Showing posts with label umno sik. Show all posts
Showing posts with label umno sik. Show all posts

Monday, February 6

VIDEO PANAS : Ahli UMNO Kena Pukul Dengan 20 Militan PAS.


Seketika bersama-sama dengan masyarakat berketurunan Cina di Daerah Sik dalam program Makan Malam 1Malaysia berlangsung, aku mendapat tahu salah seorang orang kuat UMNO yang juga Ketua Cawangan diKampung Charok Sireh telah dipukul serta dicederakan oleh seorang lelaki kurang betul berfahaman pas.  Beliau berani melakukan demikian dengan bantuan kira-kira 20 orang lagi paria-paria jahalun pas.


Aku dapat rasakan gementar ahli-ahli bawahan pas totok di Sik semenjak mereka mendengar ramai dari kalangan ahli-ahli mereka kini semkin tawar hati, keliru, kecewa dan jiwa semakin berkecamuk.Malah ada yang sehingga membuat keputusan untuk meninggalkan pas.


Perkara meninggalkan pas dan menyertai UMNO bukanlah perkara baru didalam Parlimen Sik ini,. Setiap hari setiap masa sentiasa aku terdengar, terserempak dan berjumpa ahli-ahli pas yang samada berura-ura untuk

keluar dari pas, bercadang keluar dari pas dan terus mengambil keputusan KELUAR dari pas. Dan kesemua mereka yang berura-ura dan bercadang keluar dari pas menunjukkan minat yang LUAR BIASA untuk menyertai UMNO!


Buktinya, selepas berjaya menembusi kampung dibelakang apa yang mereka anggap KOTA KEBAL pas di Sungai Pau, kemudiannya Kampung Bandar Hilir berjaya ditembusi, Kampung Kerawai juga berjaya dijinakkan, kemudiannya lebur ranapnya pas diFELDA TELOI TIMUR(tak sepatutnya ada pun cawagan pas) dan bersemaraknya UMNO diKampung Batu Besar dengan kemasukan ahli keluarga terdekat YB Ahli Parlimen.


Malah jika tindakan keluar pas secara berkumpulan sehingga meranap leburkan sebuah cawangan,maka tentulah tindakan itu menyebabkan paria-paria jahalun pasrael totok ini berasa tercabar,berasa terancam dan berasa 'haluih' dek tindakan ahli-ahli mereka sendiri. Jadi untuk melepaskan

tekanan dalaman ini, maka dicarilah 'subjek' untuk dijadikan kambing hitam bagi menimbulkan rasa kemenangan nan sementara. Tetapi bermaruahkah mencipta kemenangan secara begini. Itu sahajakah kaedah yang mereka ada untuk mencipta dan meraikan kemenangan? Sedangkan jiwa

mereka seakan merasakn mereka akan kalah bertanding pada PRU13 nanti?

Kalah pula bukan sahaja di DUN Belantek, malah kerusi DUN Jeneri juga akan kembali kepada UMNO/BN malah Kerusi Parlimen Sik yang akan menyumbangkan satu lagi kekuatan untuk mempertahankan Putrajaya juga bakal diRAMPAS kembali oleh UMNO/BN hasil kerjakeras seluruh

orang-orang UMNO Sik.  Kekalahan yang hampir PASTI......

Wednesday, June 22

UMNO Sik kesal program disabotaj



UMNO Bahagian Sik kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba mensabotaj penganjuran Program Ceramah Bongkar, Pentas Pemuda UMNO Bahagian Sik, dengan menanggalkan kain rentang program berkenaan yang dipasang di satu kawasan di Jeneri. 

Ketua UMNO Bahagian Sik, Tajuddin Abdullah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, berkata, UMNO Bahagian Sik tidak menganjurkan program seperti itu secara kerap namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak membuang kain rentang yang dipasang UMNO. 

“Mereka selalu mengadakan ceramah tetapi kita (UMNO) tidak buat kacau, kita buat ceramah bukan selalu tapi mereka buang banner (kain rentang), potong,” katanya sewaktu memberikan ucapan pada Program Ceramah Bongkar, malam kelmarin. 

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Mahadzir Abd Hamid berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Jeniang kira-kira jam 6 petang, kelmarin, agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu. 

Menurutnya, isu kain rentang disabotaj bukan perkara baru sebaliknya sudah beberapa kali berlaku namun perkara itu dimaafkan kerana beliau beranggapan ia dilakukan sekumpulan ‘budak nakal’. 

“Bagaimanapun, apabila sudah sampai tahap meminta diubah lokasi dan meminta dirobohkan khemah, saya rasa tindakan itu tidak wajar apatah lagi apabila ada banner yang dipasang di Jeneri, ditanggalkan. 

“Kita terpaksa membuat laporan polis kerana tidak mahu insiden seperti ini berulang lagi pada masa akan datang, apatah lagi UMNO Sik tidak pernah mengganggu mana-mana program anjuran parti politik lain,” katanya. 

Mahadzir berkata, program yang dianjurkan Pemuda UMNO Sik mendapat permit daripada polis malah kain rentang yang dipasang juga diluluskan oleh Majlis Daerah Sik. 

“Apa hak mereka untuk menanggalkan banner milik UMNO, justeru, kita minta polis menyiasat siapa yang bertanggungjawab. 

“Saya harap pemimpin parti politik menasihatkan penyokong masing-masing supaya tidak bersikap provokatif” katanya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive