RAPID

Monday, October 10

Layakkah Alif Syukri Ulas Tentang Ekonomi?


Agak mengejutkan bagaimana seorang jutawan kosmetik, secara tiba-tiba muncul bercerita tentang isu ekonomi. Dalam ulasan yang diterbitkan dalam laman sosial Facebook, Alif Syukri terlajak laris menyentuh mengenai kelembapan ekonomi yang melanda negara sehinggakan perniagaannya dikatakan agak terjejas.

Lebih teruk lagi, beliau menggambarkan keadaan ekonomi di Thailand jauh lebih baik berbanding di Malaysia. Dalam entri yang sama, beliau turut menzahirkan perasaan sedih melihat kehidupan orang Melayu di Australia yang beliau sifatkan sebagai hamba di negara orang.

Jika melihat kepada ulasan ekonomi yang beliau nyatakan, timbul persoalan, apakah kelayakan beliau untuk bercerita tentang keadaan ekonomi negara sekarang? Jika melihat kepada latar belakangnya pendidikannya sendiri, beliau bukanlah seorang yang cukup arif untuk mengulas tentang ekonomi.

Tanpa beliau sedar, keadaan kelembapan ekonomi yang melanda negara hari ini, turut membabitkan lebih 160 buah negara di dunia yang kesemuanya bersandarkan kepada mata wang Dollar Amerika dan keadaan pasaran minyak semasa.

Hari ini, kejatuhan harga minyak mentah dunia telah menyumbang kepada kelembapan ekonomi dunia. Perkara ini tidak terkecuali dengan Malaysia di mana asas ekonomi negara masih lagi bergantung kepada hasil minyak walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan berusaha untuk mempelbagaikan ekonomi.

Jika beliau mengandaikan perniagaan D’Herbsnya mengalami penurunan, pernahkah beliau melihat semula strategi perniagaannya sendiri? Hari ini, ramai pembeli yang berpotensi melihat keberkesanan sesuatu produk melalui pengiklanan. Jika strategi pengiklanan sendiri masih ditakuk lama dan dianggap “poyo”, sedikit demi sedikit, orang ramai mula menjauhi produk jualannya.

Mentafsirkan Thailand sebagai sebuah negara yang lebih kukuh ekonominya, merupakan satu tanggapan yang silap. Dikalangan negara Asia Tenggara hari ini, Thailand merupakan antara negara yang terpaksa membuat pinjaman dalam skala besar untuk memulihkan ekonominya.

Thailand juga memerlukan semua tenaga pakarnya untuk membantu menaikkan semula ekonominya. Namun, sesuatu yang harus Alif Syukri dan semua orang faham, masih ramai lagi penduduk Thailand yang datang bekerja di Malaysia terutama di negeri-negeri Pantai Timur dan ada antara mereka menjadi tukang masak di restoran-restoran dan hotel-hotel terkemuka.

Menyentuh tentang penghijrahan sekelompok rakyat Malaysia ke Australia, semua itu dilakukan atas inisiatif sendiri. Kerajaan hari ini tidak pernah mengeluarkan apa-apa iklan untuk menggalakkan rakyat negara ini berhijrah ke Australia untuk menjadi buruh kasar termasuk bekerja di ladang-ladang epal.

Apa yang dilakukan oleh kelompok ini adalah pilihan mereka sendiri tanpa ada sebarang paksaan.

Ini bukanlah lambang kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. Sehingga kini, rakyat Malaysia masih mampu untuk membeli belah dan hidup seperti biasa walaupun negara dan seluruh dunia hari ini mengalami kelembapan ekonomi.

Jika negara ini benar-benar bermasalah, mana mungkin Alif Syukri mampu mengumpul kekayaan termasuk menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama dengan harga RM 300,000 untuk isterinya serta memiliki deretan kereta dan rumah-rumah mewah hasil daripada perniagaan kosmetiknya?

Beliau seharusnya sedar, apa yang dinikmatinya hari ini hasil daripada penjimatan rakyat Malaysia yang membeli produknya. Sebagai seorang ahli perniagaan, beliau wajar mencari kaedah lain untuk mempelbagaikan perniagaannya.

Bukan bertindak mencari Facebook dan meluahkan “kesengsaraannya” yang dilihat ramai sebagai cara untuk meraih `populariti' semata-mata.

8 comments:

Anonymous said...

Is it wrong to give comment,? tidak salah dari segi undang2, itu hak dia. Sampai begitu sekali matkilau!..,zaman untuk mendengar mcm zaman mat kilau dah berakhir...this are business people and they have right to say..zaman kita dah sampai hujung hayat...ingat senang ke macam dia nie nak jadi jutawan,..apahal pulak bukan dia ganggu periok nasi mat kilau, walaupun pun tidak ada degree, master, atau Phd dan akal sampai dia jadi macam sekarang!..mat kilau ada apa, cuma bulus dan air liur...

Anonymous said...

Siapa nak komen- komenlah. Kalau sesiapa tak nak baca atau dengar, tak perlulah memaksa diri sendiri.

Zul Amali Mahayuddin said...

kesian mat kliau ni

Anonymous said...

Tidak ada siapa larang terlajak laris buat komen. Kalau komen baik tak apa tapi kalau komen berdasarkan emosi tak payahlah. Cara Alif komen banyak emosi bukan dari sudut ekonomi dan ianya mengelirukan. Kalau orang biasa tak kisah sangat dan bukan orang kenal pun tapi sebagai seorang selebriti kenalah jaga dari diketawakan.

Anonymous said...

Mat kilau ni geng baju merah.....biasa.....

Musang berbulu ayam.......

Anonymous said...

Komen tanpa disokong dengan fakta dan data yg tepat adalah seumpama memfitnah juga. Cara begini boleh menjauhkan customer terhadap produk anda. Lagipun persaingan dengan jenama lain juga banyak dan yg lebih baik pun ada. Customer adalah raja.

Anonymous said...

Itulah bukan semua sokong Mukhriz bawa masuk produk jenama D HERBs kedalam Pasukan Helang Merah.

Nawaitu tak beberapa betul.Jangan terlalu terlajak bila berbicara. Sentiasa mau ingat jika berniaga kesan dari telajak buruk padahnya. Kuasa membeli dan kuasa ekonomi terletak di tangan pengguna dan pembeli.

Bukan semua diantara mereka minat kepada produk yang anda jual.

Peringatan juga kepada lain2 pengusaha jangan terlalu riak dan sombong bila mempromosi produk anda, lebih2 lagi produk kosmetik dan makanan kesihatan.

Silap terlajak amat buruk padahnya.

Anonymous said...

Baik2 ckp pasal geng baju merah melayu harbi komunis.
kau tu gang baju kuning hati komunis mcm kitsiang yg sangat
cintakan kau dan keluarga yerr..kau jilat kafir harbi2 d msia mmg dorang kasihkan kau dan keluarga kau..kesian manusia yg tak kenang d untong.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive