Thursday, October 13

PRASARANA LABUR RM15 JUTA UNTUK MEMPERKASAKAN PENGANGKUTAN AWAM


Kerajaan melalui Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) sudah melabur RM15 juta untuk pembelian bas mesra alam dari China bagi projek Bas Rapid Trasit (BRT)-Laluan Sunway (BRT-Sunway).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz, berkata bas elektrik berkenaan berharga RM1 juta seunit dibeli daripada BYD Company Limited, syarikat automobil berpangkalan di Shenzen.

Beliau berkata, pihaknya sedang mencari teknologi terkini untuk memasang simpanan tenaga elektrik lebih besar pada bateri yang digunakan bagi menampung tenaga bas berkenaan.

"Pada masa kini, BRT menggunakan bateri konvensional untuk menyimpan tenaga baterinya ketika bergerak. dan kami sedang mencari teknologi baharu dalam usaha mengurangkan kos sistem penyelenggaraan berkenaan.


"Pihak kami akan terus mencari inovasi terkini selaras penggunaan teknologi hijau bagi menyokong agenda kerajaan, di samping meningkatkan penggunaan teknologi hijau dalam gaya hidup masyarakat," katanya pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Belajar Mandarin, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kemungkinan meningkatkan bilangan bas mesra alam di Lembah Klang, Azmi berkata, ia bergantung kepada permintaan dan sambutan orang ramai di lokasi terbabit. "Kita sedang mengkaji permintaan pasaran bagaimana perkhidmatan berkenaan mampu memberi impak kepada pengguna di Lembah Klang.


"Jika kita tempatkan bas di lokasi tertentu, ia mungkin meningkatkan keperluan jumlah bas berkenaan," katanya. Laluan BRT-Sunway yang mempunyai jarak sepanjang 5.4 kilometer itu menyediakan kemudahan 15 unit bas mesra alam, tujuh stesen termasuk kemudahan 'Park n Ride' di satu stesen dan sebuah depot, mula beroperasi pada 1 Jun 2015.

Tujuh stesen adalah Stesen Sunway - Setia Jaya, Mentari, Lagoon, SunMed, Sunu-Monash, South Quay dan USJ7 sebagai stesen akhir.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive