Filem “Artificial” Bakal Ditayangkan Tahun Ini – Mengisahkan Skandal
Pemecatan CEO OpenAI
-
Terdapat beberapa filem kebelakangan ini yang mengisahkan berkenaan
pengasas perniagaan, terutamanya melibatkan syarikat teknologi. Salah satu
filem yang a...
Monday, October 10
Layakkah Alif Syukri Ulas Tentang Ekonomi?
Agak mengejutkan bagaimana seorang jutawan kosmetik, secara tiba-tiba muncul bercerita tentang isu ekonomi. Dalam ulasan yang diterbitkan dalam laman sosial Facebook, Alif Syukri terlajak laris menyentuh mengenai kelembapan ekonomi yang melanda negara sehinggakan perniagaannya dikatakan agak terjejas.
Lebih teruk lagi, beliau menggambarkan keadaan ekonomi di Thailand jauh lebih baik berbanding di Malaysia. Dalam entri yang sama, beliau turut menzahirkan perasaan sedih melihat kehidupan orang Melayu di Australia yang beliau sifatkan sebagai hamba di negara orang.
Jika melihat kepada ulasan ekonomi yang beliau nyatakan, timbul persoalan, apakah kelayakan beliau untuk bercerita tentang keadaan ekonomi negara sekarang? Jika melihat kepada latar belakangnya pendidikannya sendiri, beliau bukanlah seorang yang cukup arif untuk mengulas tentang ekonomi.
Tanpa beliau sedar, keadaan kelembapan ekonomi yang melanda negara hari ini, turut membabitkan lebih 160 buah negara di dunia yang kesemuanya bersandarkan kepada mata wang Dollar Amerika dan keadaan pasaran minyak semasa.
Hari ini, kejatuhan harga minyak mentah dunia telah menyumbang kepada kelembapan ekonomi dunia. Perkara ini tidak terkecuali dengan Malaysia di mana asas ekonomi negara masih lagi bergantung kepada hasil minyak walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan berusaha untuk mempelbagaikan ekonomi.
Jika beliau mengandaikan perniagaan D’Herbsnya mengalami penurunan, pernahkah beliau melihat semula strategi perniagaannya sendiri? Hari ini, ramai pembeli yang berpotensi melihat keberkesanan sesuatu produk melalui pengiklanan. Jika strategi pengiklanan sendiri masih ditakuk lama dan dianggap “poyo”, sedikit demi sedikit, orang ramai mula menjauhi produk jualannya.
Mentafsirkan Thailand sebagai sebuah negara yang lebih kukuh ekonominya, merupakan satu tanggapan yang silap. Dikalangan negara Asia Tenggara hari ini, Thailand merupakan antara negara yang terpaksa membuat pinjaman dalam skala besar untuk memulihkan ekonominya.
Thailand juga memerlukan semua tenaga pakarnya untuk membantu menaikkan semula ekonominya. Namun, sesuatu yang harus Alif Syukri dan semua orang faham, masih ramai lagi penduduk Thailand yang datang bekerja di Malaysia terutama di negeri-negeri Pantai Timur dan ada antara mereka menjadi tukang masak di restoran-restoran dan hotel-hotel terkemuka.
Menyentuh tentang penghijrahan sekelompok rakyat Malaysia ke Australia, semua itu dilakukan atas inisiatif sendiri. Kerajaan hari ini tidak pernah mengeluarkan apa-apa iklan untuk menggalakkan rakyat negara ini berhijrah ke Australia untuk menjadi buruh kasar termasuk bekerja di ladang-ladang epal.
Apa yang dilakukan oleh kelompok ini adalah pilihan mereka sendiri tanpa ada sebarang paksaan.
Ini bukanlah lambang kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. Sehingga kini, rakyat Malaysia masih mampu untuk membeli belah dan hidup seperti biasa walaupun negara dan seluruh dunia hari ini mengalami kelembapan ekonomi.
Jika negara ini benar-benar bermasalah, mana mungkin Alif Syukri mampu mengumpul kekayaan termasuk menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama dengan harga RM 300,000 untuk isterinya serta memiliki deretan kereta dan rumah-rumah mewah hasil daripada perniagaan kosmetiknya?
Beliau seharusnya sedar, apa yang dinikmatinya hari ini hasil daripada penjimatan rakyat Malaysia yang membeli produknya. Sebagai seorang ahli perniagaan, beliau wajar mencari kaedah lain untuk mempelbagaikan perniagaannya.
Bukan bertindak mencari Facebook dan meluahkan “kesengsaraannya” yang dilihat ramai sebagai cara untuk meraih `populariti' semata-mata.
Wednesday, October 5
RAKYAT MARHEAN PULAU PINANG DINAFIKAN HAK MEMILIKI RUMAH...
Memang sedih menjadi warga Pulau Pinang, Dulu sebelum menang, DAP nie berjanji bulan dan bintang pada kaum Melayu. Inilah hakikat yang perlu Melayu Pulau Pinang hadam dan telan pahitnya dengan janji manis yang telah ditabur oleh DAP. bak kata pepatah melayu sesal dahulu pendapatan sesal kemudian rumah tak mampu dimiliki.
Apa nak buat nasi sudah menjadi bubur tidak berperisa. Mahu tidak mahu makan ajelah apa yang terhidang didepan mata. Nak menyesal atau menangis air mata darah sekali pun rumah tidak mampu dimiliki walaupun berkelayakan.
Mereka dinafikan hak untuk membeli rumah KOS RENDAH berharga RM 42,000 seunit yang dibina oleh JKP Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju hartanah milik Kerajaan Pusat.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk menentukan pembeli bagi Rumah Kos Rendah (KR) dan Rumah Kos Sederhana Rendah (KSR) walaupun dimajukan oleh pemaju swasta atau agensi Kerajaan Pusat.
Sejak 2008 sehingga kini Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak lagi membina rumah Kos Rendah(KR) atau Rumah Mampu Milik Jenis A (nama barunya mengikut Kerajaan DAP Pulau Pinang).
Rancangan pembangunan perumahan Mampu Milik oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dikatakan akan menyaksikan pembinaan lebih kurang 22 ribu unit perumahan tidak akan melibatkan pembinaan Rumah Kos Rendah. Jelas sekali, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah berniat untuk membina Rumah Kos Rendah di masa depan.
Mungkin Kerajaan DAP Pulau Pinang merasakan pembinaan dan penawaran rumah-rumah Kos Rendah (KR) kepada golongan berpendapatan rendah atau B40 tidak menguntungkan mereka, maka tiada keperluan untuk merancang dan membina rumah sedemikian.
Kerajaan DAP Pulau Pinang lebih menumpukan kepada pembinaan Rumah Mampu Milik yang dijual dalam julat harga RM200,000 ke RM400,000 seunit, walaupun senarai menunggu permohonan untuk rumah KR masih berjumlah puluh ribuan.
Projek Perumahan Mampu Milik berjumlah 1900 unit oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang di atas tanah milik MBPP di Jalan SP Chelliah juga tidak melibatkan pembinaan Rumah KR.
Monday, October 3
RAHSIA EZAM KOTAK DIBOCORKAN OLEH @LokmanAdam
Akhirnya mantan Ketua Pemuda Keadilan, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor memilih tarikh 1 Muharam 1438 untuk meninggalkan UMNO, sungguhpun hasratnya sudah lama telah dihidu sejak beliau meninggalkan jawatannya dalam kerajaan 6 bulan yang lalu.
Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengulas tindakan beliau ialah apabila saya membaca kenyataan 14 perenggan beliau yang penuh dengan penyataan seolah-olah beliau ini seorang yang cukup bermoral, berprinsip dan cukup anti rasuah. Sebagai bekas rakan tahanan di Kamunting dan Setiausaha Pemuda Keadilan, yang berketuakan Ezam, kenyataan beliau itu membuat saya merasa cukup meluat kerana saya cukup mengenali manusia tiada integriti dan hipokrit bernama Ezam ini. Berikut ialah jawapan balas saya tentang kenyataan Ezam :
1. Saya menyokong penuh tindakan Ezam meninggalkan UMNO. Malah, saya amat kesal bila manusia yang sarat dengan masalah korupsi, tidak amanah, hipokrit dan langsung tidak boleh dipercayai ini dibawa masuk semula ke dalam UMNO.
2. Mengenali Ezam, beliau tidak akan meletakkan jawatan dalam kerajaan dengan Gred Jusa A, tanpa mendapat tawaran yang lebih baik dari itu. Ini adalah kerana, pada tahun 2004, disaat akhir beliau telah menarik diri daripada memimpin kumpulan 12 menyertai UMNO kerana permintaan beliau agar dilantik sebagai sekurang-kurangnya Timbalan Menteri ditolak. Dato' Seri Reezal Merican , Setiausaha Politik PM ketika itu telah memaklumkan kepadanya bahawa Pak Lah sedia menerima beliau semula menyertai UMNO tanpa sebarang syarat. Disebabkan tidak mendapat sebarang habuan, Ruslan Kassim akhirnya menjadi kambing hitam memimpin kumpulan 12 tersebut.
3. Keputusan Ezam meletakkan jawatan dalam kerajaan sebenarnya dibuat selepas beliau mengadakan rundingan dengan pihak PKR. Wan Azizah dan Nurul Izzah yang selama hari ini mencemburui Azmin cuba untuk membawa masuk Ezam untuk mengimbangi pengaruh Azmin yang mula dilihat lebih layak menerajui PKR dan diangkat menjadi calun Perdana Menteri Pakatan. Namun, dari sumber dalaman yang saya perolehi, cadangan untuk membawa masuk Ezam ini mendapat tentangan hebat dari pihak PKR sendiri.
4. Bila, beliau mengambil keputusan meninggalkan UMNO ini, hanya 2 kebarangkalian mungkin telah berlaku. Pertama, PKR dah terlalu terdesak dan tiada pilihan selain terpaksa menggunakan Ezam semula. Ini tidak pelik kerana kesetiaan Ezam kepada Anwar berakhir sebaik sahaja Nurul Izzah diijabkabulkan dan kesetiaan beliau terhadap Anwar kini bila-bila masa boleh dipulihkan kerana Izzah sudahpun berstatus Janda. Tidak perlulah saya ulas panjang, memadai saya, Ezam dan beberapa sahabat lama yang pernah menegur beliau memahami maksud saya. Kalau dah lupa siapa, pasti kamu tidak lupa bila terpaksa membayar Bil Maxis lebih RM30,000 kerana bersembang dengan buah hati ketika berada di Kota London tahun 2001. Kalau Ezam, masih tidak boleh diterima oleh PKR, kebarangkalian kedua tindakan beliau meninggalkan UMNO ini adalah kerana beliau menerima tawaran yang lebih baik dari pihak Parti Bunga Raya yang sememangnya ketandusan pemimpin dan hanya mampu meletakkan 7 nama sebagai Jawatankuasa Penaja Parti mereka.
5. Usahlah mereka cerita bahawa beliau menyertai UMNO dulu kerana mendapat komitmen Pak Lah untuk melakukan perubahan dalam usaha memerangi rasuah bagai. Mungkin budak-budak NGO Gerak boleh dikelentong dengan cerita kamu seolah-olah kamulah manusia yang bertanggungjawab sehingga BPR bertukar menjadi SPR, ISA dihapuskan dan perubahan-perubahan lain dilakukan. Dan tiba-tiba kini kerana OSA tidak dihapuskan, kamu menuduh kerajaan menggunakan OSA untuk melindungi penerima rasuah. Jangan lupa saya dan ramai lagi yang lain ada dalam Mesyuarat Pemuda Keadilan dimana kamu mengarahkan agar dokumen yang kamu dedahkan itu diposkan kepada kamu supaya ianya dilihat seolah-olah ada orang dalam yang membocorkan maklumat. Kamu gunakan isu itu untuk mempopularkan diri kamu walaupun sudah tahu ianya menyalahi undang-undang. Bila kena penjara nak salahkan akta pula. Kalau takut dengan risiko, tak payahlah bicara soal perjuangan.
6. Bersih sangatkah kamu wahai Ezam? Kalau bersih sangat, dedahkanlah dari mana kamu dapat dana untuk bina bunglow di kawasan elit Shah Alam walaupun ketika itu kamu merengkok dalam penjara. Dedahkanlah apa jadi dengan duit yang Joseph Estrada bagi dan kamu seludup masuk melalui tambak Johor. Tidak payahlah nak berlakon alim Ezam, duit yang Azmin Ali bagi untuk beli komputer Ibu Pejabat Pemuda Keadilanpun habis kamu sapu. Semua ini masih segar dalam ingatan dan bakal saya bongkarkan semula sebaik sahaja kamu menaiki pentas pembangkang kelak. Cabaran saya untuk kamu bersumpahpun sampai sekarang tidak berani kamu sahut.
7. Hakikat sebenar Ezam meninggalkan UMNO tiada kaitan dengan OSA ataupun Rasuah. Ianya hanya kerana kepentingan peribadi dan masa depan beliau dalam UMNO yang semakin malap. Malap kerana kamu gagal meyakinkan ahli UMNO untuk menerima kamu walaupun kamu diberikan laluan mudah menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja. Ahli UMNO juga tidak boleh melupakan pembohongan kisah 6 kotak rahsia UMNO yang kamu war-warkan dulu sehingga kamu hilang integriti.
8. Kamu sepatutnya bersyukur diberi peluang oleh Perdana Menteri sebagai Senator dan Pengarah Strategik Kementerian Kewangan. Sepatutnya jawatan tersebut kamu gunakan sehabis baik untuk mengukuhkan UMNO dan Kerajaan. Curahkan bakti tanda keinsafan dan tunjukkan kesetiaan kamu yang tidak berbelah bahagi kepada parti. Malangnya kamu gagal segagal-gagalnya. Sebagai Pengarah Strategik MOF, apa yang telah kamu lakukan untuk meningkatkan kefahaman rakyat tengang GST? Kamu gagal. Langsung tidak boleh diharap.
9. Hakikat dan realitinya, Kamu hanya mampu menjadi pembangkang. Ilmu yang kamu timba selaku Setiausaha Politik Menteri Kewangan gagal kamu gunakan untuk membantu kerajaan apabila kembali di dalam kerajaan. Akibat dah terlalu lama menjadi pembangkang, kamu gagal menyesuaikan diri sebagai pemerintah. Maka sesuailah jika kamu berhajat menyertai PKR semula atau jadi Mat Bunga. Bolehlah kamu sambung kerja membangkang.
Jika kamu merasakan agenda Reformasi, Transformasi, Perubahan atau Pembaharuan mesti menjadikan agenda melawan rasuah sebagai keutamaan. Saya nak bagi jaminan kepada kamu bahawa agenda saya juga sama dan saya akan pastikan manusia hipokrit yang cuba berlagak alim sebagai penentang rasuah juga akan saya perangi habis-habisan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS - Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com


