Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya terdapat 903 anggota bukan Melayu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memasuki perkhidmatan itu bagi tempoh dua tahun lepas.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi 82 anggota berbangsa India, 26 (Cina), manakala 795 lagi adalah kaum-kaum lain yang meliputi kaum peribumi Sabah dan Sarawak.
“Kementerian mendapati penyertaan kaum bukan Melayu terutama kaum Cina dan India masih berkurangan berkemungkinan disebabkan kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat, ganjaran kurang berbanding swasta, tiada galakan daripada keluarga serta semangat patriotisme yang belum cukup tinggi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga berkata kerajaan tidak meletakkan sebarang kuota untuk kemasukan dalam ATM kerana penyertaannya adalah berasaskan kelayakan, minat dan secara sukarela.
Ahmad Zahid berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) mengenai jumlah anggota tentera baru yang diambil dalam tempoh dua tahun lepas berbanding sebelumnya, jumlah pecahan mengikut kaum serta punca masalah kekurangan kaum tertentu dalam ATM.
Beliau berkata seramai 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat telah diambil memasuki perkhidmatan ATM berbanding 14,749 orang pada dua tahun sebelumnya.
“Sebanyak 8,151 daripada 9,054 yang menyertai ATM pada tahun 2008 dan 2009 adalah kaum Melayu,” katanya.
Mat Kilau:kenapa dikatakan rasis kenyataan tersebut hanya menyebut kurang semangat patriotisme yang peliknya kenapa perlu penjelasan??????.
Slogan Cekap, Amanah dan Telus’ yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan pakatan pembangkang di Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP hanyalah sekadar slogan sahaja kerana apa yang dilakukan tidak sejajar dengan yang diperkatakan.
Sejak pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang selepas pilihan raya umum ke 12 lalu, banyak perkara yang tidak ditunaikan oleh mereka seperti yang dijanjikan ketika pilihan raya lalu, terutama membabitkan kebajikan rakyat.
Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, banyak masalah yang timbul sejak pakatan pembangkang mentadbir Pulau Pinang, mereka lebih banyak bercakap daripada menjalankan kerja yang sepatutnya.
“Peringkat awal jadi kerajaan negeri, mereka sibuk untuk mencari kesalahan dan kesilapan kononnya dilakukan oleh kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional), pelbagai perkara cuba mereka bongkar untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kepimpinan terdahulu.
“ Tapi tidak berjaya, malah apa yang dilakukan itu sebenarnya membuka pekung mereka sendiri berikutan kegagalan melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir di Pulau Pinang, banyak perkara yang dicanang-canangkan sebelum ini tidak menjadi kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai slogan Cekap, Amanah dan Telus yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika mula dilantik sebagai ketua kerajaan negeri.
Menurutnya, ketika mula menjadi Ketua Menteri, pelbagai perkara diperkenalkan oleh Guan Eng termasuk menyusun semula pentadbiran anak syarikat kerajaan negeri dengan menempatkan orang baru yang kononnya lebih telus berbanding kepimpinan sebelum ini.
“Dia tu cakap tak serupa bikin, kononnya telus, tapi pegawai-pegawai yang ditempatkan semuanya orang dia, itu semua untuk memudahkannya jika ingin membuat sesuatu, banyak program yang dirancang tak jadi tapi duit habis
klik DISINI membaca seterusnya.
Mat Kilau:Melayu oh Melayu kenapa kita tidak bersatu membela nasib sesama MELAYU.Kekadang orang bukan tidak suka pada PARTI POLITIK MELAYUmalah ada yang menitis ayaq mata mempertahankanya apatah lagi nyawa,sanggup berbuat demikian.Akan tetapi jika pemimpin yang memimpinhanya mengejar populariti,wang ringgit serta apa jua ganjaran.Berfikirlahbanyak kali,kebenaran akan terbukti jua.Jika benarterbukti penyelewengan tersebut yang rosak adalah Parti yang diwakili dan pemimpin tersebut.Dipihak seteru lawan akan menyalahkan Parti yang diwakili.Sedarlah pemimpin yang memimpin sebelum anda diusung ketanah perkuburan.Jika menyesal dibelakang hari apa gunanya.Dok cakap berapi apabila didepan yang menyokong.Janganlah menjadi MUNAFIK lain dimulut lain dihati.Setiap hari berdoa Kepada ALLAH kembalikan aku kejalan yanglurus(Al-fatihah).Selesai sembahyang dok cari jalan yang bengkok jua.apalah gunanya.
No comments:
Post a Comment