Friday, October 10

GAMBAR MESYUARAT KABINET #BOCOR #Budget2015


Gambar yang berjaya MKP rakamkan sebentar tadi, Suasana selepas mesyuarat kabinet sebelum YAB Datuk Seri Najib Razak bentangkan #Budget2015 dalam 5 jam dari sekarang. Nampaknya Menteri yang hadir berpuas hati dengan apa yang bakal dibentangkan pada Budget2015 selepas solat Jumaat petang nanti. Dari Riak muka Menteri hanya sorang sahaja yang masam mencuka... Datuk Seri Zahid Hamidi.... Tapi kenapa ek......?


Kerajaan dijangka memberi fokus terhadap langkah-langkah pembinaan lebih banyak rumah mampu milik dalam pembentangan Bajet 2015.

Beberapa langkah yang diperkenalkan antaranya kemudahan penuh pinjaman di bawah Skim Rumah Pertamaku atau melanjutkan pengecualian 50 peratus duti setem bagi pembeli rumah kali pertama bernilai di bawah RM400,000.

Kerajaan juga diramal meluaskan insentif yang lebih baik bagi menggalakkan penyertaan pemaju swasta untuk membina kediaman kos sederhana dan rendah dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau unit Projek Perumahan Rakyat yang akan dibina pada tahun depan.

MKP menjangkakan kerajaan memberi kelonggaran sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi pembeli rumah kali pertama untuk hartanah berharga RM400,000 dan ke bawah seperti yang dilobi Persatuan Pemaju Hartanah dan Kediaman sumber dari nota penyelidikan MIDF Research.

Harga lantai hartanah yang boleh dimiliki kepada pelabur asing dinaikkan dan penyediaan pembiayaan lebih murah untuk pembeli kali pertama.

Kerajaan juga dijangka tidak melaksanakan satu lagi pusingan kenaikan cukai keuntungan hartanah (RPGT). 


Perdana Menteri juga menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"BR1M akan diteruskan memandangkan ia merupakan sebahagian daripada manifesto. Ia merupakan sebahagian daripada rasionalisasi subsidi.

"Dengan mengalihkan subsidi menyeluruh kepada sokongan lebih bersasar, kami akan memperoleh nilai wang yang lebih baik," katanya.

Najib juga menegaskan mengenai pentingnya meneruskan langkah-langkah mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan bajet seimbang dicapai pada 2020.

Beliau menambah bahawa kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, yang meliputi pengurangan defisit kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun dan tiga peratus pada akhir 2015.

Thursday, October 9

TERKINI..... BOM KEDUA DI BUKIT BINTANG SATU MAUT 13 CEDERA


Bom Kedua berjaya dimusnahkan oleh Skuad Pemusnah BOM PDRM sebentar tadi. Ini adalah petanda tidak baik untuk Malaysia. Macam-macam benda yang pelik berlaku di Malaysia sekarang ini.

Kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur digemparkan dengan kejadian letupan bom dipercayai bom tangan depan sebuah kelab malam di Sun Complex.

Kejadian jam 4.20 pagi Khamis itu menyebabkan seorang maut dan 13 lagi cedera.

Mangsa yang mati akibat cedera patah ialah seorang joki kereta di kenali sebagai Tiong Kwong Yie, 36.

Selain rakyat tempatan antara mereka yang cedera ialah rakyat China,Thailand dan Singapura.

Polis tidak menolak kemungkinan letupan itu gara-gara permusuhan antara kongsi gelap.

Sun Complex di Jalan Bukit Bintang itu terletak berdekatan dengan Sungai Wan Plaza dan Plaza Low Yat yang merupakan pusat membeli belah popular di situ.


Sebanyak empat kenderaan juga rosak dalam kejadian tersebut.

Dipercayai letupan itu berpunca dari bom jenis hand grenade (bom tangan) yang dicampak dari tingkat dua bangunan ke bawah, sebiji meletup dan sebiji lagi ditemui tidak meletup di bawah kereta.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.

"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya.

Katanya, semua mangsa termasuk seorang yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala tujuh lagi dihantar ke Hospital Tung Shin untuk rawatan lanjut.

"Kami sedang mengenal pasti motif sebenar kejadian, latar belakang mangsa dan bahan letupan yang digunakan. Kami menerima panggilan daripada orang awam pada 4.25 pagi berhubung kes itu," katanya.

Sementara itu, polis akan membuat siasatan menyeluruh berhubung kes letupan itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan polis dan masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian dengan sebarang kemungkinan termasuk tindakan pengganas.

SEMENTARA ITU, Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan 11 daripada mangsa kejadian letupan bom di Bukit Bintang iaitu tujuh lelaki dan empat wanita mendapat rawatan di situ .

Jurucakap HKL berkata, ia membabitkan lima warga tempatan, empat warga China serta masing-masing seorang warga Thailand dan Singapura.

Bagaimanapun seorang warga tempatan yang menjalani rawatan pembedahan di HKL meninggal sebentar tadi.

Manakala 10 lagi mangsa masih mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan, dua daripadanya di zon merah.

Setakat ini, mangsa yang meninggal dunia masih belum dibedah siasat.

Sementara itu, pihak kedutaan berkaitan sudah dimaklumkan dan hadir ke HKL untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Wednesday, October 8

MENGAMUK DI PARLIMEN...... @MPKOTABELUD @GOTEAMRD


Nampaknya ramai Ahli Parlimen yang melompat apabila disindir oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan.Maklumlah DAP nie memang suka benda yang haram serta melanggar peraturan seperti mana berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini. 

Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) oleh Kerajaan Persekutuan di peringkat bandar tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan tiada pertindihan dengan tugas ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, terdapat perbezaan fungsi antara JPP dan ahli majlis PBT terutama dari segi bidang penguatkuasaan undang-undang.

"Tiada isu JPP mahu mengambil alih tugas ahli majlis PBT kerana JPP tiada sebarang kuasa untuk melakukan sebarang dakwaan atau mengenakan bayaran atau fi seperti PBT.

"Sebaliknya JPP ditubuhkan untuk membantu PBT yang kita fikir mungkin tidak mampu menangani isu-isu lain penduduk di kawasan bandar yang pastinya bukan hak mutlak kerajaan tempatan sahaja," katanya ketika menjawab soalan tambahan Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) di sini hari ini.

Su mahu tahu sama ada pelantikan JPP melanggar Perlembagaan Persekutuan dan cubaan untuk mengambil alih fungsi ahli majlis PBT.

Kepada soalan asal Su yang ingin tahu keperluan Kerajaan Persekutuan menubuhkan JPP dengan peruntukan sebanyak RM63 juta setahun serta kriteria yang diguna pakai untuk melantik anggota JPP, Abdul Rahman berkata:

"JPP adalah satu mekanisme Kerajaan Persekutuan bagi penduduk Bandar menyalurkan aduan dan pandangan kepada pihak berkuasa.

"Ia amat diperlukan susulan proses pemesatan bandar kerana sehingga kini 70 peratus penduduk di negara ini tinggal di kawasan bandar," katanya.

Sementara itu katanya, kriteria yang diguna pakai untuk melantik anggota JPP ialah antaranya penduduk yang bermastautin di kawasan berkenaan, berusia antara 21 dan 65 tahun serta kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta bukan dalam kalangan ahli majlis yang sedang berkhidmat.

Untuk penyelarasan JPP di setiap PBT, kerajaan katanya meluluskan 184 perjawatan Unit Kesejahteraan Bandar yang terdiri daripada Gred M44, N32, N27 dan N17 yang akan ditempatkan di PBT terpilih sebagai sekretariat JPP di peringkat negeri.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive