Monday, July 4

Sistem Pengangkutan Awam Sistematik Untuk Masa Depan @AzmiAziz60 @MyRapidKL @NajibRazak


Kepentingan sebuah bandar sebagai pusat aktiviti di mana ekonominya berorientasikan perkhidmatan (termasuk pelancongan) kini semakin meningkat. Rangkaian pengangkutan perlu mampu menyokong pertumbuhan ekonomi, pertumbuhan populasi dan kepelbagaian aktiviti di bandar.

Telah terbukti diperingkat global bahawa sistem pengangkutan yang teratur dan komprehensif dapat membantu menyumbang kepada kemakmuran ekonomi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan bandar mendapat tekanan daripada pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang pesat. Pengangkutan awam menjadi salah satu daripada masalah utama rakyat di bandar kerana ia memberi impak secara langsung kepada kehidupan harian mereka.

Walaupun sepantas mana negara kita membangun, jalan raya tidak akan cukup untuk menampung keperluan kenderaan yang terus bertambah bilangannya.

Justeru, sistem pengangkutan awam yang cekap dan boleh diharap amat diperlukan.

Sehubungan itu, kerajaan BN telah membina sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan komuter serta menambah perkhidmatan bas bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam.


Pertambahan laluan LRT dan komuter akhirnya akan menggabungkan sejumlah 34 kilometer landasan baharu dan 13 stesen baharu untuk kawasan Kelana Jaya dan Ampang di Lembah Klang.

Dalam pada itu, BN dalam manifestonya turut membuat aku janji untuk mengembangkan lagi perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.

BN juga bercadang memperluaskan sistem rel Transit Aliran Massa (MRT), LRT dan komuter dan membina terminal bas, rel dan teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar.

Dalam masa sama, BN membuat aku janji untuk menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap untuk memudahkan rakyat dan meningkatkan jumlah permit teksi individu.

Turut akan dilaksanakan adalah rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Bagi Ketua Penyelidikan dan Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Shazali Abu Mansor, usaha BN memperkasa sistem pengangkutan awam mampu melancarkan aktiviti harian rakyat.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan dalam mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid di seluruh negeri serta memperluas sistem rel dan projek MRT juga akan mempertingkatkan ekonomi negara.

"Penekanan sistem pengangkutan bas di setiap negeri membantu aliran pengurusan harian penduduk setempat menjadi lebih lancar serta membantu mereka yang menjalankan perniagaan kerana menepati masa itu sangat berharga," katanya.

Sementara itu, beliau menyambut baik kandungan manifesto itu yang turut menyenaraikan projek-projek yang sedang dilaksanakan BN termasuk memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Menurut beliau, langkah memperkenalkan pengangkutan canggih itu akan membuka lebih banyak peluang bagi perdagangan rentas sempadan serta pelaburan di kedua- dua negara.

Turut disenaraikan dalam bahagian projek-projek yang sedang dilaksanakan adalah sistem MRT yang akan diintegrasikan dengan LRT, komuter, monorel dan rangkaian bas bandar.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive