PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah berada dalam keadaan 'sakit' dan menghadapi suasana genting kerana dilihat gagal menyediakan persiapan rapi dalam usaha untuk menawan Putrajaya.
Perwakilan Pulau Pinang, Syed Mikail Nizal Aidid berkata, hasrat untuk menuju ke Putrajaya wajar dilupakan sekiranya kepimpinan tertinggi parti itu dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak serius bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.
Menurut beliau, kegagalan kepimpinan parti menangani perkara kecil seperti menyeragamkan penggunaan logo Kongres Nasional PKR dan AMK seperti mencerminkan 'kesakitan' yang wujud dalam parti itu.
"Logo Kongres AMK hari ini berbentuk hati atau seperti logo kesihatan, manakala logo Kongres Nasional pula kita lihat macam logo hospital.
"Jadi kita dilihat seperti seolah-olah sakit sebab nak buat logo pun macam menterjemahkan kesakitan yang ada dalam parti.
"Sepatutnya kita kena kekalkan identiti logo dan tak perlu diubah-ubah," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua AMK disini, Jumaat.
Selain itu Syed Mikail berkata, PKR sebenarnya masih belum bersedia untuk menawan Putrajaya kerana terdapat pelbagai masalah dalaman parti yang belum diselesaikan sepenuhnya.
Jelasnya pelbagai isu yang menjadi tuntutan ahli perlu ditangani terlebih dahulu sebelum mengimpikan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
"Pemimpin asyik cakap soal melaksanakan agenda rakyat, agenda nasional... tapi dalam masa yang sama mengabaikan agenda ahli danparti.
"Realitinya banyak tuntutan ahli yang belum kita atasi dengan baik," katanya.
Seterusnya beliau turut menegur kepimpinan AMK kerana gagal menampilkan keunikan kekuatan golongan muda secara total sebaliknya hanya berpaut kepada ikon atasan.
"Agenda besar kita ialah untuk menjadi ikon kepada golongan muda sedangkan kita masih berpaut kepada ikon-ikon atasan.
"Kita gagal mempamerkan keunikan kita sendiri sebagai anak muda," katanya
Mat kilau kata:sakit dah tenat dah tunggu nak masuk dalam bilik lebarnya 7kaki lebar 3kaki panjangnya 7kaki.kata sudin kepada aziz.
No comments:
Post a Comment