Tuesday, August 20

TAHNIAH PADA @Zahid_Hamidi DAN @PDRMsia TIADA LAGI MENTERI AMARAN........?


Tindakan pantas dan positif Dr Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno sekarang bolehlah menamatkan spekulasi nakal melibatkan menteri terdahulu yang dikatakan hanya sebagai "Menteri Amaran" sahaja.

Kemungkinan ketika itu banyak terjadi isu tetapi amaran demi amaran Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno dijadikan sindiran pihak tertentu terutamanya pengguna laman sosial kerana mungkin "takut" mengambil tindakan.

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menukar portfolio di antara kedua-dua menteri itu sebagai satu langkah tepat dalam memperkasakan lagi kepakaran dan pengalaman yang ada pada Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Kepada Semua Ketua Jabatan, KPD, KPB, Pegawai Kanan dan anggota pangkat rendah..Dimaklumkan terdapat perancangan oleh kumpulan 04 / India untuk menyerang balas pegawai / anggota polis yang bersendirian dan terpencil ekoran drpd kejayaan pihak polis Pulau Pinang menembak mati 5 ahli kumpulan mereka.

Sila ketatkan kawalan keselamatan di IPK, IPD, BP, PP, tempat2 penugasan dijalankan dan kediaman serta tingkatkan langkah2 keselamatan terutama semasa dalam perjalanan pergi balik kerja dan diluar waktu kerja..ambil perhatian serius daripada KP Pulau Pinang ( sebarkan kepada semua anggota pdrm agar berhati-hati ).

Kepada semua anggota keselamatan, berhati-hatilah. Kami rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang keutuhan Undang-undang. Jangan sesekali berundir pertahankan unfang2 dan keamanan. Kalau perlu bersihkan puak-puak yang buat kacau tu, kami sokong! 

Kepada ahli politik yg kemaruk undi dan sokongan, JANGAN GANGGU TUGAS POLIS. 


Sunday, August 18

@Reginalah PEGAWAI @KhairyKj BOLEH PERGI MAMPOS......


Adakah Regina membayangkan Melayu seronok cuti panjang?

Adakah tweet Regina Lee membayangkan bahawa para penjawat awam, yang kebanyakan mereka Melayu, adalah bersifat malas?

Timeline tweet-tweetnya discreenshot di bawah:

(1) Regina merungut bahawa kerjanya di pejabat Kementerian Belia dan Sukan bertimbun-timbun dan dia tidak sempat menyiapkannya semua.

(2) Rakan Twitter Regina mencadangkan bahawa setiausaha akhbar KJ itu memendekkan senarai kerja yang perlu disiapkannya serta mengagihkan sebahagian kerja kepada rakan-rakan sepejabat.

(3) Regina membalas bahawa “semua orang” (maknanya orang Melayu) sedang bercuti Raya. Dia seorang-seorang Cina sahaja yang rajin bekerja.

(4) Lalu dia mentweet: “OK that does it. Screw you guys I’m going home.”

HELENANG

reginalah Semorang cuti

Apa dah jadi takkan nak tunjuk bagus pulak Pegawai Media KJ nie..... Kalau nak tunjuk bagus pun jangan sampai menghina orang lain. Perangai bangsat macam nie tak patut ada dikalangan pegawai media menteri....

Saturday, August 17

PEMILIK RESORT TG SEDILI DIHALAU KELUAR DARI MALAYSIA.... @zahid_hamidi


Status penduduk tetap (PR) pemilik resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan, telah ditarik balik dan berkuatkuasa serta-merta.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas kementeriannya melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melakukan kajian mendalam terhadap status PR yang diberikan kepada pemilik resort yang berusia 45 tahun dan berasal dari Singapura itu.

"Apa yang telah diputuskan, KDN telah ambil keputusan untuk mencabut semula taraf penduduk tetap kepada orang yang berkenaan.

"Kerana taraf penduduk tetap yang diberi pada beliau hanya sebagai satu kemudahan dan bukan keistimewaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Rumah Pengasih di ibu negara hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan pemilik resort berkenaan ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata lagi, pihaknya telah memaklumkan tentang penarikkan status tersebut kepada pemilik resort berkenaan dan perkara itu dikuat-kuasakan serta merta.

"Ya serta-merta (ditarik balik PR). Kita dah maklumkan pada beliau masa dalam lokap. Dia seorang sahaja yang kena. Keluarga dia tak ada salah apa-apa," kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan Allah yang akan diputuskan pada 22 Ogos depan, Ahmad Zahid meminta agar semua umat Islam di negara ini bersatu padu mempertahan penggunaan kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik.

"Saya bukan nak mendahului keputusan mahkamah. Tetapi yang penting ialah kalimah Allah perlu dipertahankan.

"Kalimah Allah hanya dan mestilah untuk agama Islam sahaja. Nokhtah!" tegasnya

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive