Wednesday, October 13

Ibrahim Ali Dilucutkan Gelaran Datuk Oleh Istana Kelantan


Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik. Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi olehMalaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini. Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya. Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

1 comment:

hafszach said...

Mamang selayaknya dan patut sultan kelantan menarik kembali segala pingat kebesaran kepada manusia2 yg memperjuangkan semangat Assobiyah mcm beraim ali ni...

Sbb berahim ali ni telah menolak hadis Rasulullah :

Sabda Rasulullah s.a.w قال الرسول(ص): لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ ولَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ على عَصَبِيَّةٍ و لَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ على عَصَبِيَّةٍ "Bukan dari kalangan ku org yg menyeru ke arah assobiyyah/ Kebangsaan, bukan dari kalangan ku org yg berperang di atas dasar assobiyyah dan bukan dari kalangan ku org yg mati di atas dasar assobiyyah ( Kebangsaan ).

RASULULLAH TIDAK MENGAKU UMAT SERTA MELAKNAT KEPADA SESIAPA YANG BERJUANG ATAS DASAR BANGSA..

Berahim Ali anti hadis kerr..??
wah...!!! semakin ramai golongan anti hadis dalam negara kita ni..
Sebab pengikut braim ali ni ramai jugak... kalau org yang faham tentang hukum hakam agama islam mereka tak akan tergamak menyokong perjuangan beraim ali ni

Kementerian dalam negeri buat apa..???

Nasib baik sultan kelantan faham dan tahu tentang hukum dan ilmu agama..

Kalau nak harapkan Hisamuddin yg jaga KDN entah lah... apa yg dibuatnya pun tak tahu lerr...

Berdoalah kita agar raja2 melayu kembali mempertahan dan mendaulatkan Hukum2 yg terkandung di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w

Tak guna raja2 melayu bersidang saban tahun tapi masih terus-terusan meminggirkan hukum Allah..

Raja2 melayu akan kembali bermaruah dan berdaulat jika menjunjung Hukum Allah dan mengamalkan sunah Rasulullah.. itu sahaja kunci bagi mengembalikan kedaulatan raja2 melayu..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive