Sunday, June 26

MP Sungai Siput Kena Getah,31 Aktivis Bersih Kena Cuci.



Tahniah kepada Polis Pulau Pinang kerana berjaya menahan aktivis bersih yang tak seberapa bersih. Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, kesemuanya aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), di plaza Tol Sungai Dua di sini pada jam 3.40 petang tadi.

Maklumat yang MKP terima depa nie semua menaiki bas sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan perhimpunan haram BERSHIT, yang dijadualkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.

"14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk dirakam percakapan,


 Polis turut menemui pelbagai barangan dalam bas itu antaranya bendera PSM, buletin sosialis dan kemeja-T bertulisan "anti capitalism" berwarna merah dan hitam. 

Kumpulan berkenaan dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram di ibu negara dan kempen PSM 'Udahlah tu... Bersaralah', yang dikatakan ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu.
 

Saturday, June 25

Patriot – Malaysia Tanahairku

Semua rakyat Malaysia yang;
- Sayangkan negara dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara.
- Mengambil berat dan inginkan masa depan negara dan rakyat yang lebih baik
- Bersikap konstruktif, saling hormat menghormati dan mengutamakan permuafakatan dalam melaksanakan pembaharuan
- Menolak budaya politik jalanan dan hostile serta menyelar sebarang tindakan yang boleh menyebabkan ketidak selesaan terhadap rakyat dan mengakibatkan kekacauan melanda negara.
Kenapa? Matlamat?
Terdapat pihak yang sanggup melakukan dan mempolitikkan apa saja tanpa mengambil kira keamanan dan keamanan negara, keharmonian kaum dan agama, keselesaan rakyat, pendapatan pemandu teksi dan peniaga kecil, nama baik dan keyakinan terhadap ekonomi dalam negara demi mencapai maksud politik dan kumpulan yang sempit.
Patriot akan membantu negara dari segi memberi input yang baik bagi untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan usaha memaju dan memakmurkan negara dapat dilaksanakan oleh kerajaan, parti politik, NGO dan setiap rakyat Malaysia
Bagi tujuan 9 Julai 2011, matlamat utama Patriot adalah untuk;
Menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia yang sanggup melakukan apa saja demi untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran Negara
Membawa sebanyak mungkin suara rakyat Malaysia, terutama suara majoriti senyap agar pandangan dan kehendak mereka dapat dirasai oleh pemimpin dan rakyat negara ini
Bagaimana?
Menyampaikan pandangan majoriti senyap rakyat Malaysia kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak-pihak yang berkaitan tentang:
Sistem Pilihan Raya di negara ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya
Muslihat Bersih dan pendekatan jalanan mereka
Menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia agar suara mereka yang berkecuali dapat dirasai
Berusaha sebaik mungkin untuk memastikan keselesaan orang ramai tidak terganggu semasa himpunan ini
Berusaha untuk melindungi golongan-golongan seperti peniaga, pemilik gerai dan pemandu teksi agar mata perncarian mereka tidak terjejas dan harta benda mereka mengalami kemusnahan setiap kali demonstrasi jalanan berlaku.

Jangan Halang Jalan Ke Rumah Allah.



Kesal dengan pihak pengusaha kereta terpakai membina bangunan dan pintu menghalang laluan penduduk flat jalan kedah untuk menunaikan solat serta anak-anak mereka mengaji Al-quran.Aduan banyak kali dibuat oleh Jawatankuasa masjid akan tetapi tidak diendahkan oleh pemilik serta pihak PBT.Tanah atau tapak yang dibangunkan adalah tanah wakaf yang diberikan kepada pihak masjid akan tetapi diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dari kesusahan umat islam dari flat jalan kedah seramai 2ribu penduduk menunaikan kewajipan bersolat setiap hari.



Pagar yang dibina.

Pengerusi masjid dan Datuk Seri Yusuf Latif senbagai pengerusi kariah masjid Pulau Pinang turut turun padang.

Pemuda UMNO Tanjong yang diketua oleh Saudara Jeffri Salim bersemangat untuk membela nasib umat islam sekitar Parlimen Tanjong.

Skuad Gempur Pemuda Umno Tanjong merobohkan pintu yang menghalang laluan.

















Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive