Tuesday, October 18

TRANSFORMASI SISTEM PENGANGKUTAN AWAM @NajibRazak @etp_roadmap @AzmiAziz60 @MyRapidKL


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus menangani keperluan pengangkutan awam secara holistik dan inklusif di bandar atau luar bandar.

Perdana Menteri berkata ini bagi memastikan ia kekal relevan, seiring dengan keperluan rakyat dan setanding standard negara maju.

Beliau berkata transformasi sistem pengangkutan awam darat negara mencatat kemajuan yang boleh dibanggakan selaras dengan pencapaian signifikan yang diraih menerusi pelaksanaan Program Transformasi Negara (NTP).

Najib berkata demikian melalui catatan dalam laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015 yang dilancarkannya sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurutnya, penambahbaikan pengangkutan awam darat yang kini sudah mula menampilkan impaknya di seluruh negara, mungkin tidak dapat tercapai sekiranya  tiada keberanian untuk berdepan dengan beberapa persoalan introspektif sebelum memulakan NTP.

Najib berpendapat pengangkutan awam yang mantap menjadi perkara asas untukmenyokong pertumbuhan sosio ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup, produktiviti,pelaburan dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi untuk kesejahteraan rakyat.                      

2 comments:

Anonymous said...

Najib bolehlah diberi gelaran Bapa Pengangkutan - habih semua dia angkut.
Hang dapat apa?

Anonymous said...

Tu yg buat mahdey meroyan...
Semua kena angkut oleh 1mdb sampai kroni2..waris2 dan proksi2 mahdey yg kaya oleh perjanjian berat sebelah jadi gila....hehehehe

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive