Seramai 20 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu melakukan protes di Dewan Tun Abdul Razak di sini bagi mendesak pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi Cabang Sabak Bernam dihentikan serta-merta.
Bekas calon Ketua Cabang PKR Sabak Bernam Abdul Kadir Abdul Rashid berkata mereka memprotes kemenangan Dr. Badrulamin Bahron yang didakwa tidak telus atau berlaku adil kepada calon lain.
"Kita mahu pemilihan MPP ini dihentikan kerana keputusan pemilihan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam tidak sah.
"Kita ada bukti, mana mungkin pendaftaran pemilihan ketua cabang sebelum ini hanya menggunakan resit keahlian dengan bayaran RM2 sahaja tanpa melihat kad pengenalan. Jadi, sesiapa sahaja boleh mengaku menjadi ahli PKR jika ada resit keahlian, termasuklah Bangla," katanya.
Beliau turut menyelar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berdiam diri serta tidak mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai perkara tersebut, meskipun sebanyak 10 memorandum telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti itu.
Pada 2 Oktober lepas, cabang itu mencetuskan kontroversi selepas proses pemilihan ketua dan anggota jawatankuasanya dicemari insiden tumbuk-menumbuk serta membaling kerusi akibat rasa tidak puas hati.
Mat Kilau:PKR retak menanti belah,Nahoda kapal dok buat bodo lagi.
No comments:
Post a Comment