Monday, May 30

BIAR KURANG CERDIK , JANGAN PULAK KURANG AJAR.......


Memang tak siapa pun boleh menghalang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar melalui pelbagai media sosial tetapi janganlah sampai menggunakan perkataan kesat baik untuk mana-mana parti yang bertanding.

Siapa pun yang disokong, berkempenlah dengan cara berhemah daripada terus mencaci dan menghina secara terbuka di laman-laman seperti facebook, Instagram dan sebagainya.

Sebagai rakyat, kita diberi peluang untuk menzahirkan ketidakpuasan hati melalui sistem demokrasi yang akan berlaku pada hari pengundian pada 18 Jun ini.

Tidak ada pemimpin yang sempurna dan tidak ada pemimpin yang mampu memuaskan hati rakyat sepenuhnya.

Ingatlah bahawa mencaci atau mengeji calon tidak akan membawa sebarang faedah kepada sesiapa sebaliknya boleh mencetuskan suasana tidak harmoni sepanjang kempen berjalan.

Suka atau tidak, biarlah calon berkempen melalui media multimedia online dari rumah serta mewakilkan anaknya bertemu dengan rakyat secara langsung seperti kebiasaannya.

Jika benar ada niat untuk membantu calon yang disukai melalui media sosial, janganlah berkempen dengan mengeluarkan kata-kata kesat sebaliknya berkempenlah dengan cara berhemah.

Pencalonan isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Kahir-il Anuar Wan Ahmad iaitu Datin Mastura Mohd Yazid tidak menyalahi melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam hanya kerana beliau dicalonkan atas cadangan daripada pihak lain.

Bagaimanapun Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata beliau tidak dibenarkan untuk keluar berkempen termasuk keluar ke masjid untuk berkempen sehingga tempoh edahnya berakhir.

“Tiada masalah untuk Mastura dicalonkan sebagai calon PRK di Kuala Kangsar. Beliau cuma tidak boleh keluar berkempen. Masa penamaan calon atau pengumuman keputusan PRK pun dia tak boleh keluar.

"Bagaimanapun beliau masih boleh keluar kalau dia nak mencari makanan, pergi ke hospital mendapatkan rawatan dan meluaskan perniagaannya,” kata Harussani

Mengulas lanjut mengenai pencalonan itu Harussani berkata sebelum kerajaan memutuskan untuk mencalonkan Mastura hal tersebut telah dirujuk kepada beliau terlebih dahulu.

“Memang Perdana Menteri merujuk kepada saya dahulu, dia tanya bolehkah Mastura dicalonkan sebagai calon PRK Kuala Kangsar. Saya kata boleh. Menteri Besar Perak pun ada tanya saya dan saya kata boleh,” katanya.

Friday, May 20

WAKIL RAKYAT PUN KENA TIPU....... @PetraJayaMP


Wakil rakyat Pulau Pinang kena kapur mengenai Jambatan Ketiga Pulau Pinang.

Berikut adalah kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya kerajaan Persekutuan menolak permohonan membina jambatan ketiga negeri itu.

Kenyataan Media Menteri Kerja Raya

Saya terkejut dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mendakwa Kerajaan Persekutuan telah menolak permohonan kerajaan negeri atau memberi kesukaran kepada mereka untuk membina jambatan ketiga Pulau Pinang berbanding terowong bawah laut.

Saya telah membuat penelitian di kementerian saya dan mendapati tiada permohonan seumpama itu mahupun perbincangan dengan kementerian ini bagi membina jambatan ketiga Pulau Pinang.

Selain itu. tiada sebarang rekod akan sebarang permohonan atau perbincangan mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang di mana ia turut memerlukan kelulusan daripada kementerian saya sebelum ia dibina atau dibuka kepada laluan trafik.

Mungkin pihak Ketua Menteri dapat memberi penjelasan bila permohonan itu dibuat dan bila kementerian ini menolak permohonan mereka untuk membina jambatan ketiga Pulau Pinang.

Saya amat berharap Kerajaan Pulau Pinang mengendalikan masalah politik dalaman antara gabungan Pakatan Harapan atau skandal, dan tidak cuba mempergunakan Kerajaan Persekutuan sebagai helah dan menyelamatkan diri.

DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri
Kementerian Kerja Raya Malaysia

Wednesday, May 11

Prasarana Mahu Tingkatkan Perkhidmatan Tren Metro Mekah @azmiaziz60 @NajibRazak


Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan operasi Al-Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), Mekah yang lebih mantap semasa musim haji tahun ini.


Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, berbekalkan pengalaman pertama tahun lalu, persiapan sedang dijalankan secara berperingkat sejak akhir tahun lepas mengikut urutan masa yang dirangka bersama-sama dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan kelancaran operasi.

Bagi musim haji 2016, perkhidmatan MMMSL akan bermula pada 8 September atau 7 Zulhijjah dan berakhir pada 14 September bersamaan dengan 13 Zulhijjah. Menggunakan 15 tren 12-gerabak, perkhidmatan MMMSL akan mengendalikan lebih 350,000 penumpang sehari khususnya pada dua hari kemuncak haji pada 9 dan 10 Zulhijjah.

"Seperti yang kita sedia maklum, operasi sebenar perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro ini adalah untuk tujuh hari sahaja tetapi, persiapan yang kami lakukan adalah berterusan sepanjang tahun berdasarkan jadual kerja yang telah ditetapkan.

"Ini termasuk operasi pra-percubaan selama 30 hari sebelum operasi, percubaan selama 60 hari dan Pelan Tindakan Kecemasan atau ERP (Emergency Response Plan) yang telah kami rancangkan pada 1 September ini.


"Ini adalah projek yang menjadi keutamaan kami di Prasarana khususnya PRIME (Prasarana Integrated Management & Engineering Services) yang kini sedang membuat bidaan untuk beberapa projek-projek lain di Timur Tengah sebagai inisiatif untuk meningkatkan hasil untuk Kumpulan Prasarana dan membuka pintu untuk syarikat-syarikat Malaysia yang lain," katanya

Untuk operasi musim haji 2016 ini, perkhidmatan MMMSL akan bermula pada pada 8 September, bersamaan dengan 7 Zulhijjah, dan berakhir pada 14 September ataupun pada 13 Zulhijjah.

"Ketika tempoh operasi itu, kami akan mempunyai lebih 7,000 orang petugas termasuk kira-kira 400 rakyat Malaysia khususnya daripada Prasarana dan anak-anak syarikatnya," tambahnya.

Menurut beliau, kerja-kerja penyelenggaraan tren sebenarnya telah berjalan berterusan selepas musim haji yang lepas tetapi pada kadar minimum dan meningkat mengikut jadual tugasan. Dengan rangkaian sepanjang 18.1km yang menghubungkan lokasi-lokasi ibadah haji, laluan MMMSL mempunyai sembilan stesen – Arafah 1, Arafah 2, Arafah 3, Mudzalifah 1, Mudzalifah 2, Mudzalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Mina 3 (Jamarat).

"Secara am, terdapat cuaca yang tidak menentu di Mekah pada ketika ini kerana perubahan musim dengan terdapat beberapa kejadian hujan lebat dan ribut pasir di sekitar Arafah. Kami difahamkan bahawa cuaca ketika musim haji di bulan Zulhijjah nanti diramalkan panas," katanya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive