Peringatan Keras Daripada al-Quran & al-Sunnah Kepada Para Periwayat & Penyebar Hadith Palsu
Sabda Rasulullah shalallahu-'alaihi-wasallam dalam salah satu khutbahnya yang dikhabarkan oleh Abu Qatadah radhiallahu-'anhu:
"Aku mendengar Rasulullah shalallahu-'alaihi-wasallam bersabda di atas mimbar ini : Hendaklah kamu sekalian menjauhi (daripada) terlalu banyak menyampaikan hadith daripada aku. Maka barangsiapa yang menyampaikan sesuatu (hadith) daripadaku -- hendakah dia menyatakan yang sebenar-benarnya (sahih). Dan barangsiapa yang mengada-adakan dusta atas namaku padahal aku tidak (pernah) mengatakannya -- maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di neraka" - [Sunan Ibnu Majah -- no: 035]
Sabda Rasulullah shalallahu-'alaihi-wasallam:
"Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka" - [Diriwayatkan oleh al-Bukhari -- no: 109]
Pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Ali serta merta daripada parti baru-baru ini akan dilihat oleh rakyat sebagai satu keputusan yang bercanggah dengan dasar parti berkenaan.
Malah pelbagai kecaman serta suara-sura sumbang terhadap Hasan yang dianggap lantang dan berkredibiliti memperjuangkan Islam seolah-olah menyerlahkan parti berkenaan tidak mengotakan apa yang dikata.
Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya mereka yang membuat tuduhan serta fitnah dikategorikan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak sebagai golongan muflis.
"Adakah kita ingin menjadi golongan yang Allah gelar golongan muflis di akhirat kelak. Kata Nabi s.a.w tidak akan masyuk surga seseorang itu yang mengadu domba. Ini prinsip. Keduanya mengumpat. Walaupun Dr Hasan dikatakan telah keluar parti, kita bercakap soal kredibiliti dia.
"Pastikah beliau terlibat dengan mana-mana pihak...menerima wang ringgit..gila jawatan dan sebagainya. Kita imbau satu kisah di mana sahabat ada bertanya Nabi s.a.w. apakah pendapatmu apa yang kusebutkan itu benar-benar terjadi kepada saudaraku.....lalu dijawab Nabi s.a.w sekiranya pada saudaramu itu benar-benar apa yang kamu perkatakan tentangnya ada padanya maka kamu telah mengumpatnya.
"Tetapi jika tidak benar maka kamu telah menuduhnya dan menfitnahnya. Maka ini satu benda yang sangat besar di dalam Islam. Apakah kita ingin menjadi golongan yang Allah gelarkan sebagai muflis diakhirat kelak.
"Digelar oleh Nabi sebagai muflis.....orang yang datang dengan amalan solatnya, zakatnya, hajinya dan senagainya bentangkan dihadapan Allah s.w.t tiba-tiba Allah datangkan manusia-manusia yang pernah dia sakiti, manusia yang pernah dia zalimi, manusia yang pernah dia fitnah, dia tuduh dan sebagainya.
"Mereka ini datang kepadanya lalu mereka ini mengambil setiap kebaikan yang dia lakukan. Ambil pahala solatnya, zakatnya,puasanya, pahala hajinya. Setelah habis kesemua pahala tersebut sekiranya dosanya masih ada, dosa-dosa mereka yang pernah beliau tuduh di aats muka bumi akan diberikan ke atas orang yang menuduh ini. Maka pada ketika itu golongan ini dikategorikan oleh Allah sebagai ahli neraka, golongan yang muflis di dalam neraka Allah," katanya.
Ustaz Fathul seterusnya menegaskan penyelesaian kepada apa yang berlaku terhadap Dr Hasan hari ini bukanlah dengan cara umpatan atau sebarang keji-kejian sebaliknya dengan syura.
"Mungkin ada orang yang tidak setuju dengan tindakan Dr Hasan yang bercakap soal parti dan sebagainya tetapi penyelesain bukannya dengan fitnah serta umpatan. Bukan dengan cacian dan makian. Penyelesainnya dengan syura..dimana syura..dimana perbincangan..dimana perkatan baik yang sewajarnya ditunaikan sebagai muslim.
Dalam isu ini syura dalam Pas wallahuaklam...Cuma keputusan yang dianggap menzalimi seseorang. Itu yang perlu dipertikaikan," katanya.
Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
-
Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas 4 September 2025, Mahkamah Tinggi
telak menolak permohonan DS Najib untuk memulakan prosiding menghina
mahkamah k...
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh
-
The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac.
Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking
the 15th...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com