juga dengan filem “ nujum Pak Belalang “ dan “ Madu Tiga “ telah memenangi anugerah ‘ Komedi Terbaik ‘ pada tahun 1958.


Mendapat Anugerah A.M.N Dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Ke 3

Sebagai mengenang jasanya dalam bidang seni lagu dan perfileman , beliau telah dianugerahkan bintang Ahli Mangku Negara ( AMN ) oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada 27 September 1962.

Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.

Wednesday, April 18

DATUK AZEEZ RAHIM BANTU MENANTU P. RAMLEE?


MKP boleh menarik lafaz lega apabila Kelab Putra 1Malaysia membantu menantu kepada P. Ramlee yang sebelum ini dilaporkan didalam media arus perdana tentang kesukaran membayar cukai pintu rumah.

Kini Suria mampu menarik nafas lega apabila Pemuda UMNO Malaysia, SENIMAN dengan bantuan Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik berjaya mencari jalan penyelesaian dengan pihak DBKL di mana DBKL bersetuju untuk memberi potongan sebanyak 50% cukai pintu yang tertunggak.

Manakala baki sebanyak 50% lagi akan dijelaskan kepada pihak DBKL oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Azeez Rahim Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia.

Walaupun begitu ada pihak yang mengatakan Kelab Putra dan Pengerusinya Datuk Azeez Rahim ingin mengambil publisiti murahan .Bagi MKP itu semua tuduhan tidak berasas dan ada agenda disebalik.Membantu sesama Islam dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh P.Ramlee menaikan nama Malaya pada waktu itu tiada nilainya jika diukur dengan wang ringgit.Kalau nak cerita apa yang telah kelab Putera 1Malaysia bantu rakyat malaysia rasanya sampai esok pun tak habis nak taip.


Selain masalah rumah berjaya diselesaikan, bantuan kepada anaknya turut diberikan agar pelajaran mereka dapat disambung semula.

Bagi memastikan keluarga ini tidak lagi berhadapan masalah kewangan, dana perniagaan turut diberikan dengan harapan punca pendapatan dari perniagaan itu nanti dapat menampung segala kos kehidupan mereka 3 beranak.

Selain itu Exco Pemuda UMNO Malaysia selaku Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Saudara Jamawi Jaafar bermurah hati untuk menanggung segala kos cukai pintu yang akan datang secara peribadi.


- Posted using BlogPress from my iPad

PEMUDA UMNO ZIARAH BALU NASIR P.RAMLEE


Suria Bakar yang kehilangan suaminya iaitu Nasir P.Ramlee kini berhadapan dengan masalah ekoran kegagalan beliau menjelaskan tunggakan cukai pintu yang kini berjumlah hampir RM10,000 .Disebabkan kegagalan beliau menjelaskan cukai tersebut rumah yang didiaminya sejak 20 tahun akan di sita pada 18 April ini. Sejak kematian suaminya Nasir P.Ramle, Suria hanya bergantung hidup dengan RM400 sebulan dari Baitulmal yang hanya cukup untuk menampung kehidupan beliau 3 beranak.


Mengambil kira keperitan yang dialami keluarga ini Pemuda UMNO melalui Biro Kebudayaan & Kesenian Pemuda UMNO Saudara Jamawi Jaafar menziarahi tiga beranak ini untuk mendengar rintihan mereka dan membantu mencari jalan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Zed Zaidi sebagai biro Orang muda Seniman turut hadir.seterusnnya di YY 



Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive