Showing posts with label tksu. Show all posts
Showing posts with label tksu. Show all posts

Tuesday, July 3

Bekas KP JPA : MENDAKWA BELIAU DIPECAT BETULKE?


Inilah kisahnya apabila sudah tidak bersama semuanya pekung dan kisah buruk teman sebantal dilondehkan apa nak buat?dah jadi macam orang politik la pulak depan cakap lain dan dibelakang lain pulak cakapnya...Janganlah buat hal lagi semua telah didedahkan bahawa anda adalah musang berbulu ayam.....

Perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan semalam.

Bagaimanapun, dalam kenyataan tiga perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa tidak menyatakan sebab-sebab perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan.

Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.

Dr Ali berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan Abu Bakar mendedahkan bahawa beliau tidak bercadang meletakkan jawatan tetapi sebalik dipecat oleh kerajaan.

Menurut akhbar itu, Abu Bakar dipetik memberitahu Berita Harian bahawa beliau dan keluarganya sedih dengan penamatan perkhidmatan itu.

"Keluarga saya dan diri saya amat sedih berhubung apa yang berlaku. Itu sahaja yang dapat saya katakan, saya tidak mahu berkata lebih kerana bimbang ia disalah tafsirkan," katanya yang dipetik akhbar itu.

Abu Bakar berkata beliau menerima surat memaklumkan perkhidmatannya akan berakhir pada 1 Julai.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive