RAPID

Monday, July 25

WANG 1MDB HILANG...


1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak boleh berkata atau mendakwa wang yang dipindahkan daripada Aabar Investment PJS Ltd atau Aabar BVI kepada usahawan Pulau Pinang, Jho Low, syarikat penerbitan Red Granite Pictures dan Khadem Abdullah al-Qubaisi, adalah miliknya.

Khadem ialah Pengerusi Aabar Investment PJS Ltd.

Dengan menganalisis dakwaan terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang berbilion dicuri daripada dana negara, Laporan LSS: "Jika wang dari sini dicuri, ia dicuri daripada International Petroleum Investment Co (IPIC) dan bukannya 1MDB.

"Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama dengan Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, perbincangan itu adalah dengan Khadem sebagai pengerusi yang sah dan Pengarah Urusan Mohamed Badawy Al-Husseiny."

DOJ baru-baru ini memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset daripada dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

Bagi 1MDB, Aabar BVI adalah sah dan dimiliki International Petroleum Investment Co (IPIC).

"Untuk 1MDB mendakwa yang wang itu kepunyaan mereka akan bermakna semua kes arbitrasi London di antara IPIC dan ia akan musnah.

"1MDB akan kehilangan berbilion dolar manakala IPIC Abu Dhabi akan terlepas tanpa sebarang tuduhan.

"Ini berlaku walaupun kedua-dua eksekutif paling kanan IPIC, iaitu bekas Pengarah Urusan, Khadem daripada 2007 hingga 2015 dan Pengarah Urusan Aabar PJS, Mohamed Badawy dinamakan sebagai sebahagian daripada kes DOJ dan rampasan aset berkenaan,".

Apa yang 1MDB perlu memberi tumpuan sekarang ialah memenangi kes arbitrasinya dengan membuktikan yang dua eksekutif kanan Aabar dan IPIC telah bertindak dengan kuasa penuh lembaga dan semua semakan telah menunjukkan Aabar-BVI secara sah dimiliki kedua-dua entiti berkenaan.

"1MDB percaya ia mempunyai bukti yang cukup untuk memenangi kes tersebut. Ia secara sengaja enggan menjelaskan pembayaran faedah yang dijadualkan ke atas bon, walaupun mempunyai RM3 bilion dalam bank ketika itu dan membenarkan dua bon 1MDB yang dijamin IPIC untuk mungkir, dengan itu mencetuskan jaminan daripada IPIC dan memaksanya untuk menjelaskannya,".

Jika 1MDB memenangi kes ini, US$4.5 bilion dalam aset boleh didapatkan kembali daripada IPIC.

"Jika keadaan ini terjadi, IPIC mungkin akan mengambil alih bon US$3.5 bilion dan membenarkan 1MDB menyimpan US$1 bilion yang telah dibayarnya sebelum ini.

"IPIC kemudian akan menjadi pihak yang bertanggungjawab untuk menuntut kembali aset US$4.5 dalam Aabar-BVI,"

Mengenai persoalan mengenai berapa banyak wang rakyat yang telah hilang setakat ini disebabkan saman sivil DOJ, beliau berkata, setakat ini tidak ada.

"Disebabkan jumlah yang didakwa dicuri adalah daripada pinjaman yang 1MDB ambil, tidak ada wang rakyat Malaysia telah hilang.

"Ini dengan mengandaikan pertikaian IPIC boleh diselesaikan dengan memihak 1MDB dan bon US$1.5 bilion Global Investment Limited (GIL) diperoleh kembali,"

Adalah penting untuk mengetahui yang selain daripada bon US$3.5 bilion bon yang menjadi pertikaian dengan IPIC, 1MDB tidak memungkiri sebarang pinjaman atau bon.

"Malah, banyak pinjaman telah dibayar atau diselesaikan sepenuhnya,"

Jika 1MDM mampu memenangi arbitrasi IPIC dan mendapat kembali dana GIL US$1.5 bilion, ia boleh menyatakan yang tidak ada wangnya hilang atau dicuri.

"Ini bermakna adalah mustahil untuk Jho Low, Red Granite, Khadem atau sesiapa sahaja untuk mencuri wang daripada 1MDB untuk membeli atau melabur dalam semua aset yang Biro Penyiasatan Persekutuan kini mahu merampasnya,".

17 comments:

Anonymous said...

Harap penulis blog ni tidak menjadi gila dalam usaha untuk terus membela PM Perasuah yang paling besar dalam sejarah.

Anonymous said...

Harap tuan tidak menjadi gila dikencing WSJ dan SR serta yahudi amerika.

Anonymous said...

Terlalu ramai sangat instant curry mee lawyers and judges di Malaysia. Tak payah la hangpa semua buat kalut dan mendahului DOJ of US dlm membuat siasatan.

Anonymous said...

Setuju dengan admin. Dalam rekod 1MDB tiada wang yg hilang. Kalau wang pelaburan 1MDB yg telah dibayar kepada IPIC melalui Aabar 1V atas kehendak IPIC itu hilang selepas pembayaran dibuat, itu masalah IPIC sendiri dan tak de kena mengena lagi dengan 1MDB. Justeru yg hilang itu ialah wang IPIC dan bukan wang 1MDB. Lagipun, mungkin juga wang yg diterima oleh IPIC/Aabar 1V tidak hanya diterima dari 1MDB sahaja tetapi juga dari pihak2 lain juga.

Anonymous said...

Ooiii....pandainya buat andaian. Eehh....eehh... kalah nujum pak belalang.

Anonymous said...

Merapiklah, mana ada nujum pak belalang? Alahai semuanya telah ada dalam blog2. Mahu atau mahu baca sahaja. Atau tak faham / pura2 tak faham apa yg dibaca kerana pemakan dedak ANC/pembangkang.

Anonymous said...

Our PM will never give up.... be strong

Anonymous said...

Camner Najib nak selekor. Ke Kanan Berlebam, Ke Kiri bernanah, kedepan berbusuk kalah bauan mayat terbujur tujuh hari. Bersantaplah brader segala lebam, Nanah dan kehanyiran tubuh Najib, demi berisi perut lu dan kesemua kesayangmu yang memakan hasil ini. Lu Tanggunglah di dunia dan akhirat nanti dari hasil perbuatan lu yang lu hidangkan kepada semua yang disayangi.

Anonymous said...

Apa pasal bodoh sangat. 1MDB bukan syarikat jual kacang putih. Semua akaunnya diaudit oleh juru audit berdaftar dalam dan luar negara. Yang buatkan cerita dan fitnah adalah pembangkang. Yang kesiannya percaya 120%.

Anonymous said...

Segala kekecohan di Malaysia ini disebabkan oleh ketamakkan Mahathir, kroni2 dan pembangkang. Kerana tamak dan nak rampas harta benda rakyat, mereka cipta fitnah ke atas PM. Rakyat perlu bersatu dan tolak Mahathir dan pembangkang kerana mereka jelas tak bela rakyat.

Anonymous said...

hmmm. kalau nak jadi pandai, kena belajar, Rupa rupanya, nak jadi bodoh pun boleh di pelajari juga. Buat malu mak bapa aje, belajar kat sekolah, masih lagi nak kata Najib tak bersalah

Anonymous said...

Admins Ni adalah penagih defak tegar...

Dia assumed IPIC kalah then blablabla......

Adakah DOJ n FBI tu bodooo buat presss statement berserta dengan 164 mukasurat bukti.....

Ingat bebaik Ambank punnkono denda dek bank negaro kerana monry laundering membenarkan dsn buka akaun peribadi dengan TANORE FINANCE memasokkan rm2.6bills...

Swiss gov dah rampas harta, singaporw n us dah rampas..adakah ini senua konspirasi nak jatuhkan dsn.... duNia sdg perhatikan kes penipuan mega ini..

Nak defend pun agak2 le... jangan nampak sangat kito ni bodoooo somboooong....:)

Anonymous said...

awat kalut ..ramai sgt yg expert tak bertauliah..hebat sgt,klu tau serba serbi maju la kedepan.. harap mat saleh gak utk defend ..klu rasa diri tu betui sgt tunggulah kes habis. Free2 dpt dosa kering klu dpt info tak betui./ separuh betui

Anonymous said...

Ntah sapa yg bodo...mahdey atau para macainya.Atau kedua2nya sama bodoh.
Sampai skrg bergantung pada kencing hancing media yahudi utk dptkan bukti.Satu pon tak dpt dipakai di mahkamah....hampe
Satu lagi...bila DOJ amerika sebut jer sesuatu terus buat rumusan seolah2 mrk pakar undang2.Mgkin sekadar loyar kedai kopi yg mabuk minum kencing media yahudi.
Yang heran...mahdey yg pernah habiskan wang rakyat dgn beli bon bodo dan bailout berbillion2 ringgit tak sekor pon mangsa2 kencing mahdey nak menyalak.Mgkin tengah nazak dikencing atau kekenyangan mghirup hancing pakatun.
Bodoh...mgkin 2x5 dgn simunafik yg berhujah dan berspekulasi tetapi tak ada bukti dan sekadar tong kosong.

Anonymous said...

DOJ amerika tak bodo.Yang bodo beruk pakatun yg tak faham undang2 termasuk bapak2 pakatun.
Korang hanya tahu buat rumusan dan spekulasi jer macai oi..
Baguslah DOJ amerika dpt cukup bukti utk dptkan balik wang tersebut jika benar.Mrk sendiri dh kata ia adalah dakwaan dan pesalah berhak membela diri.
Yang bodoh...ada macai2 pakatun dah melantik dirinya jadi polis dan hakim mabuk kena kencing.

Anonymous said...

Sokong 100%.Tolak legasi 22tahun yg gila nak jadi kaya sampai kiamat.Tak bersyukur...

Anonymous said...

Aku takut lu yg makan daging busuk cai..memfitnah
Puak pakatun yg kononnya bijaksana masih gagal mendakwa najib yg dibenci mrk sgt2.
Mana pegi bukti2 mahdey selama ini atau hanya fitnah bagi mengelirukan rakyat.
Dulu dialah yg kuat mengutuk media yahudi dan anerika ttp sekarang dialah pemakan dedak utama sehingga keluar parti krn mabuk air kencing minah mat saleh sr..wsj dan apa2 jer dari luar negara yg tiba2 berminat dgn 1mdb.
Mcm nie jer lah....lu join mahdey mamak kerala tu kumpul segala bukti dan mintak waris dan kroni mahdey yg kaya raya tu upah para lawyer yg gred A mendakwa najib di mahkamah.Silakan
Klu tak...lu terimalah akibatnya bersubahat dgn mamak kerala menabur fitnah.Setiap yg percaya lu tanggunglah dosa2 mrk.Lu kena ingat...hanya org bodoh jer yg buat kerja tak mggunakan akal.Begitu juga najib yg sedar siapa lawan dan siapa kawan dan risiko klu dia menyalahgunakan kuasa krn era smartphone boleh menaik dan menjatuhkan org bila2 masa.
Yang nyata bodoh ialah puak pakatun yg tak sabar2 menyerang dgn bukti2 yg hanya sekadar kencing hancing media yahudi yg jadi kawan rapat mamak kerala.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive