Tuesday, March 26

TERLONDEH SELUAR PULAK LEPAS NIE ......


Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendalangi rusuhan dan tunjuk perasaan jika Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Mantan Menteri Kewangan itu berkata Anwar sudah pun menguar-uarkan kepada dunia bahawa pembangkang akan menubuhkan kerajaan baru “walaupun beliau sendiri tahu (Pakatan) tidak akan menang.”
 
Jika kalah, Anwar “akan terus mendakwa berlaku penipuan dan cuba membawa Arab Spring di sini (dengan) menghasut rakyat (untuk) merusuh di jalanan bagi mendapatkan balik undi mereka,” kata Daim.
 
“Ini akan menimbulkan huru hara. (Tetapi) beliau tidak peduli kerana cita-citanya (menjadi Perdana Menteri) mengatasi segala pertimbangan. Pakatan pun tidak peduli kerana mereka berada di pihak sama,” tambah Daim.
 
Arab Spring dirujuk sebagai pemberontakan rakyat di Mesir dan beberapa negara Arab yang lain terhadap pemerintahan kuku besi beberapa tahun lalu.
 
Daim dilihat sebagai menteri kewangan yang paling berpengalaman di dalam Kabinet Tun Mahathir Mohamad sebelum bersara daripada politik untuk menceburi semula bidang perniagaan.
 
Pada pilihanraya lalu, beliau membuat ramalan tepat bahawa Pakatan Rakyat akan membuat kejutan kerana kepimpinan BN ketika itu begitu lemah.
 
Dalam wawancara bersama akhbar The New Straits Times sebelum ini, Daim menggesa rakyat supaya memberi mandat kepada Najib yang setakat ini melaksanakan pelbagai program transformasi dengan baik.
 
Bekas Bendahari Umno itu mengupas rekod Anwar dalam kerajaan dan Umno sebelum beliau dipecat pada tahun 1998 oleh Mahathir.
 
Daim menyifatkan Anwar sebagai seorang yang terlalu taksub untuk memegang kuasa.
 
"Cita-cita peribadinya mengatasi segala-galanya dan menghantui dirinya hingga beliau tidak kisah mengorbankan keamanan dan kestabilan negara," kata beliau.
 
Daim berkata, tuduhan Anwar kononnya proses pilihan raya di negara ini dicemari, tidak masuk akal kerana pembangkang menawan Kedah, Pulau Pinang, Selangor Perak serta mengekalkan Kelantan pada PRU ke-12.
 
“Jika kerajaan menipu pada pilihan raya, bagaimana pembangkang boleh menang banyak kerusi ?" soal Daim sambil menegaskan tidak ada pilihanraya di dunia yang sempurna sepenuhnya.
 
Daim berkata Anwar membawa politik yang lebih kepada retorik dan menabur janji kosong.
 
“Beliau janji nak bentuk kerajaan pada September 2008. Semua orang gementar dan ramai yang percaya. Itu gaya beliau, hanya cakap dan berjanji,’ kata Daim.


Monday, March 25

KESIAN MEREKA BILA DAPAT MELAYU BERKULIT BABI NIE.........


Kalau macam nie tahap anjing pemimpin PKR memang malang totok macai aka cai-cai penyokong lubang kunyit. Ketua umum pun songsang mestilah yang lain ikut songsang. Korang tengok sendiri apa yang dilakukan oleh Si Badrul Amin nie. Menghina Polis dan menganggap pejuang negara sebagai anjing. MKP nak bagitau sikit dekat Badrul Amin nie supaya telanjang kat depan cermin tanpa seurat benang dibadan dan nilai dan diri dulu sebelum mengutuk Polis memang jenis manusia tak sedar diri. 

Berbalik pada drama kuliah 3 pagi tangkap basah dengan bini orang siapa yamg menyelamatkan hang bila diserbu? Bukan Polis ke haram jadah.....

Badrul Amin nie memang dasar munafik menggunakan agama untuk berpolitik dan memuaskan nafsu serakah berbini banyak dan memperdayakan bini orang....

APASAL ORANG KELANTAN NIE BODOH SANGAT.....KASI TUKAR AJE .......?


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) didesak supaya menyiasat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan beliau dalam isu kalimah Allah yang didakwa memutar belitkan tafsir ayat Al-Quran dan menghina Rasulullah S.A.W dengan menyamakan baginda seperti orang kampung.

Desakan itu dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS negeri, Shaidi Husin kerena mendakwa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz dalam isu-isu berkenaan boleh menyesatkan umat Islam.

"Sebenarnya perkara ini tidak boleh dibiar atau dipandang remeh oleh pihak berkuasa agama kerana ia boleh menyesatkan orang ramai, selain merosakkan kesucian agama Islam," katanya berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis di sini malam tadi.

Dalam pada itu penceramah bebas, Rosdi Muda berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini rakyat perlu bangkit membuat perubahan demi menjaga kedaulatan agama Islam yang semakin tercalar akibat permainan politik golongan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, realiti politik hari ini jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno mempunyai kemampuan dalam memartabatkan agama Islam berbanding pembangkang.

"Lihat sahaja setiap isu yang berbangkit terutamanya perkara membabitkan kalimah Allah, Umno sentiasa konsisten mempertahankan kalimah suci tersebut daripada digunakan oleh bukan Islam," katanya.

Katanya lagi, tidak ada sebab rakyat menolak BN pada PRU-13 nanti kerana selain soal agama, BN sentiasa memahami aspirasi rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta bantuan yang sememangnya menjadi keperluan mereka.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive