Monday, July 4

Sistem Pengangkutan Awam Sistematik Untuk Masa Depan @AzmiAziz60 @MyRapidKL @NajibRazak


Kepentingan sebuah bandar sebagai pusat aktiviti di mana ekonominya berorientasikan perkhidmatan (termasuk pelancongan) kini semakin meningkat. Rangkaian pengangkutan perlu mampu menyokong pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan populasi dan kepelbagaian aktiviti di bandar.

Telah terbukti diperingkat global bahawa sistem pengangkutan yang teratur dan komprehensif dapat membantu menyumbang kepada kemakmuran ekonomi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan bandar mendapat tekanan daripada pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang pesat. Pengangkutan awam menjadi salah satu daripada masalah utama rakyat di bandar kerana ia memberi impak secara langsung kepada kehidupan harian mereka.

Walaupun sepantas mana negara kita membangun, jalan raya tidak akan cukup untuk menampung keperluan kenderaan yang terus bertambah bilangannya.

Justeru, sistem pengangkutan awam yang cekap dan boleh diharap amat diperlukan.

Sehubungan itu, kerajaan BN telah membina sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan komuter serta menambah perkhidmatan bas bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam.


Pertambahan laluan LRT dan komuter akhirnya akan menggabungkan sejumlah 34 kilometer landasan baharu dan 13 stesen baharu untuk kawasan Kelana Jaya dan Ampang di Lembah Klang.

Dalam pada itu, BN dalam manifestonya turut membuat aku janji untuk mengembangkan lagi perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

BN juga bercadang memperluaskan sistem rel Transit Aliran Massa (MRT), LRT dan komuter dan membina terminal bas, rel dan teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar.

Dalam masa sama, BN membuat aku janji untuk menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap untuk memudahkan rakyat dan meningkatkan jumlah permit teksi individu.

Turut akan dilaksanakan adalah rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Bagi Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor, usaha BN memperkasa sistem pengangkutan awam mampu melancarkan aktiviti harian rakyat.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan dalam mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid di seluruh negeri serta memperluas sistem rel dan projek MRT juga akan mempertingkatkan ekonomi negara.

"Penekanan sistem pengangkutan bas di setiap negeri membantu aliran pengurusan harian penduduk setempat menjadi lebih lancar serta membantu mereka yang menjalankan perniagaan kerana menepati masa itu sangat berharga," katanya.

Sementara itu, beliau menyambut baik kandungan manifesto itu yang turut menyenaraikan projek-projek yang sedang dilaksanakan BN termasuk memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Menurut beliau, langkah memperkenalkan pengangkutan canggih itu akan membuka lebih banyak peluang bagi perdagangan rentas sempadan serta pelaburan di kedua- dua negara.

Turut disenaraikan dalam bahagian projek-projek yang sedang dilaksanakan adalah sistem MRT yang akan diintegrasikan dengan LRT, komuter, monorel dan rangkaian bas bandar.

Saturday, July 2

@MyRapidKL PENGENDALI MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) @AzmiAziz60 @ShahrilMokhtar


Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dan Rapid Rail Sdn Bhd, menandatangani perjanjian penyerahan serta pengoperasian, yang secara rasminya melantik Rapid Rail sebagai pengendali Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Selain keperluan operasi bagi laluan berkenaan, perjanjian itu juga memperincikan obligasi Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, melibatkan penyelenggaraan gerabak, stesen, sistem dan aset lain.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata ia merupakan saat bersejarah bagi MRT Corp kerana ia menandakan transformasi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang daripada projek yang dalam pembinaan, ke arah pengoperasian laluan berkenaan.

"Sepanjang enam tahun lepas, MRT Corp bekerja keras untuk mewujudkan sistem MRT moden, dan kini kami menghampiri saat penyerahan projek yang kami wujudkan kepada pengendali yang dilantik," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Menerusi perjanjian itu, Rapid Rail dilantik sebagai pengendali untuk tempoh 10 tahun, dengan pilihan membolehkan lanjutan tempoh selama lima tahun lagi.

Perjanjian itu disediakan atas dasar terma pajakan aset dengan Rapid Rail memajak daripada MRT Corp dengan bayaran tahunan, kata MRT Corp.

"Rapid Rail akan menjalankan operasi laluan MRT dan mengekalkan semua tambang yang dikutip, manakala MRT Corp akan mengekalkan hasil bukan tambang, seperti pendapatan daripada pengiklanan dan pajakan runcit.

"Tambang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya.

Rapid Rail juga bertanggungjawab ke atas menyelenggara aset.

Bagaimanapun, kos pembersihan utama akan ditanggung oleh MRT Corp, sebagai pemilik aset.
MRT Corp akan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke atas Rapid Rail bagi memastikan aset beroperasi pada tahap tertinggi.

KPI itu juga akan membolehkan MRT Corp mengoptimumkan kos kitaran hayat pengurusan aset.

Pada akhir tempoh pajakan, aset akan dikembalikan kepada pemilik aset dalam situasi yang saksama.

Prasarana juga akan mengendalikan sistem bas pengantara yang akan menyediakan sambungan pertama hingga ke peringkat akhir dalam rangkaian MRT.

Fasa pertama Laluan SBK - antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan - akan mula beroperasi pada Disember 2016, manakala operasi peringkat kedua yang meliputi keseluruhan laluan, bermula pada Julai 2017.

Untuk itu, penyerahan oleh MRT Corp kepada Rapid Rail akan dijalankan dalam dua peringkat mengikut dua tarikh operasi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan Prasarana atau anak syarikatnya, akan mengendalikan operasi Laluan SBK, laluan pertama Projek MRT Lembah Klang yang dibangunkan oleh MRT Corp.

Ini bagi memastikan integrasi lengkap perkhidmatan MRT dengan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan perkhidmatan monorel sedia ada yang dikendalikan oleh Rapid Rail.

MRT Corp akan kekal sebagai pemilik aset Laluan SBK.

Friday, July 1

Tidak Lagi Berdepan Kesesakan #LEPRapidKL @MyRapidKL @AzmiAziz60 @NajibRazak


Sejurus mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009, Datuk Seri Najib Razak telah meletakkan pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien menjadi satu daripada fokus utamanya.

Oleh itu, di bawah NKRA kita tetapkan bahawa pengangkutan awam mesti diberi keutamaan yang tinggi. Perdana menteri berkata sebelum ini ada vakum dalam sistem pengangkutan dan sistem tidak bersepadu yang tidak dapat menampung keperluan sebuah bandar moden dan keadaan kesesakan lalu lintas yang semakin serius.

Beliau berkata projek integrasi pengangkutan awam yang menelan belanja RM8 bilion itu juga merupakan inisiatif kerajaan demi kesejahteraan penduduk dan pengunjung di Lembah Klang.

Dengan adanya sistem pengangkutan awam yang lebih baik, kerajaan juga menyasarkan jumlah pengguna pengangkutan awam akan meningkat daripada 21 peratus kini kepada 40 peratus menjelang 2030, kata Najib.


Sebanyak 25 stesen baharu LRT dalam jajaran Kelana Jaya dan Ampang mula beroperasi semalam.

Antaranya ialah stesen Puchong Perdana, Puchong Prima, Ara Damansara, Subang Jaya, USJ 7, Awan Megah dan Putra Heights.

Najib berkata sambungan jajaran yang memasuki kawasan petempatan tinggi seperti Kinrara, Puchong dan Subang Jaya juga bakal melonjak bandar-bandar itu menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi baharu pada masa akan datang.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Projek sambungan jajaran sistem Transit Aliran Ringan (LRT) akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara, khususnya di kawasan Lembah Klang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ini kerana sistem pengangkutan awam yang berkesan di bandar-bandar utama merupakan nadi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Katanya kajian yang dijalankan oleh Bank Negara juga menunjukkan bahawa kesesakan lalu lintas di bandar boleh menyebabkan kepada pengurangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak dua peratus.

"Kalau kita dapat pengangkutan awam yang efisien, kurangkan kesesakan lalu lintas, maka kadar pertumbuhan KDNK negara juga dapat meningkat sebanyak dua peratus,"

Beliau berkata projek yang dimulakan pada tahun 2011 ini juga merupakan projek ekonomi berimpak tinggi dengan kajian menunjukkan bahawa kadar pulangan dalam ekonomi boleh mencapai sehingga 25 peratus.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive