Showing posts with label tanjong. Show all posts
Showing posts with label tanjong. Show all posts

Friday, March 9

GUAN ENG LENA GEORGETOWN NAIK AYAQ?


Ini adalah pemandangan cantaik dan indah di Jalan Transfer Pulau Pinang.Apa DAP dan Guan Eng Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang buat,sembang bagai nak rak kata semua dah settle nie apa kejadah yang hang dok buat.....Mungkin kes nie Guan eng buat tak nampak lanie sebab dok cari dana untuk pilihanraya.Rakyat yang menanggung derita nie dok buat tak tau...... 
Terang-terang boleh nampak dari Tingkat 52 Komtar Pejabat Ketua Menteri. Ini membuktikan yg MPPP di bawah Lim Guan Eng hanya membuat kenyataan RETORIK yg kononnya masalah ini telah selesai bila PR memerintah. Keadaan bukan bertambah kurang tapi LEBIH parah. Begitu berat masalah rakyat dlm Pulau Pinang yg perlu di beri perhatian tapi yg Guan Eng kalut ialah isu LYNAS yg mana isu ni takdak kena mengena langsung dgn masalah rakyat di Pulau Pinang. Masalah banjir ni sapa nak settle?
 — 



Yang nie lagi celaka nama ,Saja retorik dalam bab menjadikan Pulau Pinang Bersih dan Hijau.Nampaknya Orang Penang dah kena pikiq dua kali la nak bagi kat Guan Nenen lepas nie.....apa nak kata lagi bukti dah depan mata. 

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng kantoi kali nie,,,Jangan pulak suruh balaci hang telefon MKP mampos tak angkat?

Saturday, June 25

Jangan Halang Jalan Ke Rumah Allah.



Kesal dengan pihak pengusaha kereta terpakai membina bangunan dan pintu menghalang laluan penduduk flat jalan kedah untuk menunaikan solat serta anak-anak mereka mengaji Al-quran.Aduan banyak kali dibuat oleh Jawatankuasa masjid akan tetapi tidak diendahkan oleh pemilik serta pihak PBT.Tanah atau tapak yang dibangunkan adalah tanah wakaf yang diberikan kepada pihak masjid akan tetapi diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dari kesusahan umat islam dari flat jalan kedah seramai 2ribu penduduk menunaikan kewajipan bersolat setiap hari.



Pagar yang dibina.

Pengerusi masjid dan Datuk Seri Yusuf Latif senbagai pengerusi kariah masjid Pulau Pinang turut turun padang.

Pemuda UMNO Tanjong yang diketua oleh Saudara Jeffri Salim bersemangat untuk membela nasib umat islam sekitar Parlimen Tanjong.

Skuad Gempur Pemuda Umno Tanjong merobohkan pintu yang menghalang laluan.

















Sunday, May 8

PEMUDA UMNO TANJONG BUAT LAPORAN POLIS.



Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong memandang serius dakwaan Utusan Malaysia dan beberapa laman web tentang peristiwa sekumpulan manusia yang berhimpun di Pulau Pinang, termasuk MP DAP Jelutong Jeff Ooi yang telah bersumpah dan berikrar untuk mengangkat Kristian sebagai agama rasmi Negara dan mengangkat Perdana Menteri dikalangan Penganut Agama Kristian.



Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Saudara Nizam Hashim perkara ini perlu disiasat segera kesahihannya oleh Pihak Polis walaupun ia dinafikan oleh Jeff Ooi.
“Jika dakwaan ini benar, kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan DAP dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengancam Keselamatan dan Kestabilan negara dengan mempelopori usaha untuk memusnahkan asas perlembagaan negara.
Walaupun kita hidup dalam negara yang berbilang agama, Islam adalah agama Persekutuan dan majoriti Penduduk Malaysia adalah beragama Islam. Ini tidak boleh disangkal dan semua rakyat Malaysia mesti menerima hakikat bahawa Malaysia masih sebuah negara yang majoriti rakyatnya adalah Melayu yang beragama Islam,”



Tambahnya, Islam adalah agama Persekutuan, ini tidak boleh disangkal dan dipersoal oleh sesiapapun. Apa-apa cubaan untuk menukar agama rasmi persekutuan adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.
“Kumpulan yang masih mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan harus sedar bahawa tindakan mereka mengakibatkan rakyat terdedah dengan suasana yang tidak selamat dan menganggu-gugat keselamatan Negara. Dan ini tidak boleh diterima sama sekali.
Sehubungan dengan itu, kita minta pihak PDRM menahan sesiapa juga yang cuba membakar api perkauman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tanpa mengira sama ada mereka Islam, Kristian, Budha atau Hindu,” ujarnya lagi.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive