Tuesday, July 3

Bekas KP JPA : MENDAKWA BELIAU DIPECAT BETULKE?


Inilah kisahnya apabila sudah tidak bersama semuanya pekung dan kisah buruk teman sebantal dilondehkan apa nak buat?dah jadi macam orang politik la pulak depan cakap lain dan dibelakang lain pulak cakapnya...Janganlah buat hal lagi semua telah didedahkan bahawa anda adalah musang berbulu ayam.....

Perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan semalam.

Bagaimanapun, dalam kenyataan tiga perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa tidak menyatakan sebab-sebab perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan.

Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.

Dr Ali berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu, akhbar Sin Chew Daily melaporkan Abu Bakar mendedahkan bahawa beliau tidak bercadang meletakkan jawatan tetapi sebalik dipecat oleh kerajaan.

Menurut akhbar itu, Abu Bakar dipetik memberitahu Berita Harian bahawa beliau dan keluarganya sedih dengan penamatan perkhidmatan itu.

"Keluarga saya dan diri saya amat sedih berhubung apa yang berlaku. Itu sahaja yang dapat saya katakan, saya tidak mahu berkata lebih kerana bimbang ia disalah tafsirkan," katanya yang dipetik akhbar itu.

Abu Bakar berkata beliau menerima surat memaklumkan perkhidmatannya akan berakhir pada 1 Julai.

4 comments:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Sejak bila kakitangan kerajaan tidak boleh dipecat jika gagal menjalankan tugas... Sepatutnya ramai lagi yang patut ditendang keluar kerana tidak menyokong aspirasi kerajaan... Maksudnya yang sokong pembnagknag tu bial mahu berhenti...?

Anonymous said...

Tan Sri Abu Bakar, sepetutnya muhasabah diri, jangan nak mempertikaikan mengapa kerajaan menamatkan perkhidmatan beliau. Seluruh rakyat Malaysia tahu kesalahan Tan Sri lakukan dalam penyediaan SPBA yang telah dibatalkan.

Anonymous said...

jap lagi naik pentas pas la dia ni

Anonymous said...

Tulah manusia ni bila tekena batang hidung sendiri mulalah telunjuk tu ke arah orang lain... org dengkilah.. saja nak jatuhkan dialah...dan mcm2 lagilah accusations timbul... geng2 belah sana tu mmg standby je nk menipulet bende2 mcm ni..biasalah tu... Cume Tan Sri cermin2 diri tu...renung kembali diri sbg KPPA dulu, contohnya jika SPBA tu PM tak batalkan berapa ramai agaknya kakitangan kerajaan yg jd mangsa keputusan T.Sri dan geng T.Sri... Sbg ketua, T.Sri mesti mengakui yg Tan Sri BERTANGGUNGJAWAB! ingat ye DOA lebih 1 juta kakitangan k'jaan berserta keluarga mereka..mana Tan Sri nak lawan... Kami pun faham matematik. Ini peringatan kepada yg sedang berkuasa supaya jgn mudah lupa diri esp para pegawai PTD!!! ALLAH MAHA HEBAT DENGAN SEGALA KEKUASAANNYA.. Sbg hambanya kita mesti sentiasa beristighfar dan mohon keampunanNYA. Semua yg hidup pasti MATI, cuma kematian yang macammana jadi pilihan kita.. Wasallam

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive