Sunday, March 16

TIADA PROTOKOL YANG DIPERLUKAN DEMI #Rakyat #Prihatin @MPkotaBelud @GoTeamRD


Takda protokol, takda sambutan dan tiada apa-apa pun persiapan dilakukan bagi 'menyambut' kehadiran Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan petang semalam di Pangsapuri Nusa Kurnia.


1st impression yang saya lihat pada riak wajah Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Nusa Kurnia (JPPNK), ternyata mereka sendiri terkejut dengan kehadiran YB Menteri, Dato' Abdul Rahman Dahlan.

Menariknya inilah kali pertama beliau turun padang dalam usaha mendekatkan Kementerian kerajaan Persekutuan dengan rakyat. Tujuan beliau ini bukanlah untuk mencampuri urusan pentadbiran Joint Management Builiding (JMB) sebaliknya beliau hanya sekadar menjadi pemerhati dan melihat perjalanan mesyuarat ini saja.


Dato' Rahman Dahlan turut berkongsi hasrat beliau berbuat demikian adalah atas rasa tanggungjawab mendahulukan rakyat selaras dengan matlamat kerajaan Persekutuan dan dalam masa yang sama interaksi dua hala antara penduduk dan Menteri secara bersemuka diyakini akan memberikan manfaat positif kepada kedua-dua belah pihak.

JPPNK turut melahirkan rasa bertuah mereka apabila kunjungan mengejut Menteri secara tidak langsung terus memberikan respon mengenai permasalahan yang diutarakan di dalam mesyuarat.

Antara respon yang membuatkan JPPNK tersenyum lebar adalah Menteri bersetuju untuk ;
1. Menggantikan pagar di tebing yang tidak beberapa kukuh kerana pagar sedia ada dirasakan tidak stabil dan merbahaya. 
2. Memasang besi penghadang longkang.

Bak kata orang, inilah bagusnya apabila masalah diutarakan secara direct kepada orang yang boleh membuat keputusan. Bagi saya, JPPNK amat bertuah dan tidak salah jika mereka tersenyum sendirian.

Tahniah kepada Jawatankuasa Penduduk kerana rekod terbaik pengurusan di sana telah menyebabkan Menteri teruja untuk melihat sendiri apa yang menjadikan Pangsapuri Nusa Kurnia ini begitu istimewa.

Saturday, March 15

WAN AZIZAH LEBIH CINA DARI CINA #KAJANG #WAWI4Kajang


Pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang memberi kemenangan kepada PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) Mei tahun lalu kerana mereka yakin dan percaya dengan tsunami politik yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun pengundi Cina sedar dengan memberi undi kepada calon pembangkang menyalahi prinsip, tetapi disebabkan janji yang ditabur oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk memberi taraf dan keistimewaan sama rata, masyarakat itu terpaksa membelakangkan apa yang dikatakan pendirian masing-masing.

Ini didedahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang sempat selama hampir dua minggu turun ke Kajang dalam usahanya mendekati masyarakat Cina dan India, sebaik mengumumkan akan turut bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan.


Bagaimanapun, beliau yang menarik diri dua hari sebelum hari penamaan calon pada 11 Mac lalu selepas mendapati Anwar tidak layak bertanding kerana didapati bersalah dalam kes liwat II berkata, Barisan Nasional (BN) perlu mencari kaedah untuk menarik semula sokongan masyarakat Cina ini.

Katanya, PR berjaya menanamkan rasa benci dan marah kaum Cina kepada BN terutama beberapa institusi kerajaan seperti polis dan kehakiman berikutan keputusan yang tidak memihak kepada Anwar dalam kes liwatnya Jumaat minggu lalu.

“Orang Cina Kajang mengundi Anwar (PR) pada PRU tahun 2013 kerana mereka menyangka bahawa tsunami politik yang besar akan berlaku. Malangnya ia tidak menjadi kenyataan. Di sini mereka kecewa dengan Anwar, tetapi masih tidak yakin dan percaya kepada BN.

“Itu yang mereka katakan kepada saya ketika bersama mereka di Kajang selama hampir dua minggu. BN harus mengambil kesempatan ini untuk memujuk mereka dan mendengar sendiri apa yang mereka mahu,” katanya.

Zaid yang juga bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan menaruh harapan masyarakat Cina termasuk lebih 4,000 kaum India di DUN berkenaan beralih corak prinsip dengan memberi kepercayaan kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Namun, katanya, BN perlulah bekerja kuat mendekati kaum sendiri kerana hanya mereka yang boleh memujuk dan menyejukkan hati sesama sendiri serta jangan bersikap sombong ketika pengundi dalam keadaan merajuk.

Beliau turut mengingatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melihat dakyah pembangkang cuba menyabitkan hakim-hakim yang dibeli oleh kerajaan bagi menetapkan keputusan bersalah ke atas Anwar.

“PM mesti melihat trend menyalahkan institusi kerajaan yang digunakan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat ini sebagai suatu yang serius. Tindakan perlu diambil bagi melindungi integriti institusi kerajaan seperti polis dan kehakiman.

“Walaupun pembangkang tidak mempunyai bukti jelas akan campur tangan kerajaan berhubung kes liwat itu, tetapi mereka berjaya meyakinkan rakyat, terutama masyarakat Cina yang begitu taasub kepada Anwar,” katanya.


#MH370 DIRAMPAS!!!! KEMUNGKINAN BERADA ANDAMAN #PrayForMH370


Sudah hampir seminggu, pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) masih gagal ditemui dan pelbagai dakwaan dan andaian kian timbul mengenai kehilangan pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia.

Ini membuktikan bahawa pesawat tersebut mungkin telah dikendalikan oleh seseorang yang berkemahiran tinggi dalam menerbangkan pesawat .

Titik terakhir yang berjaya direkodkan oleh radar tentera membayangkan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan telah terbang menuju ke Kepulauan Andaman yang terletak di India dimana pulau tersebut terletak di lokasi antara Laut Andaman dan Teluk Bengal.

“Waypoints” adalah merujuk titik navigasi lokasi yang dihubungkan denganlongitudedanlatitudeyang mampu membantu juruterbang melalui koridor udara.

Sumber ketiga dalam siasatan tersebut pula berkata inkuiri yang timbul pada waktu sekarang ini lebih menjurus kearah teori bahawa “seseorang” yang pandai mengendalikan pesawat tersebut telah sengaja mengubah haluan pesawat tersebut dari laluan sebenar Kuala Lumpur-Beijing.

“Kami melihat kemungkinan sabotaj dan juga rampasan pesawat dalam situasi ini,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis PDRM.

Kesemua sumber tersebut tidak mahu dikenali kerana mereka tiada kuasa untuk bercakap kepada media dan juga demi memelihara perjalanan penyiasatan tersebut.

Menurut laporan itu juga, Kementerian Pengangkutan bagaimanapun gagal dihubungi dan pendedahan sumber-sumber tersebut menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan terdapat unsur‘foul play’ dalam kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dipetik sebagai berkata siasatan terhadap kehilangan pesawat MH307 ini meliputi siasatan terhadap sama ada terdapatnya mana-mana masalah peribadi dan psikologi penumpang dan kru selain kemungkinan seperti rampasan, sabotaj dan juga kegagalan mekanikal pesawat.

Dengan pelbagai teori dan juga dakwaan bukti-bukti baru, gerakan mencari dan menyelamat pelbagai nasional ditingkatkan lagi hingga menjurus kearah Laut Andaman dan Lautan Hindi.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive