RAPID

Saturday, July 16

TUN MAHADIR TIDAKLAH SEHEBAT ANWAR IBRAHIM......?


Kalau bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad benar-benar mahu bersama pembangkang, beliau tak perlu hendak tubuh parti politik baharu sebaliknya jadi sahaja ahli PKR, DAP atau PAN.

Ketiga-tiga parti itu pasti sedang mengharapkan Mahathir menyertai mereka sebab kalau sesiapa dapat tarik bekas Perdana Menteri itu, maka akan naiklah saham parti yang disertai Mahathir itu.

Malang sekali, itu tidak terjadi kerana Mahathir mahu tubuh parti sendiri untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.

Kenapa Mahathir sanggup nak tubuh parti baharu dan tidak mahu menyertai mana-mana parti dalam PH? Sebabnya, mungkin Mahathir memang tak berkenan pun mana-mana parti baik PKR, DAP mahupun PAN.

Atau pun, mungkin juga semua di dalam parti pembangkang sedia ada merupakan musuh ketat Mahathir selama menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun.

Hari ini, dalam keadaan terdesak, Mahathir kembali diterima oleh parti yang dicaci dan dihina selama ini kerana masing-masing semuanya ada kepentingan malah Mahathir sendiri yang teruk kena caci sampai digelar Mahafiraun pun dah boleh duduk sepentas dengan semua musuh politiknya.

Mungkin Mahathir dan musuh-musuh politiknya hendak membuang yang keruh untuk mengambil yang jernih hingga sanggup melupakan maruah diri dan menjilat semula ludah yang dikeluarkan.

Masalahnya, adakah parti baharu Mahathir itu akan bergabung dalam PH nanti dan adakah kedudukan Mahathir akan diletakkan paling atas dalam PH? Yang paling penting, kuatkah parti baharu Mahathir kalau nak berlawan dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke 14 nanti?

Melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pengaruh Mahathir untuk memenangkan calon PH ternyata gagal walaupun Mahathir datang membantu kempen sampai ke malam hari.

Tidak tahulah apa perancangan Mahathir tetapi hakikatnya, sebanyak mana pun munculnya parti pembangkang baharu di bumi bertuah Malaysia ini, kedudukan BN akan menjadi semakin kuat dan mantap.

Sebabnya, parti pembangkang yang dah sedia ada pun telah semakin tidak sehaluan dan agak mustahil untuk duduk mencari kata sepakat.

11 comments:

1malaysiakini.wordpress.com said...

Pemimpin yg jijik!!
Inikah pemimpin yg kita nk jadikan contoh??
Che det ludah pembangkang.. kemudian jilat semula..
Pembangkang ludah che det.. kemudian jilat semula..
Memang kedua2 nya jijik!!
Skrg kita tahu siapa pemimpin pembangkang dan juga siapa che det sebenarnya..
Hipokrit !! Tiada pendirian dan ada agenda sendiri.. bukan untuk kesejahteraan rakyat.. pemimpin yg menipu rakyat..

Anonymous said...

Hidung tak mancung..
Pipi tersorong sorong..
Any pembangkang pun tamau jemput dia..
Nk jln sorang tak bole tak power..
Langsung buat baru.. senang cita..
duit ada apa pon bole buat..
Pembangkang amik kesempatan kat che det... tapi dia dah tua nk notice benda tu.. kesian.. dia ingat dia control pembangkang.. tapi dia silap.. seorang ayah yg marah.. sanggup buat apa saja ikut nafsu sbb org tanak dengar ckp.. tindakan or parti yg lahir dr kemarahan..

Anonymous said...

Tahniah Tun Mahathir.
Sudah lama kami menanti parti baru yang bakal menggantikan UMNO yang telah berulat akibat pemimpin yang gila kuasa, rasuah, pengampu dan yang malang sekali jadi lembu kepada Rosmah Najib.
Kami bersedia berubah bersama dengan Tun M.

Anonymous said...

Tahniah Tun M...kami sokong hasrat Tun nak tubuh parti baru... ianya dah tentunya akan memecahbelahkan pakatan haprak dan BN akan mudah menang PRU14...

Anonymous said...

UMNO ludah PAS, PAS ludah UMNO. Kini, dua dua menjilat jilat. Macam mana tu? Hiding hidung mancubg semua? Pipi pipi macam mana pula? Pakai warna merah dan hijau?

Awat lah bodoh sangat ni.

Anonymous said...

Salam

Kita sebenarnya xleh taksub pemimpin, cth nye madey ni...pasal ramai taksub terus membabi buta menyokong apa yg dibuat. Aku tak tau lah zaman madey perintah dulu korang penjilat madey sedar tak ape yang dah dilakukannya selama ini.
Korang gi lah tanye usahawan2 otai bumiputera masa zaman madey dulu camne. Lepas tu islamic statement nye banyak yg contradict yg mana PAS ambil peluang untuk membidasnye.

Maaf kata la... hanya kroni tertentu sahaja yg Berjaya mendapat green light dari Madey untuk develop mega project.

Konon untuk bela rakyat... taik madey la ... korang penjilat madey tau tak ape yg berlaku disebalik tabir.

Pelik memang pelik .... penjilat madey kata pemimpin sekarang korupsi la. tak telus la. punah la.. dei penjilat madey ini ayat dulu madey sudah pakai ...

Yg bestnya sekarang nak kowteam dengan pakatan harapan ... hahahah aku nak cakap madey bahalul korang penjilat madey marah lak ...tapi aku bagitau kat semua yang madey ni dari dulu lagi bahalul ..... ok la tukar term bahalul = tak cerdik. Nanti penjilat Madey marah aku lak.

Hidup sandiwara madey ......... saksikan seterusnya.

Tahniah kepada penjilat madey kerana akan bersama pakatan haprak untuk menentang kerajaan masakini.


Yang paling kelakar madey nak bersama PKR yang ditubuh oleh Anwar yang Si Madey dah sumbat kan dalam jail .... Puihhhhh.

Anwar tersenyum sinis .....

Anonymous said...

Aku kata lama dh. Doa bg mati je.

Anonymous said...

Tu zaman mahdey punya versi umno...dendam tak sudah.

Anonymous said...

Tak sabar utk menjadi ahli parti pakatun.
Tak sabar ingin meneruskan legasi 22 tahun dgn perjanjian bodo dan bangang yg memewahkan waris dan kroni dan menyusahkan rakyat.
Kami sedia bersama dgn tun madey memperlekeh org lain....

Miss Vee said...

marah tok det bila dia baca ..
Mungkin Ini Yang Anda Cari ....
>>> KLIK HERE !! <<<

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive