Ulasan REDMI 17 5G – Kelas Permulaan Yang Memeningkan
-
Peranti REDMI bukan satu nama yang asing untuk peranti kelas permulaan dan
juga pertengahan kerana menawarkan spesifikasi yang menarik pada harga yang
mamp...
Wednesday, November 19
BROKER & BARUA mendokong PasMa – Ahli Pas
Marah betul ahli dan penyokong Pas dengan penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang bertindak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam parti itu.
Mereka menyifatkan PasMa mempunyai motif tertentu untuk memecah belahkan Pas yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Lebih ketara apabila kesempatan diambil sebuah NGO propembangkang, Prime Care Malaysia yang menganjurkan beberapa program bersifat mencari serta mendedahkan keburukan kepimpinan Pas sedia ada.
Sebagai contoh, program terbaru anjuran NGO itu, Sembang Kafe Politik pada 15 November lalu, yang terpaksa dibatalkan setelah didesak adalah wacana yang bakal mencetuskan kemarahan ahli terhadap Pas.
Seorang ahli Pas dari ranting Putrajaya, yang mahu dikenali sebagai Sulaiman berkata, beliau kesal dengan sikap segelintir pemimpin parti itu sanggup menjadi dalang kepada penubuhan PasMa walaupun jelas matlamatnya bercanggah dengan dasar dan prinsip parti.
Lebih mengecewakan, katanya, apabila ada ahli membantah penubuhan PasMa, muncul beberapa 'broker dan barua' mempersoalkan tindakan itu dengan hanya mengatakan ia sebuah NGO, bukan parti baharu.
"Masalahnya 'broker dan barua' yang mempersoalkan bantahan ini adalah pemimpin yang mendapat jawatan dalam biro politik peringkat pusat. Inilah jenis pemimpin yang bercakap tidak habis dan lidah bercadang.
"Puak ini seolah-olah tidak tahu langsung segala tindak tanduk jahat PasMa walaupun banyak bukti boleh dikaitkan dengan niat tidak baik NGO itu," dakwanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Prime Care Malaysia yang menganjurkan program bersifat mencetuskan kemarahan ahli Pas baru-baru ini.
Bagaimanapun, program yang dijadulkan diadakan di sebuah restoran di Batu Caves, Selangor itu pada 15 November lalu terpaksa dibatalkan di saat akhir setelah mendapat bantahan daripada kepimpinan Pas Pusat.
Sulaiman mengajak pemimpin, ahli dan penyokong Pas seluruh negara, sebelum menerima kewujudan PasMa, perlu terlebih dahulu melihat objektif dan perjuangan NGO berkenaan yang jelas bercanggah dengan dasar serta prinsip perjuangan parti.
"Jangan tengok pada objektif bertulis PasMa sahaja, perhatikan juga tindak-tanduk mereka. Kotor sungguh ahli politik seperti ini. Kewujudan mereka mengotorkan parti lebih banyak daripada membersihkan parti.
"Mereka sanggup menyembunyikan polisi serta peraturan sebenar Pas terhadap ahli khususnya yang berkait rapat dengan penubuhan serta keahlian NGO itu," kata beliau.
Dakwa beliau, PasMa adalah musuh dalam selimut kepada Pas sebab mempunyai matlamat tersirat dengan menyokong penubuhannya.
"Matlamatnya hendak menjatuhkan Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) dan hendak membubarkan Majlis Syura Ulama Pas,” katanya
Tuesday, November 18
Kerajaan Negeri DAP Penjualan Tanah Untuk Jana Pendapatan Negeri. @jaharahamid @Dzainaiabidin
Kerajaan Negeri PulauPinang bergantung kepada Penjualan Tanah Untuk Jana Pendapatan Negeri.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2015 menganggar akan memperoleh Hasil sebanyak RM656,931,750. Dari jumlah ini sebanyak RM441,978,850 adalah dari Hasil Bukan Cukai. Ia menyumbang 67.28% kepada jumlah keseluruhan Hasil kerajaan Negeri pada tahun hadapan, selebihnya dari Hasil Cukai dan Terimaan Bukan Hasil.
Pendapatan dari Penjualan Barang-barang berjumlah RM308,496,500 menyumbang sebanyak 69.80% kepada Hasil Bukan Cukai bagi 2015. Dari jumlah itu, Premium Tanah menyumbang RM 307,000,000 atau 99.51%. Ini adalah hasil dari Pemberian Milik Bayaran Khas - RM235,000,000; Pemberian Hak Milik - RM 50,000,000; dan Tukar Syarat - RM 22,000,000.
Bagi 2015, Premium Tanah turut menyumbang 46.73% kepada keseluruhan Hasil yang akan diperoleh oleh kerajaan negeri pada 2015. Amat jelas hasil Premium Tanah merupakan penyumbang terbesar bagi hasil kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Penyata Kewangan 2013 menunjukkan Hasil Bukan Cukai sebanyak RM511.71juta diperoleh kerajaan negeri. Perolehan daripada Jualan Barang-barang (termasuk Premium Tanah) menyumbang RM366.18juta (71.56%) kepada Hasil Bukan Cukai atau 43.92% kepada jumlah keseluruhan Hasil bagi tahun berkenaan.
Bermula dari tahun 2011, kerajaan negeri telah dengan nyata menjual tanah kepada pemaju. Bermula dengan penjualan Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory SB berjumlah RM1.07 billion dengan tempoh bayaran selama 5 tahun akan memastikan kerajaan negeri memperoleh pendapatan untuk tahun-tahun berikutnya.
Pada 12 Oktober 2013, kerajaan negeri menjual tanah seluas 39.54 ekar pada harga jualan RM65.34 juta kepada PE Land Sdn Bhd. untuk pembinaan "premium retail outlet", hotel mewah dan lain-lain.
Pada 10 Januari 2014, Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 245 ekar kepada Aspen Land Sdn Bhd dengan harga RM484 juta bagi pembinaan pusat membeli belah dan pembangunan bercampur. Aspen Land juga diberikan tempoh 60 bulan untuk menjelaskan harga pembelian tanah tersebut.
Pada 25 Mac 2014, kerajaan negeri menjual tanah seluas 30 ekar kepada Paramount Corp Berhad dengan harga RM65.56 juta.
Pada 15 September 2014 Eco World Development Group Berhad dilaporkan bersetuju menerima tawaran membeli tanah seluas 470 ekar di Batu Kawan pada harga RM1.02 billion untuk pembinaan padang golf dan pembangunan bercampur.
Adalah menasabah untuk merumuskan bahawa kerajaan negeri banyak bergantung kepada pemberian Hak Milik Tanah dan/atau penjualan tanah milik negeri sebagai sumber kewangan negeri.
Berdasarkan fakta-fakta diatas kenyataan Ketua Menteri yang menyangkal bahawa Pulau Pinang di bawah pimpinan beliau bergantung besar kepada hasil jualan tanah adalah tidak masuk akal sama sekali!
Kenyataan Media
YB Dato'Jahara Hamid
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
18 November 2014
Sunday, November 16
@AhmadMaslan akan cadangkan harga RON95 diturunkan.....
MKP amat setuju jika harga Minyak Ron95 dikaji serta diturunkan mengikut harga pasaran minyak dunia. Kalau tak bagi subsidi pun bagus jugak kerana yang banyak menggunakan minyak subsidi ini adalah golongan yang mempunyai kereta besar tangkinya..........
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga minyak RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong.
Beliau berkata penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana telah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.
"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini, apabila harga minyak pada US$70 hingga US$75 setong, maka ia akan melepasi daripada tahap subsidi RM2.30 seliter.
"Saya secara peribadi, selaku Timbalan Menteri Kewangan, akan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga minyak RM2.30 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup penerangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di sini, hari ini.
Ketika ini minyak mentah Brent berada pada paras US$79.41 setong.
Ahmad berkata beliau juga akan mencadangkan supaya tiada sebarang cukai jualan dikenakan ke atas minyak berkenaan.
"Kenapa tidak perlu cukai jualan ini kerana pada saat dan ketika ini pun kita tidak mengenakan cukai jualan," katanya.
Dalam pada itu, katanya sekiranya harga minyak berkenaan diturunkan, beliau berharap para peniaga turut menurunkan harga barangan mereka kerana sering kali menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan menaikkan harga barangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS - Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com


