Friday, July 19

ABBY AL BODY BERCANDA DI TEPI PANTAI #PRKKualaBesut...


Kecoh laman web hari ini dengan kisah abby albody bernikah secara rahsia tidak diwar-warkan pada media...selalunya kalau yang kawin secara senyap nie mesti ada benda yang tak kena.Abby Albody nie maksum der....bila dah masuk pas selalunya tiada dosa walaupun jelas dan nyata. Memang orang pas nie bengong.

Mkp keceramah abby albody tapi tidak dihebahkan namun sehingga sekarang tiada kelihatan kelibat abby albody. Mungkin malu kot..

Baguih jugak abby albody dah kawin ngan mamat muda nie. Umur mamat nie pun baru 24tahun masih mentah dan tidak matang...so senanglah dikerjakan oleh abby albody. 

Ceramah malam nie macam biasa kehadiran cuma agak sinikal dan tidak mendapat sambutan. Mkp kesian kat pas kena panggil abby albody untuk mencari crowed puller.fofular ke abby dimata orang kampung di Kuala Besut atau hanya nak tengok body abby albody....

PAS BAKAL BERKUBUR JIKA NIK AZIZ MENINGGAL............ #PRKKualaBesut.


PAS dah berkempen selama seminggu disini. Tapi suasana agak pelik dan menghairankan bila sehingga kini tidak berjaya membuat kejutan terhadap UMNO/BN dengan kehadiran penyokong PAS yang boleh mencapai kehadiran berpuluh ribu setiap kali ceramah MEGA PAS. Kalau ceramah mega ini selalunya penceramahnya jugak sudah pasti "BIG-GUN' atau "Crowd-Puller".

Malangnya ceramah yang dibuat betul-betul di sebelah Masjid Pengkalan Udara Kem Gong Kedek -jika diukur dengan skala kehadiran biasa ceramah big gun PAS- GAGAL.

Kebanyakkan dari rakan blogger yang hadir secara senyap semasa ceramah semalam bertikam lidah dengan jumlah kehadiran.

ada yang kata 500, 800, 1500 dan paling banyakpun kata 2000.

Yang 500 ke 800 ambik kira jumlah hadirin yang dengar ceramah, dan yang 1500 ke 2000 itu ambil kira jumlah keseluruhan hadirin termasuk yang duk melepak di kedai-kedai makan, atau berbual sesama sendiri di kawasan sekitar.

Dalam kata lain, bisa Nik Aziz tak sekuat dulu-dulu. Beliau sendiri yang tiba kira-kira jam 11.15 malam, hanya mula berceramah pada jam 11.35 malam dan berakhir lebih kurang jam 12.00 tengah malam.

Dalam kata lain, Nik Aziz yang PAS war-warkan sebagai penceramah utama mereka, lebih banyak menghabiskan masa mendengar ceramah dari memberikan ceramah.

Beliau memulakan ucapan dengan nada perlahan, orang kata 'dok rok dah' atau tak larat dah.

Ceramahnya pula amat membosankan dengan serangan tidak sudah-sudah pada UMNO yang mengambarkan dendam kesumatnya terhadap UMNO tidak pernah padam walaupun tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan.

Sepanjang ceramahnya beliau tidak menyebut mengenai calon PAS Kuala Besut Azlan @Endut Yusof.

Azlan yang berada di kerusi atas pentas juga tidak berucap langsung. Beliau hanya diperkenalkan oleh pengerusi majlis Nik Zawawi Nik Salleh.

Nik Aziz hanya berucap menghentam UMNO dan memuji kerajaan Kelantan yang diperintahnya selama 23 tahun, sehingga lupa menyebut, memperkenalkan atau menyuruh hadirin mengundi calon PAS.

Pun begitu, mesti diakui, jumlah kehadiran ceramah Nik Aziz Khamis malam merupakan yang terbesar sejak PRK Kuala Besut.

Deretan kereta yang diletakkan dikiri-kanan jalan menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain.

Namun ada yang berhujah, melihat deretan kereta tersebut, jangan-jangan yang hadir adalah orang luar, yang mahu mendengar 'amanat tok guru', bukan pengundi DUN Kuala Besut.

Tanpa ambil kira, samada yang hadir itu orang luar atau pengundi DUn Kuala Besut, kira ceramah Nik Aziz ini pecah rekod kehadiran pengunjung, kerana pada malam-malam sebelum itu, walaupun penceramah PAS seperti Datuk Husam Musa, Mat Sabu, Hanifa Maidin, jumlahnya datang mendengar rata-ratanya 300 ke 500 orang saja.


ORANG UMNO MEMENG SUKA BUAT KERJA YANG TAK ELOK....... #PRKKualaBesut


Ahli PAS memang mudah tertipu dengan pemimpin mereka sehinggakan benda yang tidak masuk akal pun ditomahkan oleh Husam Musa Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kuala Besut. Bagi MKP senang saja nak dakwa atau menuduh mestilah mempunyai bukti yang kukuh demi memperkuatkan apa yang telah didakwa. 

Namun begi MKP berharap pemimpin UMNO berhati-hati dengan pihak PAS yang kita semua maklum bahawa pandai membuat menipulasi isu supaya menjerat pemimpin UMNO dengan persepsi murahan.

Terbaru PAS minta penjelasan kerajaan BN Terengganu berhubung sebuah hotel berhampiran jeti Kuala Besut yang didakwa dibina dari sebuah dewan orang ramai yang telah diubah suai.

Akan tetapi tiada bukti disertakan. Husam Musa sebelum ini mendakwa Calon PAS Che Long telah diserang secara peribadi oleh UMNO/BN akan tetapi Husam Musa pulak kali ini seperti menepuk air di dalam dulang, Airnya terpercik kemuka sendiri.

Untuk menguatkan tuduhanya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau juga mendapat maklumat bahawa hotel tersebut dimiliki oleh orang kuat Umno bahagian Besut.Lapan tahun lalu ianya adalah sebuah dewan orang ramai di bawah Majlis Daerah Besut.

Tapi sekarang ianya menjadi Hotel Samudera yang didakwa dimiliki oleh orang kuat Umno Besut. MKP nak tanya sekali lagi mana bukti dakwaan yang telah dibuat oleh Husam Musa ini.

Sesudahlah buat fitnah dibulan Ramadhan ini tak elok dan hanya menjatuhkan kreditbiliti Husam Musa itu sendiri. Dah lah kalah di Putrajaya pada PRU-13 yang lalu masih tak serik lagi. Kini hanya tinggal Kuasa ADUN saja di Salor. Menteri Besar Kelantan yang baru pun tidak mahu melantik Husam Musa sebagai EXCO. 

Kalau Menteri Besar sendiri dari PAS tidak lagi mempercayai Husam adakah rakyat Kuala Besut mahu mempercayai Husam. Lebih elok Husam jagalah orang PAS di kawasan anda terlebih dahulu sebelum masuk campur urusan di Kuala Besut nie. #DahKalahSudahlah.

Bagi MKP isu Hotel ini hak milik orang UMNO atau siapa sahaja rakyat Malaysia berhak berniaga secara sah mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan. Kuala Besut ini adalah pusat Pelancongan terkemuka di Malaysia dan menjadi tumpuan pelancong dari serata Dunia terutamanya Pulau Perhentian.

Di dalam ISLAM telah disarankan bahawa punca pendapatan adalah dari berniaga  9/10 daripadanya adakah itu pun salah?


Ini adalah calon yang terbaik untuk Rakyat Kuala Besut.. Ore Muda Anak Ustaz.
 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive